***Air***

ScreenShot1355440410155

Salam ceria.

Pagi tadi guna weinak Ummu Halimah, call Mak Muar, bertanya khabar. Dah lama tak jenguk mak dan abah. Musim sejuk di Irbid, teringatkan musim hujan di Kg Tengah. Entah tenggelam ke halaman rumah tu atau tak. Maklumlah hujan hampir setiap petang. Mak bercerita, musim cuti ramai yang buat majlis kahwin. Beberapa orang saudara mara pula kembali menghadap Allah. Moga selamat hendaknya. Anjang tanyakan kesihatan abah, masih terlantar sakit. Ada orang beri air ‘khaujakan’. Mak beri minum dan mandikan abah. Khaujakan tu, setau anjang wirid berijazah. Tarekat la tu rasanya. Kalau di Negeri 9 Ahmadiyah, di Johor Khaujakan.

Ya, air yang dibaca ayat-ayat Al Quran tak asing lagi bagi anjang sebagai orang kampung. Membesar dengan air tu la. Ketika itu tak faham pun kenapa air digunakan. Yang pastinya, di kampung ada air yasin, air tahlil, air doa, air zam-zam yang digunakan sebagai penawar penyakit, penerang hati dll.

Firman Allah SWT:

“Dan KAMI jadikan daripada air, segala sesuatu hidup”

(Surah Al-Anbia, ayat 30 )

Ertinya tanpa air, semuanya mati. Tuhan hidupkan semuanya dengan air. Tanah yang kering kontang, diturunkan air hujan, lalu Tuhan hidupkannya dengan menumbuhkan segala tumbuhan menghijau. Malah kejadian manusia sendiri bermula dari air mani. 

Ketika dalam kandungan, hidup dikelilingi oleh air. Keluar bersama air. Tubuh manusia sendiri terdiri daripada 75% air. Otak mempunyai 74.5% air, Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandungi 22% air.

Manusia tak mungkin hidup tanpa air.

Air juga sangat diperlukan dalam melaksanakan syariat islam. Anak kunci Ibadah adalah toharah, toharoh memerlukan air. Bermula dari istinjak, menyucikan najis aini atau hukmi, mengangkat hadas kecil dan besar semuanya menggunakan air sebagai asas.

Ia juga tentera Tuhan. Tuhan hancurkan keegoan manusia dengan banjir seperti berlaku kepada kaum Nabi Nuh AS. Malah sepanjang zaman berlaku banjir, bah, tsunami dsb.

Anjang bawa di sini kisah seorang

Yang telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana dah lama dulu yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam.

Penceramahnya seorang Profesor, pakar air dari Jepun bernama Dr. Masaru Emoto. Dia menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).

Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Adayang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan.

Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini?”.

Hadirin semua senyap, dan kemudian, seorang pensyarah muslim dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”.

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia di dunia ini” Jawab Pensyarah. Profesor berkata “Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu di dalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air.

Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yang panjang dan perut buncit).

Bila tiba giliran seorang Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau…. Subhanallah. Lalu Ustaz itu disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah di skrin molekul air berupa seperti sel-sel barah.

Molekul air sebenarnya air boleh “mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan dan “mengerti” perasaan

Di dalam bukunya iaitu The Hidden Message in Water”, Dr. Masaru Emoto menghuraikan bahawa air mempunyai sifat yang  boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk. Semakin kuat konsentrasi yang diberikan oleh pemberi pesanan (contohnya air doa dari orang-orang Tuhan seperti Nabi-nabi dan para wali yang sangat kuat roh mereka dengan Tuhan) maka akan semakin kuat dan berkesan rakaman yang dirakamkan pada molekul air berkenaan. Maka air itu boleh memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain.

Cuma korang jangan pening-pening dengan cerita panjang lebar penemuan Dr dari Jepun ini kerana tanpa heboh-heboh pun yahudi dah tau info ini. Mereka ambil dari Rasulullah SAW tetapi digunakan untuk memerangi Islam. ‘Holy water’ tu hakikatnya ciptaan yahudi. Ada orang tertawakan BUJ Ar kerana menceritakan Vatican tapi menyalahkan yahudi. Sebenarnya, siapa ketawakan siapa? Dia tak tau ke Vatican dikuasai oleh yahudi. Yahudi mana mau orang masuk agama mereka. Mereka rasa mereka paling mulia, maka diusahakan orang masuk kristian yang telah mereka rosakkan atau tidak amalkan Islam sebenar. Islam ciptaan yahudi. Antara senjata mereka, air.

Pernah anjang berpeluang xpdc dengan Abuya naik Lexus di Labuan, Abuya sebut, “Patutlah Abuya diberi rasa tak suka minum minuman tin dan botol sejak kecil lagi. Rupanya semua air-air itu telah dimasukkan air yahudi malah disihirkan.” Sungguh terpimpin roh Abuya sejak kecil lagi, malah Abuya perjuangkan pimpinan roh ini dengan membuka banyak khidmat yang melibatkan makan minum seperti restoran. Cuba kira berapa buah mat’am GISB dibanding lain-lain projek? Dengan memberi makan seramai manusia dengan makanan dan minuman yang telah dibacakan ayat-ayat Al Quran, selawat, wirid zikir, doa-doa, keberkatan orang-orang Tuhan, moga-moga Allah hidupkan hati yang telah mati, jiwa yang gersang, rasa-rasa bertuhan yang telah hilang dari hati-hati manusia. 

Oh indahnya! Manusia berubah tanpa peperangan senjata. Tanpa hujah-hujah ilmiah yang makin menjarakkan ukhuwah yang baru terjalin. Tapi dengan kasih sayang, melalui makan minum, melalui air tangan para pejuang di dapur-dapur sahaja.

Ok…jumpa lagi.

Tepi soba, Duwar Qubbah, Irbid

1.57am, Dis 14, 2012.

Advertisements

One thought on “***Air***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s