***Kanang anak Langkau***

ImageImageSalam ceria. Antara kerja mutowwif (Pembantu jemaah umrah untuk bertawaf di Mekah) dan muzawwir (pembantu jemaah untuk berziarah di Madinah) ialah dapatkan harga-harga sewaan hotel, pastikan fasilitinya, lokasi yang sesuai, tidak terlalu jauh dari Masjidil Haram. Dekat dengan jalan besar yang agak mudah turun naik barang samada bagasi ahli jemaah atau khidmat katering. 

Harga sewa menyewa hotel di Saudi telah naik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Harga pakej RM4500 untuk 10 hari, 7 malam di Mekah, 3 malam di Madinah macam dah tak relevan. Kalau jemaah nak perkhidmatan yang agak selesa rasanya kena dapatkan pakej RM6ribu. Tapi susah juga nak anggarkan sebab selalu je harga berbeza walaupun satu pakej sebab ‘runner’ berbeza atau dari lokasi yang berlainan di Malaysia. Setelah jemaah di Malaysia confim dapat visa Umrah dan tarikh penerbangan barulah boleh ‘book’ hotel. Kalau belum dapat visa dah beli tiket, tiba-tiba tak dapat visa, risikonya tiket ‘burn’, lagilah kalau naik ‘Eagle Airlines’, penerbangan murah ke Saudia.

Ni la kerja kami sepanjang hari, masuk dari hotel ke hotel untuk mengambil maklumat dan melihat fasaliti. Pastu ziarah seorang kawan di Hospital. 

Hospital tempat pesakit dirawat. Tetapi, kuasa menyembuh adalah hak mutlak Tuhan. Maka ada yang Allah kembalikan kesihatannya, ada yang tidak. Malah ada yang Tuhan panggil menemuiNya. Seperti yang sama-sama kita ketahui, pada awal pagi tadi Pahlawan Negara, , Kalang anak Langkau dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak selepas mengalami kesukaran bernafas dan pengsan di rumahnya. Beliau disahkan meninggal dunia pada 1.45 pagi.

Mendapat gelaran Datuk Temenggong, Kanang anak Langkau dilahirkan di Julau, Sarawak pada tahun 1945. Beliau adalah pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal. Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau adalah daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang bersara dari perkhidmatan pada tahun 1986 selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.

Menentang Pengganas Komunis

Menyusuli kematian seorang askar di kawasan Tanah Hitam, Perak, akibat serangan oleh pihak komunis pada 8 Februari 1980, Platun Perisikan Pertempuran Unit dalam Renjer Diraja Batalion Ke-8 di bawah pimpinan Kanang ditugaskan untuk mencari-cari dan memusnahkan kumpulan komunis. Mereka menjejaki pihak musuh selama 11 hari di muka bumi yang sudah biasa kepada pihak musuh. Pada sekitar pukul 3 petang 19 Februari 1980, platunnya dapat menganggar kedudukan pihak musuh yang berhampiran. Bagaimanapun, mereka kemudian menyedari bahawa mereka telah membuat kesilapan dan telah memasuki kawasan pihak musuh apabila mereka menjumpai tali pintal komunikasi yang menghubungkan tempat terpencil sentri dengan pasukan utama pihak musuh. Tali pintal itu biasanya diikat pada sebatang pokok yang rimbun atau tin kosong supaya sentrinya boleh menarik perhatian pasukan utama tentang sebarang penceroboh.

Kanang yang ketika itu berada sejauh 8 meter daripada tempat sentri pihak musuh melancarkan serangan pada sebelah kanannya. Kemudian beliau mendapati bahawa pasukan utama pihak musuh berada di sebelah kirinya lalu terus menyerang sebelah kirinya pula dengan serta merta. Dengan itu, beliau berjaya menumpaskan pihak musuh, dengan seorang musuh tercedera ditangkap dan lima orang komunis dibunuh. Seorang askarnya mengalami cedera parah manakala Kanang sendiri ditembak sebanyak tiga kali tetapi terselamat.

Beliau hampir menemui ajal selepas peluru musuh mengenai jantung dan merosakkan satu buah pinggangnya, ketika itu ususnya terburai dan terlantar di hospital selama 14 bulan. Oleh itu beliau mengecam Mat Sabu yang mengangkat pengganas komunis sebagai hero tragedi Bukit Kepong.

Begitulah fitrah manusia, rasa terhutang budi kepada orang yang berjasa padanya. Kanang adalah salah seorang daripada ribuan anggota keselamatan yang mempertahankan keamanan negara. Berjuang mengalahkan musuh. Tiada siapa menafikan jasanya. 

Cuba korang fikir, begitulah rasa kita terhadap jasa seorang yang membantu mengalahkan musuh lahir kita. Bagaimana pula seseornag yang berhempas pulas ingin menyelamatkan kita dari musuh batin. Nafsu dan Syaitan yang sentiasa mendorong kita menderhakai Allah. 24 jam tanpa henti membisik-bisik hasutan. Fokusnya hati, agar lalai dari Tuhan walaupun dalam sembahyang. Sedangkan guru mursyid berusaha membawa hati manusia kepada Tuhan. Rasulullah SAW mendoakan kita sentiasa agar selamat dari musuh batin. Menangis melihat keadaan umatnya yang terpisah dari Rasul, mengikut jejak yahudi ‘syibran…syibran…

Zira’an…zira’an…

Hasil bujukan syaitan. Natijah dorongan nafsu.

Sudah tentu kita sangat terhutang budi yang berganda-ganda pada pemimpin-pemimpin rohani kita. Yang sentiasa berusaha menyelamatkan kita. Kerana kalah dengan musuh batin natijahnya ke neraka, wal i’yazubillah.

Funduq Dhiyafatu Mu’tamirin, Syarie Ibrahim Khalili, Masfalah, Makkah.

7.16pm, Jan 3, 2013.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s