***Belajar***

Salam ceria. Belajar ni tiada sempadan geografi dan politik. Kata Rasulullah SAW, walau terpaksa ke negeri China. Sedangkan kata Abuya waktu itu , orang China ada puak yang masih cannibal. Makan orang. Pastu, belajar ni, tiada had usia. Baginda kata, dari buaian ke liang lahad. 

Ertinya, tak betul cara berfikir bila dah dapat BA Hons, berhenti mengaji. Dah ada MA rasa dah alim sangat. Atau dah ‘grad’ PHd, rasa dah tak nak belajar. Tak nak dengar apa orang lain kata. Bila dah boleh ‘apply’ kerja, maka ‘fullstop’ dari semua jenis ilmu. Ini semua tak tepat.

اقرأ باسم ربك 

Belajar kena atas nama Allah. Kerana dan untuk Allah Taala. Kalau kerana Allah kena ikut panduan Rasulullah SAW. Kalau ikut Rasulullah SAW, ia macam yang kita sebut di atas, tiada had masa, tempat, geografi, politik. Sebab itu Abuya pernah sebut kepada pelajar-pelajar Arqam semasa di Pakistan, “belajar semua benda walaupun cara buat roti canai.” Ertinya jangan jumud, apa saja yang bermanfaat kena belajar. Itu sistem pendidikan Islam yang sebenar. Jangan terikat dengan kuliah atau kelas rasmi sahaja. Maka kami ambil peluang belajar kenal masyarakat, belajar BI di American Center, ambil toefl English courses. ada yang belajar Bahasa Urdu dengan Imam Ghulam, ada yang BI dengan Ahmad Feri (lupa nama dia) berasal dari Afrika Selatan, ada yang belajar berniaga import eksport, bawa santan, radio, basikal Lee Run dari Malaysia, jual di Karachi. Bawa balik jacket 2nd, pressure cookers, karpet dan jual di Malaysia. ada juga yang belajar buat mi dari kawan-kawan berbangsa China. 

Arif Saudi kata, semua remaja yang ke Mesir, pandai menebar roti canai sebab belajar di Kafe kita. Mantap!!! Di Syria, Mujahid mahir roti canai, latih Khubaib dan Aufa (entah ke mana Aufa ni? Tak nak datang dah ke? Mungkin Aufa nak belajar B.Arab je) Pastu di irbid ni, Khubaib latih Mus. Mus latih Wafi dan Syam. Jadi ramai yang tau bancuh, uli, buat ‘ball’ dan tebar. Pendek kata dari A-Z bab roti canai ni. Sekarang 5kg sehari, Jumaat Sabtu boleh cecah 10kg. Masa anjang di Mesir, belajarlah sikit-sikit memasak dengan Syh Inaam, Ust Zul Mokhtar, sup kawari’. Syh Uzet tu pakar masak nasi periuk besar. Untuk kenduri-kenduri gitu. Syh Jo, masak ‘sempoi’ je tapi sedap giler. Kedah Style. Dengan Mak Kamariah, Penab dan ustazah-ustazah belajar buat kuih gunting dll. Bahasa Arab pula, masa tu kita bayar gaji guru datang rumah buat kelas tambahan. Ada yang belajar memandu, ambil lesen dll.

Jadi jangan jemu belajar. Sekarang pun semua kita masih belajar. Skype satu dunia setiap 2 minggu, 6 sessi tu belajarlah. Hati ni, tanpa teguran, pimpinan, nasihat, panduan tidak akan lunak. Ia semakin keras. bila keras, payah menerima kebenaran. Atau terima tetapi susah nak amalkan.

Sekarang anjang ambil peluang, kalau free belajar di hujung jari. Guna bb je. Ada beberapa ilmu yang anjang belajar dari Datuk Johan Jaaffar, jom kita kongsi-kongsi. Sebelum belajar, kita ambil pantun beliau dulu:

Burung bubut dibuat minyak, dibakar manis kayu setanggi, kenyang perut tidur nyenyak, kalau tak exercise kolestrol tinggi

Haha pantun nasihat bahasa ‘pembayang’nya agak klasik, bahasa ‘maksud’nya agak moden. Datuk ada membuat teguran atau panduan mengenai Kesalahan umum dalam penggunaan BM. Apa dia? Inilah yang penting kita kongsikan supaya BM kita tepat.

1. Elak pengulangan kata berganda – contohnya “mereka-mereka” salah, “mereka” sudah menunjukkan banyak.

2. Jangan buang perkataan “oleh” tanpa sebab. “Majlis itu dirasmikan PM”, sepatutnya “Majlis itu dirasmikan oleh PM”.

3. “Pada” dan “tahun” dalam konteks ayat ini patut digunakan: “Dia lahir pada tahun 1972” atau “Dia ke rumah saya pada hari Rabu.”

4. “Para” membawa maksud kumpulan orang yang terhormat: “para guru”,”para penulis”, “para ilmuan”. Tapi bukan “para pelacur” atau “para lanun”

5. Perkataan yang ada makna agama seperti “hijrah” harus waspada penggunaannya. Kita tak boleh gunakan “panda berhijrah” atau “pelacur berhijrah”

6. Elak gunakan perkataan kompleks, seperti ketidakmampuan, keterkemungkinan, ketidakberesan. Gunakan tidak mampu,tidak mungkin dan tidak beres.

7. Untuk tulisan rasmi atau formal, elak gunakan pendekan yang digunakan dalam sms, Facebook atau Twitter.

 8. Prinsip menjarak dan merapatkan penambahan “di” cukup mudah – untuk tempat jarakkan, “di KL”, untuk perbuatan dirapatkan seperti “dipukul.”

9. “Baru” dan “baharu” amat mudah dibezakan. Baru menunjukkan ruang & masa, baharu menunjukkan sifat. Dia baru sampai. Dia pakai baju baharu

10. Elak frasa mengelirukan, “Dia yg bergelar artis.” Dia artis, kenapa mesti “bergelar” artis? Gelar dalam BM maksudnya nama yang lain.

Ramai menunjukkan suasana, banyak menunjukkan bilangan. Banyak orang. Beramai-ramai boleh guna bagi menunjukkan suasana

Dalam Kamus Dewan banyak bermaksud bilangan. Banyak orang yang bercita-cita tinggi. Jangan takut guna banyak untuk orang!

Terima kasih daun keladi Datuk!

Ok. Itu saja untuk malam ni. Kenyang ‘belasah’ ayam thozij Irbid, Solihin beri. Warna merah macam Chicken Tikka Mangkal tapi Masam giler ayam ni. Mungkin selera Arab Jordan begini.

10.50pm, Dis 19, 2012.

Advertisements

2 thoughts on “***Belajar***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s