***empayar Rom yang telah runtuh***

ImageImageImageImageSalam ceria. Syh Lan dah sampai Malaysia, kali ni jalan-jalan di sini dengan Syh Megat Jiwa, Us Zul, Ibu Matun, si kecil Halimah dan ibunya. Kebetulan ada urusan di Amman. Mula-mula ke Dakhiliyah (KDN) urusan visa anak. Dah 2 minggu, 3 kali pergi masih belum selesai. Ada maksud Tuhan. Pastu terus ke Wast Balad.(Pusat Bandaraya) Tunjukkan pada Syh Megat Masjid Al Husaini yang kembali sejarah pembinaan masjid lamanya di zaman Saiyidina Umar Al Khattab RA. Masjid yang ada sekarang dibina di atas tapak masjid lama. Oleh kerana kami merancang untuk sembahyang di Masjid Ashabul Kahfi, ziarah Masjid Husaini ini hanya sebentar sahaja. Di depan lapangan masjid, ada beberapa orang pekerja yang menunggu disewa. Masing-masing dengan peralatan mereka. Ada baldi, di dalamnya ada tukul, baji dan grinder. Ada juga yang membawa tali, beliung, skop dan pongkis. Menghisap rokok. Berbaju lusuh dan kotor. Menunggu rezki. Kalau-kalau ada yang memerlukan perkhidmatan mereka. Kasihan, dah azan Zohor, belum ada yang mengambil mereka bekerja.   

Teringat dalam belasan tahun yang lalu, di sinilah tempat anjang berpusing-pusing. Tukar duit Dollar ke Dinar. Cari kitab di maktabah-maktabah sebelah masjid atau di maktabah Dandes. Minum ‘asir, pekena syawarma atau makan kinafah. Call ke Malaysia, di wartel harga murah. Cari kasut dan pakaian 2nd dan tak lupa Mat’am Qaherah. Hari ni, tak mau ajak Syh Megat buat semua aktiviti tu, masa terhad. cuma nak ajak dia ke Mudarraj Romawi. (Roman theatre)

Dulu Jordan di bawah takluk Empayar Rom. Rasulullah SAW dan para Sahabat RA dengan kekuatan iman dan taqwa, dengan kehebatan roh telah berjuang memperkenalkan Tuhan dan SyariatNya. Menyebar kasih sayang sesama manusia yang akhirnya, Empayar rom yang gagah pun menyerah kalah. Hari ini kami sempat melihat sendiri kesan pembinaan lama di zaman pemerintahan Antoninus Pius yang menjadi Maharaja Rom dari tahun 138AD hingga 161AD sekarang berada di dalam negara Jordan. Sahabat-sahabat telah membuktikan sumpah janji mereka hidup mati untuk Allah. Sekarang giliran kita pula membuktikan janji Tuhan melalui lidah nabinya, Islam akan berdaulat semula di akhir zaman. Jumpa lagi.

Bilik Duwar Qubbah, Irbid.

2.36am, Dis 5, 2012.

Advertisements

One thought on “***empayar Rom yang telah runtuh***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s