Al-Arqam Satu Penilaian

AL-ARQAM SATU PENILAIAN
 
Mutakhir ini timbul keresahan daripada ahli PERMAI terhadap amalan yang diamalkan oleh syarikat berdaftar Global Ikhwan, yang juga terdapat sebuah cawangannya yang sah di Irbid, Jordan ini atau lebih khusus lagi Restoran Nur Muhammad. Global Ikhwan ini dahulunya juga dikenali sebagai Jamaah Darul Arqam. Jamaah ini pernah diharamkan oleh pihak JAKIM suatu ketika dahulu atas alasan beberapa amalan daripada ajaran ini meyeleweng daripada ajaran Ahlussnah Wal Jamaah.
Walaubagaimanapun kami mengambil usaha untuk meneliti semula senarai penyelewangan yang terdapat pada jamaah ini yang disediakan oleh pihak JAKIM dan tuduhan-tuduhan yang biasa dilemparkan pada jamaah ini, dan kami dapati sebahagian daripadanya bukanlah daripada masalah usul aqidah yang boleh mengeluarkan seseorang daripada Islam, dan sebahagian lainnya tertolak dengan penafian daripada zahir amalan mereka sendiri. Berdasarkan penelitian kami setakat ini terhadap kitab usul mereka, kami dapati tiada yang disyakkan daripada akidah mereka yang beraliran Al-Asyairoh, cuma terdapat perbezaan sedikit pada beberapa perkara yang juga masih diperselisih di dalam Ahlussnah wal Jamaah itu sendiri. Pihak JAKIM sendiri pada penelitian kami pada teks fatwa tidak menyatakan ajaran mereka sebagai ajaran yang terkeluar daripada Islam @ murtad berbeza denga fatwa yang dikeluarkan kepada ajaran Ayah Pin yang secara jelas menyatakan pengikut Ayah Pin adalah  murtad. Berikut adalah teks JAKIM :
“Bahawa orang Islam yang mengamalkan ajaran Ariffin bin Mohammad (Ayah Pin) adalah MURTAD”
Jadi, mereka (Al-Arqam) masih dianggap sebagai saudara kita seagama, muslim yang mengamalkan beberapa ajaran yang secara umumnya bertentangan dengan jumhur Ahlussunnah wal Jamaah, seperti yang terdapat di dalam teks fatwa pihak JAKIM pada penyenaraian penyelewangan dari segi akidah jamaah Al-Arqam :
“Kesalahan Yang Bercanggah Dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah berdasarkan kepercayaan bahawa…..”
Perlu diingat secara umumnya bercanggah daripada ajaran Ahlussnah wal Jamaah tidak mengeluarkan seseorang daripada Islam melainkan dengan syarat-syarat tertentu. Berpegang dengan hadis :
“Barangsiapa shalat seperti shalat kita, menghadap ke arah kiblat kita & memakan sembelihan kita, maka dia adalah seorang Muslim, ia memiliki perlindungan dari Allah & Rasul-Nya. Maka janganlah kalian mendurhakai Allah dgn mencederai perlindungan-Nya.”– Bukhari
Mereka yang bertentangan dengan Ahlussunah wal jamaah dikategorikan sebagai Ahli Bidaah. Ahli PERMAI dinasihatkan tidak bermudah-mudah menghukum mereka sebagai mubtadi’ (ahli bidah) kerana ada kemungkinan amalan @ kepercayaan mereka adalah berdasarkan kejahilan ataupun sebahagian amalan mereka itu masih diperselisih sesama ulama’ Ahlussnah sendiri. Mereka yang jahil dimaafkan sekiranya belum menerima hujjah yang sohih, berdasarkan dalil :
“dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan sorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah”-Al Isra:15
Ibn Taymiah mengulas : “ Tidak sabit perbuatan menghukum bidaah pada individu tertentu melainkan mencukupi syarat dan tidak mempunyai halangan-daripada menerima hujah yang sohih…”- Majmu’ Fatawa, Ibn Taymiah. Contoh halangan ialah kejahilan,paksaan atau ta’wil yang silap. Dan juga perkara yang diperselisih dalam kalangan ulama Ahlussnah tidak dikira sebgai bidah, kerana perselihan antara ulama adalah bersandar pada dalil manakala bidaah adalah perkara yang tiada sandaran pada dalil.
“Bidaah merupakan amalan yang tidak mempunyai asal dari syariah (dalil),dan sekiranya ia mempunyai asal dari syariah maka ia bukanlah biadah secara istilah syara’,akan tetapi ia adalah bidaah dari segi bahasa -sahaja-.” Bidaah wa atharuha,Alfaqihi.
Maka ahli PERMAI diharap dapat menyebarkan da’wah Islamiah (samada ‘bilhal’ atau billisan) kepada mereka dan menyampaikan hujjah yang sohih kepada mereka dengan penuh hikmah.
Pulau (boikot) atau tidak
Pulau(pemulauan) dari segi bahasa :  “Pemisahan sesama manusia sama ada dengan badan atau dengan percakapan atau dengan hati…” -At ta’rif, Al Manawi. “Memisahkan drpd yg lain, mengasingkan, menyisihkan seseorang atau menyisihkan diri daripadanya (sehingga tidak ada perhubungan antaranya dgn orang lain).” –Kamus Dewan Edisi Empat.
Dari segi syara’ pula : “Membelakangkan seseorang daripada saudaranya, atau memalingkan  wajah daripadanya” -Jami ul Ulum Wal Hukm, Ibn Rajab al-Hanbali. Daripada takrifan ini kami Akademi Syariah Mahasiswa tidak mencadangkan PERMAI untuk memboikot mereka, malahan ikatan ukhuwwah sesama Muslim harus dipelihara dan dijalinkan dengan tujuan menyebar dakwah dan akidah yang sohih. Cadangan ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w:
“Janganlah kamu (sesama kamu) berhasad dengki, jangan berbenci-benci, jangan kamu saling mencari-cari rahsia antara kamu, jangan kamu saling tuduh menuduh dan sepatutnya hendaklah kamu bersaudara menjadi hamba-hamba Allah belaka” -Bukhari
Juga berdasarkan rasa takut daripada ancaman daripada hadis Nabi s.a.w:
“Tidak halal bagi seorang Muslim memulau saudara Muslim lainnya lebih dari tiga hari. Barangsiapa memulau saudaranya lebih dari tiga hari dan meninggal dunia, maka dia masuk neraka”.- Muslim dan Ahmad
Walaubagaimanapun disana terdapat para ulama yang membenarkan perbuatan memulau ahli bidaah yang jelas bidaahnya . “Tidak harus bagi seseorang muslim memulau saudaranya yang muslim melebihi 3 hari melainkan dengan sebab kemaslahatan agama.” Faidul Qadir, Al Manawi. “Pemulauan dan meninggal percakapan ; sejumlah para salaf memulau mereka yang mengamalkan bidaah-jelas bidaahnya-“ -Al l’tisom, Asy Syatibi. Kami katakan bahawa pemulauan ahli bidaah sememangya dibenarkan oleh sebahagian para ulama, dan untuk itu terdapat ulama pada zaman sekarang telah menggariskan panduan agar tidak jatuh kepada haram berdasarkan ancaman Nabi s.a.w iaitu ancaman neraka -seperti yang disebut dalam hadis di atas-.
Garis panduan memulau ahli bidaah (Dr Yunus Abdurrab Fadhil Atholul) :
1) Memastikan wujudnya bidaah tersebut dengan perbuatan mereka atau mendengar usul perkataan mereka atau melihat usul tulisan-tulisan mereka,dan bukan dari cakap-cakap orang terutamanya pada zaman sekarang yang mana perbuatan membidahkan orang lain sangat mudah dilemparkan.
2) Hendaklah bidaah yang diamalkan merupakan bidaah yang disepakati semua ulama.
3) Mempastikan hilangnya penghalang daripada menerima hujjah dan kefahaman yang dapat membuang kejahilan.
4) Memastikan bahawa pemulauan itu menepati maqasid syariah iaitu memelihara agama, lari dari perbuatan bidaah dan mencegah manusia dari mendekati bidaah. Jika tidak, perhubungan lebih baik daripada pemulauan. Contoh : Sekiranya memboikot itu tidak menjauhkan pembuat bidaah daripada bidahnya bahkan menguatkan lagi pegangan bidaahnya, maka ketika ini boikot tidak dibenarkan.
“…Sekiranya maslahah pada pemulaun itu adalah mengurangkan perbuatan buruk mereka dan menakutkan mereka –atas sebab perbuatan bidaah yang dilakukan-, maka ia dibenarkan. Dan sekiranya tidak membawa kepada tercegahnya amalan bidaah, samada pegamal bidah atau orang lainnya bahkan bertambah -keyakinan ahli bidah- pula , maka ketika itu kerosakan lebih jelas kesannya berbanding maslahah, tidak dibenarkan pemulauan.” Majmu’ Al fatawa, Ibn Taymiah.
Hukum jual beli dengan ahli bidah
“Dibenarkan berjual beli dengan kuffar(non-muslim) pada perkara yang tidak haram –bebas riba dan bukan barang yang haram- tanpa mengambil kira akidah mereka yang rosak dan urusan mereka yang tidak berlandaskan syara (sesama mereka)” -Fathul Bari, Ibn Hajar. 
Harus berjual beli dengan ahli bidaah (apatah lagi yang bidaahnya masih diperselisih), sepertimana harus berjual beli lainnya termasuk dengan kafir, bahkan lebih aula kerana mereka (ahli bidaah) adalah Muslim. Ibn Hajar rha. menyatakan urusan sesama mereka -non muslim- selepas daripada jual beli kita dengan mereka yang tidak berlandaskan syara’ (cth :riba) tidak diambil kira walaupun ia adalah munkar. Kemana aliran wang selepas jual beli tidak menjadi tanggungjawab pembeli kerana telah pun berlaku pindah milik. Seseorang tidak dipertanggungjwab pada perkara yang tidak dimilikinya.
Memandangkan jual beli ini juga sebahagian daripada memelihara keperluan pembeli (tahsiniah) dan juga penjual maka ia tidak bertentangan dengan agama. Sesiapa yang hendak berjual beli dengan mereka (Restoran NM) maka itu adalah haknya dan tidak bertentangan dengan pandangan ulama seperti yang kami jelaskan. Dan sesiapa yang enggan berjual beli dengan mereka itu juga adalah hak mereka atas dasar kewarakan yang ada pada dirinya.
Sekali lagi kami nasihatkan ahli PERMAI mengambil peluang ketika berjual beli dengan mereka agar menyebarkan dakwah Islamiah dan meyampaikan akidah yang sohih, dalam masa yang sama ahli PERMAI perlu memperkasa akidah masing-masing dengan menggunakan saluran yang ada seperti kelas aqidah anjuran PERMAI, PINTAR dan lain-lain.
Wallahu ta’ala a’lam.

Advertisements

2 thoughts on “Al-Arqam Satu Penilaian

  1. ibn Taimiyah bukan wahabi sbb dia hidup beberapa ratus tahun sebelum muncul gerakan wahabi tetapi wahabi banyak mengambil fatwa ibn Taimiyah yg bercanggah dengan jumhur ulama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s