***SB***

Salam ceria. PDRM mempunyai banyak jabatan demi menangani keselamatan dan keamanan negara. Di antara jabatan yang sangat penting adalah Cawangan Khas.
Jabatan ini adalah sayap perisikan yang bertanggungjawab untuk mengumpul risikan bagi keselamatan negara. Antara lain peranannya ialah mengumpul risikan keselamatan berkaitan dengan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara. Seterusnya dengan memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar maklumat serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan. Jabatan ini terbahagi kepada beberapa cawangan seperti:- Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan.
Cawangan Khas diketuai oleh Komisioner Polis (CP).
Cawangan Khas di Malaysia memang asalnya dari acuan yang sama seperti apa yang ada di Britain dan diwujudkan di negara ini untuk menangani anasir-anasir subversif yang berkemungkinan memporak-perandakan keamanan negara. Khidmat mereka amat dibanggakan kerana merupakan salah satu pasukan yang memberikan sumbangan besar dalam usaha menentang ancaman komunis ketika Darurat 1948-1960.
Setelah zaman darurat, Pihak Pembangkang menuduh apa yang ditangani bukan lagi komunis tetapi lebih kepada apa juga yang bertentangan dengan ideologi parti pemerintah. Garis pemisah di antara apa yang sepatutnya ditangani demi keselamatan negara dan apa yang tidak dipersetujui parti pemerintah menjadi kabur.
Maka timbul kenyataan: Kita bebas, kata sesetengah orang kerana hakikatnya kita tidak dipenjara. Tetapi ada pula yang mengatakan bahawa kita semua terperangkap di dalam sebuah penjara yang besar, kerana kita sentiasa dikawal.
Itulah antara yang anjang baca di internet. Sebenarnya bukan semua info di alam maya boleh dipercayai, tetapi tak semua juga boleh tolak begitu sahaja.
Perisik ni, zaman dulu orang panggil mereka mata-mata, sebab kerjanya memerhati seluruh kawasan dan individu yang telah di tetapkan. Semasa kami dikursuskan oleh Rahim King dan Kapten Sudirman ada biasanya sekarang di sebut SB (Sepecial Branch) tetapi ada yang terjemahkan sebagai sahabat baik. Ada juga guna perkataan-perkataan yang tak elok disebut. Di Mesir dipanggil ‘mabahis’ mungkin kerana kerjanya mencari-cari maklumat dari katakerja بحث
di jordan pula dipanggil ‘mukhabarat’ dari katakerja خبر
Mungkin kerana bentuk kerja mereka yang menkhabarkan info-info risikan.
Anjang ambil istilah sahabat baik lah, moga-moga persahabatan dengan mereka ada kebaikan untuk Islam.
Di Jordan anjang berkawan dengan seorang dari mereka secara tak sengaja. Katanya pernah berkhidmat dengan ‘ajhizah istikhbarat’ selama 12 tahun. Dia juga pernah tinggal 12 tahun di Malaysia, fasih berbahasa Melayu. Berniaga di merata tempat, Sg Petani, Ipoh, Bkt Bintang dll. pernah berurus niaga dengan mantan PM Tun Dr Mahathir iaitu membekalkan seni pasir berwarna dalam botol sebanyak 500 biji sebagai cenderahati beliau kepada VIP-VIPnya. Tetapi dia juga terlibat berkawan dengan peniaga Cina yang membawanya berkenalan dengan judi kasino di Genting, bermula dengan beberapa ribu RM, berjaya mengumpul dalam 1 malam RM75ribu tapi sebelum Subuh habis semua duit itu di meja judi. Mudah-mudahan benar apa yang diceritakan. Sekarang mempunyai sebuah kedai di Sg Buloh, dikendalikan oleh rakyat tempatan.
Ketika mendengar ada restoran Malaysia di Jordan, selama sebulan dia mencari-carinya tetapi tidak berjumpa sehinggalah berlaku peristiwa tangkapan staf NM. Itulah hikmah ujian Tuhan. Rupanya penguatkuasa yang melakukan tangkapan adalah sepupunya. Melalui sepupunya itulah dia bertemu dengan kami. Dapatlah dia menikmati makanan Malaysia yang dirinduinya. Semuanya diorder, nasi goreng pattaya, nasi goreng kampung, mi sup malah ‘gagah’ datang ke rumah, membawa tulang lembu supaya buatkan sup ‘gear boxs’. Selamba je menyuapkan sum-sum kepada anaknya Romi kelahiran Malaysia. Berkawan dengan en Ali Abu Romi ni banyak membantu menyelesaikan masalah. Antaranya;
1.Masalah dgn jab buruh yang lakukan operasi tangkapan. Bila dia memahami matlamat sebenar GISB berekonomi, dia sendiri menjadi jurucakap GISB di pejabat Kementerian Buruh. Hasilnya staf di kementerian buruh berjanji tidak akan menganggu perniagaan GISB malah akan membantu semua urusan yang melibatkan permit kerja kerana selama ini tertangguh-tangguh dek biokrasi.
2. Salah satu resepi makan malam di MNM ialah yang berkaitan dengan sup seperti mi sup, kue tiew sup, sup daging dll. Selepas berkenalan dengannya, bekalan tulang lembu kita dapat darinya kerana ada ahli keluarganya yang berniaga daging.
3. Keluarganya mempunyai ladang Zaitun, dapatlah kita orang jeruk zaitun percuma.
4. Oleh kerana sebahagian dari kawan-kawan masuk dengan visa pelancong, bila perlu keluar masuk Syria untuk lanjutkan visa, Abu Romi yang bantu. Ada SB di border merupakan kawan baiknya. Dia yang uruskan dengan pegawai-pegawai di border Syria. Rupanya, kalau Allah kehendaki, kerja yang rumit jadi mudah. Mudah yang kita tak sangka.
Banyak lagi bantuan beliau seperti usaha mengurangkan denda-denda, maklumkan di Jordan ni semuanya duit. Malah bila dah jadi seperti keluarga, dia bantu semua perkara, beli ayam untuk ternakan, sama-sama buat reban ayam, mendapatkan Info harga kenderaan dan yang paling penting memperkenalkan GISB kepada orang-orang Jordan yang dia kenali.
Alhamdulillah, Allah perkenalkan dengan SB yang Sahabat Baik. Moga-moga di seluruh tempat kita, seluruh dunia Allah temukan orang yang membantu perjuangan tak kiralah apa latar belakangnya. ‘Membantu, dibantu’ dan menyaring ahli-ahli yang menyalurkan maklumat yang tak tepat kepada mana-mana pihak dengan niat jahat. Dah keluar dah pun…
Maaf semua.
Bilik Tepi Kolam, Istana RSA, Mekah.
5.32am, Dis 29, 2012.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s