***الأخوّةُ بعد العداوةِ***

ImageImageBeberapa minggu lepas anjang dan Us Zul ke pejabat Kementerian Buruh, Irbid untuk berbincang dengan pegawainya mengenai permohonan permit kerja yang rumit di sini. Pejabatnya rasanya lebih teruk dari pejabat-pejabat kerajaan di Malaysia tahun 80’an. Separuh dindingnya (dlm 2 meter) bercat kilat warna cream, separuh lagi cat putih. Di pintu masuk bangunan ada seorang memberi khidmat photostat tanpa kedai. Berjuntaian wayar mesin yang dah uzur itu bersambung ke soket yang agak jauh. Menaiki tangga yang berdebu, melalui kaunter urusan dan kerusi-kerusi menunggu, sudah cukup untuk merasakan, kalau bukan kerana urusan, tak de sapa seronok nak datang. Klinik Gigi Kluang, tempat Kak Midah kerja lagi ceria berpuluh-puluh kali ganda dari sini. Salah seorang pegawai penguatkuasanya bernama Tamer, sepupu Abu Romi. Berumur 28 tahun tetapi masih bujang. Susuk badannya ‘nushan’ (sehat hehe), sekali pandang serius orangnya, kuat merokok, banyak cakap. Dialah yang tangkap Us Zul dan Faah 3 bulan lepas. Sebab apa tangkap? Panjang cerita ni…

Bila Ikhwan Muslimin berkuasa di Mesir, Ikhwan Muslimin di Jordan juga merasakan mereka patut buat sesuatu. Maka dari maklumat yang diperolehi, ada kerjasama dari kedua-dua pihak iaitu Ikhwan Muslimin Jordan meminta Mesir memberi tekanan kepada kerajaan Jordan. Maka Mesir mengambil tindakan dengan mengurangkan bekalan gas ke Jordan kerana bahanapi Jordan bergantung dengan Mesir. Kerajaan Jordan marah dengan tindakan Mesir memulakan operasi mengusir pekerja-pekerja mesir tanpa permit di Jordan. Ada seramai 750 ribu orang pekerja Mesir di sini, 250 ribu orang sahaja yang mempunyai permit kerja yang sah. Ketika operasi inilah Tamer menangkap Us Zul dan Faah.

Sambil menghidangkan syaie arabi, Tamer berulang kali meminta maaf kerana tidak memahami situasi dan kondisi Mat’am Nur Muhammad.

‘Lam a’rif annahu tijarah ghair ribhi’

Antara kata-katanya, “Aku tak tau ia perniagaan kamu bukan bermatlamatkan keuntungan. Ia adalah aktiviti kamu menanggung kos pelajar-pelajar miskin dan anak-anak yatim serta memberi khidmat kepada pelajar-pelajar Malaysia. Sekarang baru aku faham setelah diterangkan oleh Abu Romi”. “Muawiah!” Dia memanggil rakan sejawatnya, “Lepas ni, jangan kacau Mat’am Nur Muhammad lagi, mereka tak seperti mat’am yang lain”. Lalu menyebut, “ada pepatah Arab mengatakan,

الأخوّةُ بعد العداوةِ

Kasih sayang itu selepas permusuhan.

Setelah memberi jaminan, penguatkuasa tidak akan menganggu perniagaan MNM, Tamer memperlawa berulang kali agar datang menziarahi rumahnya. Inilah sikap orang Jordan yang jarang dijumpai di mana-mana tempat. Berkat RSA, permusuhan berubah menjadi bermaaf-maafan, kasih sayang, tolong bantu, ziarah menziarahi.

Di kesempatan menziarahi rumahnya beberapa hari yang lalu, dapatlah kita ceritakan perjuangan Abuya dari awal, diselang seli dengan nasyid-nasyid dari suara lunak anak Abuya sendiri, Us Abd Wadud yang kacak berspek bingkai hitam dan bersarung kaki pendek di musim sejuk hehe.

Kagumkan kisah Abuya dan bait-bait nasyid, Tamer call kawan-kawannya datang ke rumah, ada seorang pengusaha/taukeh pasaraya yang pernah tinggal di AS, ada anak seorang pegawai tinggi KDN dll berkumpul mendengar nasyid sambil berdialog. Yang kesiannya, semuanya lewat 2o’an dan awal 30’an tetapi belum berkahwin lagi. Sedangkan Faah yang Tamer tangkap, baru 19tahun dah berkahwin. Tauke 2 kedai yang pernah di AS tu bila tau anjang ada 3 isteri 16 anak terus cakap, “aku dah tak ada apa-apa lagi nak komen. Dengar je la lepas ni.”

“Kamu tengok mereka ni, kasut merekapun tersusun cantik bila masuk rumah”, Abu Romi sebut pada Tamer sambil menunjukkan susunan kasut kami di pintu rumah Tamer ketika mereka berdua keluar merokok. Tamer mengangguk-angguk bersetuju.

Walaupun cuaca sangat dingin di musim syita’ begini, mereka tetap menghantar kami ke pintu kereta sambil meminta agar datang lagi dan ingin adakan majlis yang lebih tersusun agar lebih ramai boleh menikmati persembahan nasyid yang meruntun jiwa, memberi ketenangan.

Bukan mudah mengubah seseorang kerana Rasul SAW pernah sebut yang mafhumnya, kalau seseorang memberitahu kepadamu, gunung Uhud sudah berubah tempat, kamu percayalah terus. Tak payah melihatnya. Tetapi kalau ada yang mengatakan padamu, sipolan (seseorang) sudah berubah perangainya, janganlah kamu terus mempercayainya, tengok dulu. Betul atau tak. Ini membuktikan, bukan mudah untuk buat perubahan diri. Tapi bila ia berlaku, ramai pula berubah. Merebak-rebak pula dari seorang ke seorang yang lain. Tanpa paksaan pula. Dari permusuhan kepada kasih sayang, ketahuilah: Kerajaan Ajaib Mengatasi Segalanya.

Duwar Qubbah, Irbid

3.48am, Dis 13, 2012.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s