***Travel***

SaIMG-20121223-01197lam ceria. Asyik travel je anjang ni! Mungkin ada yang kata begitu. Dah nama blog ni…”….Travelog”, memang sepatutnya banyak cerita tentang jalan-jalan. Korang tak suka jalan-jalan ke? Kena keluar jalan-jalan. Korang tau tak, budak lelaki yang tembak 20 orang kanak-kanak dan 6 orang dewasa, termasuk mak dia pun ditembaknya di AS baru-baru ni, bukan jenis jalan-jalan. Jenis duduk kat depan skrin je. Asalnya main game menembak je, dah tak de perasaan dah. Terperangkap di alamnya yang tersendiri. Anjang pernah dengar, ada remaja kita yang menghadap komputer sampai terlepas solat Raya. Alahai, solat Raya tu setahun sekali je. Sekali Aidil Fitri. Sekali Aidil Adha. Itupun tertinggal ke?. Mengarut la kalau ketagih tahap gaban macam ni. Korang tau tak, diceritakan dalam sejarah, Baghdad diserang Monggol kerana lalainya umat Islam ketika itu dengan dunia sampaikan solat Aidil Fitri pun mereka tinggalkan. Walaupun anjang tak pasti kesohehannya tapi tak mustahil ada masjid/tempat yang dah tak dirikan solat raya masa tu. Maka Tuhan balas dengan datangkan satu bangsa yang tak ada belas kasihan memusnahkan tamaddun Baghdad dan penduduknya. Jadi, kena jalan. Jangan statik. Allah sendiri suruh, firmanNya: “Katakanlah wahai Muhammad, berjalanlah di muka bumi, maka lihatlah apa akibat mereka yang mendustakan Allah?”
Bermusafir adalah ‘Da’bus Solihin’, tradisi orang-orang soleh. Abuya yang kita kenal, selalu bermusafir. Malah antara kaedah tarbiyah tajdid dari Abuya ialah program xpdc. Anjang berpeluang ikut ketika remaja macam korang, ketika itu di Jordan. Sewa cooster, ziarah maqam-maqam dan lokasi bersejarah. Juga di era awal Rufaqa’, xpdc berbas, sekitar Rawang, Batu Arang dan lain-lain kawasan yang dibenarkan sekitar Gombak kalau tak silap. Maklumlah Abuya ketika itu seorang tahanan terhad ISA. Antara program semasa xpdc ialah:
1. Pengerusi mengendalikan majlis.
2. Nasyid
3. Taklimat safar.
4. Taaruf (kalau perlu), kadang-kadang ada tetamu atau simpati.
5. Laporan dan perkembangan.
6. Kuliah atau bacaan sajak.
7. Dialog
8. Kadang-kadang diselang selikan dengan taklimat tempat yang diziarahi.
9. Makan (samada bekal yang dibawa atau di restoran sambil berdakwah)
10. Ulasan
Ada inteligen yang ikuti xpdc Abuya mengakui, inilah antara kaedah terbaik pertemuan kepimpinan dalam sebuah organisasi kerana tiada siapa di luar yang tahu, apa perbincangan yang berlaku di dalam kenderaan.
Anjang nampak, antara yang selalu amalkan xpdc ni selain anak-anak Abuya sendiri ialah Syh Johari Morad. Ketika di bawah pimpinan beliau di Mesir tahun 1992, sebelum Subuh dah keluar xpdc. Nah kau!!! Musim sejuk pulak tu. Driver yang pegang stereng van VW putih tu, dek terlalu sejuk, pedih-pedih tangan. Kalau sekarang ni, Syh Hamdan Abu antara yang kerap berxpdc. Power. Bak kata Wafi dan kawan-kawan, bila xpdc kena buat ‘Show Tebal’,
So, kena berjalan.
Imam Syafie ketika ditanya, “Mengapa Tuan bertongkat sedangkan umur Tuan masih muda?” Jawab beliau, “Untuk aku rasakan dunia ini hanya tempat musafir.” Mungkin kerana orang-orang dulu kalau musafir akan membawa tongkat.
Ok, anjang musafir ke Haramain nak mengambil berkat. Tempatnya berkat. Kampung Rasulullah SAW. Dengan Kaabah dan Masjid Nabawi. Orang-orang yang penuh keberkatan juga di sini. Nak jumpa BUJ ar, Syh Fakhrur Ar mengutip keberkatan mereka juga para Muhajirin. Selama ni baca tulisan mereka sahaja.
Baiklah, marilah kita saling doa mendoakan. Perjalanan menuju Tuhan, masih panjang, bekalan terlalu kurang.
Dalam bas menuju Mekah
11.17pm, Dis 23. 2012

Advertisements

One thought on “***Travel***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s