***Doktor Roh***

ImageImageSalam ceria.

Hebatnya manusia, dengan otak yang Allah beri macam-macam perkara manusia fikirkan, cipta, adakan. Sesuatu yang nampak mustahil tapi berkat berfikir, praktis, usahakan, latih, bersungguh-sungguh akhirnya memberi hasil yang luar biasa.

Kita ambil contoh penjinak binatang liar, harimau yang garang, pemangsa yang hebat, penuh keegoan, terkamannya, kukunya, taringnya sangat menakutkan tetapi setelah dididik, berubah patuh kepada arahan. Boleh beraksi mengikut kehendak tuannya di sarkas. Lembu yang biasanya dikaitkan dengan sifat bodoh. Kadang-kadang ditambah dengan sombong. Di depan dia menendang, di belakang dia menanduk. Bila diasuh boleh dimanfaatkan di ladang dan bendang. Ular yang membelit menyesakkan nafas mangsa, lalu menelannya. Atau mematuk dengan semburan racun berbisanya, apabila dilatih, boleh jadi sumber rezki rupanya. 

Menurut Abuya, nafsu manusia juga bersifat dengan sifat syaitan atau haiwan. 

1-Ada yang sombong, bongkak, penzalim, menindas seperti harimau dan singa. 

2-ada yang penipu, pembohong, pembelit, cakap tak boleh dipercayai seperti ular. 

3-Ada yang bodoh sombong. Bodoh tak boleh diajar. Kira nak menendang dan menanduk aje, seperti lembu. 

Rupa-rupanya mendidik nafsu dalam diri manusia lebih susah dari melatih binatang buas dan berbisa. Melatih haiwan dalam diri lebih payah dari menjinakkan binatang liar. Akibatnya manusia mati bertemu Allah membawa sifat-sifat yang keji, membawa mazmumah sedangkan Allah berfirman yang bermaksud: 

Hari Kiamat itu tiada berguna harta dan anak pinak kecuali sesiapa yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang selamat (dari mazmumah)

Menjinakkan binatang liar perlukan pakar, menjinakkan ular yang berbisa umpamanya, perlukan kepakaran. Jika tidak risikonya boleh terkena patukan yang bisanya amat menyeksakan membawa kematian. begitu juga mendidik nafsu binatang menyuburkan roh di dalam diri manusia, sangat perlukan doktor roh, tanpanya bukan risiko di dunia sahaja, hidup tidak bahagia, malah di akhirat kelak akan dihumban ke dalam api neraka, tersiksa selama-lamanya. Maka carilah guru mursyid yang mampu mendidik nafsu kita agar bila kembali kepada penciptanya, ia dalam keadaan selamat, redha meredhai. Selamat di dunia selamat di akhirat.

Ampun maaf.

Duwar Qubbah, Irbid

 

Rezeki si penjinak ular

AZMAN CHE MAN

14 Disember 2012

 

Sebut sahaja ular, pasti ramai menyatakan rasa takut terhadap reptilia berbisa itu apatah lagi jika tahu serangan haiwan itu boleh membawa pelbagai komplikasi termasuk maut.

Kalau boleh, majoriti kita tidak mahu ‘berjumpa’ dengan haiwan berbisa itu dalam apa jua keadaan dan jika ada yang berani sekali pun, mungkin sekadar memegang spesies ular jinak seperti sawa.

Justeru, agak menakjubkan apabila Mohd Hamdan Mahadi, 33, dari Guchil 1, di sini, bukan sahaja mampu bermain dan menjinakkan ular berbisa malah menjadikan ‘persahabatan’nya bersama reptilia itu sebagai sumber rezeki.

Senaraikan sahaja kebanyakan jenis ular, dari sawa hingga pelbagai jenis tedung berbisa, semuanya pernah ditangkap Mohd Hamdan malah jumlah tangkapannya sehingga kini dikatakan mencecah puluhan ribu ekor.

Main ular sumber utama pendapatan

Bagi Mohd Hamdan, biar berbahaya dan upahnya tidak selumayan kerja lain, ia tidak menghalangnya menjadikan kerja menangkap dan membuat pertunjukan ular sebagai sumber pendapatan utama.

“Kalau rumah dimasuki ular dan tuan rumah panggil saya, saya akan tangkap dan tidak harapkan apa-apa bayaran. Jika ada orang mahu saya usahakan juga tangkap ular seperti dalam lubang, baru ada bayaran,” katanya.

Untuk pertunjukan ular pula katanya, dia mampu memperoleh kira-kira RM500 untuk sehari persembahan di Kuala Krai dan mencecah RM700 jika libatkan lokasi di luar daerah ini.

“Walaupun sudah banyak kali dipatuk dan disembur bisa, saya tidak serik untuk terus ‘bersahabat’ dengan ular, lagi pun ini satu-satunya bidang yang saya mahir dan minat,” katanya.

Digelar Raja Ular Kelantan ketika berusia 18 tahun

Mengimbas sejarahnya bermain ular, Mohd Hamdan mula berjinak dengan reptilia itu ketika berusia 14 tahun sebelum makin aktif dua tahun kemudian apabila mampu menjinakkan spesies ular berbisa.

“Masa umur 16 tahun, saya juga mula belajar dengan seorang kawan buat pertunjukan ular di merata-rata tempat seperti di ekspo, konsert dan program besar termasuk di luar Kelantan.

“Waktu itu, saya sudah mahir jinakkan ular, jadi kawan saya pula belajar cara nak tangkap ular kerana sebelumnya, dia hanya buat pertunjukan ular sahaja,” katanya.

Menurutnya, dia mula dikenali sebagai Raja Ular Kelantan ketika berusia 18 tahun selepas menang tempat kedua pertandingan pertunjukan ular di Thailand.

Sedia khidmat tangkap ular, penawar bisa

Bagi khidmat sukarela, Mohd Hamdan kerap dipanggil membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) apabila melibatkan operasi menyelamat berkaitan ular.

Lebih membanggakan, dia tidak pernah kedekut ilmu kerana dari masa ke semasa menerima pelajar baru dari seluruh negeri ini yang ingin belajar cara bermain ular.

“Setakat ini, seramai 48 orang datang belajar untuk jadi ‘pemain ular’ dengan saya tetapi bukan semuanya berjaya sebab sedikit sebanyak bakat juga perlu ada,” katanya.

Menurut Mohd Hamdan, mereka ingin belajar bermain ular, perlukan bantuan untuk jinakkan ular atau penawar bisa ular boleh menghubunginya..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s