***Muflis Dunia vs Muflis Akhirat***

Salam ceria.

Bila baca berita muflis di Berita Harian online ni, beberapa wajah kawan-kawan dalam jemaah menjelma di fikiran anjang. Mereka muflis atas bermacam-macam sebab. Ada yang sebab peribadi, keluarga, ada yang kerana kawan-kawan dan ada yang kerana beberapa aktiviti yang dikaitkan dengan jemaah. Mereka pula, ada yang dah tinggalkan perjuangan, ada yang masih sanggup menanggung apa-apa risiko dalam kifah yang panjang ini. Ada yang tak pernah serik, walaupun muflis tak layak keluar negeri, tapi diusahakan juga berurusan di pejabat ….. (Entah apake namanya lupa anjang), akhirnya lepas juga keluar negeri. Alih-alih terjumpa di bawah pohon kurma di Madinah. Ada yang sedang potong bawang di Mat’am As Sari, Mekah. Ajaib. Ni baru power, bersungguh-sungguh untuk melepasi rintangan dunia. Sedangkan seorang yang muflis, bukan 100% salah dia, mungkin dia hanya penjamin kenderaan atau pelajaran. Kenapa dinafikan hak-haknya yang lain. Jadi, walaupun muflis di dunia, hakikatnya kita masih boleh usahakan pelbagai cara untuk berjaya. Bukan di sana berakhirnya segala cita-cita.

Amat berbeza dengan muflis di Akhirat. Tiada siapa membela. Akibat beribadah tanpa rasa hamba, akhirnya ibadah tak memberi kesan. Lahir beribadah, hati masih berhasad dengki, ego, sombong, riya’, berbangga dll. 

Akhirnya mulut masih mengumpat, menghina, berbohong, tangan masih kerjakan maksiat, mata melihat aurat orang, telinga mendengar perkara yang diharamkan. Umpama memakan ubat, vitamin, makanan kesihatan tapi dalam masa yang sama menelan racun, hisap rokok, ketagih arak, makan dan minum segala yang bercampur dengan perasa dan pewarna yang merosakkan. Sudah tentu segala racun itu yang lebih kuat bertindak dari segala vitamen. Kalau di dunia, mudah-mudah masih boleh dirawat, di akhirat… Darul Jazaa. Negeri pembalasan. Lihatlah hadis kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW: 

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أتدرون من المفلس ؟ قالوا:المفلس فينا من لا درهم له ولا متاع , قال صلى الله عليه وسلم : إن المفلس من أمتي من يأتي يوم القيامة بصلاة وصيام وزكاة , ويأتي وقد شتم هذا ,وقذف هذا , وأكل مال هذا , وسفك دم هذا , وضرب هذا , فيعطي هذا من حسناته وهذا من حسناته فإن فنيت حسناته من قبل أن يقضي ما عليه أخذ من خطاياهم فطرحت عليه ثم طرح في النار ) .. (رواه مسلم).

 

Maksudnya : (Pada satu hari) Nabi saw bertanya kepada para sahabat : Tahukah kamu siapakah orang yang muflis ? Sahabat menjawab : Orang yang muflis di kalangan kami ialah orang yang tidak memiliki wang dan juga tidak mempunyai harta. Lalu Nabi saw bersabda : Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari Qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi semasa di dunia dia pernah memaki sifulan, menumpahkan darah sifulan dan pernah memukul sifulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitulah seterusnya terhadap orang lain yang pernah dianiayainya sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiyaan belum lagi habis, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, sehinggalah ia dicampak ke dalam api neraka. (Hadis riwayat Muslim)

Itulah bahayanya beribadah tanpa rasa hamba, ia tidak membina peribadi kita. Kalaulah Allah datangkan ujian dalam kehidupan, untuk memberi rasa hamba di hati kita, berterima kasihlah pada Allah kerana terbukti, dalam ibadah yang sepatutnya kita bawa rasa hamba, kita tidak berjaya membinanya. Maka mudah-mudahan dengan ujian kehidupan di dalam perjuangan, rasa itu boleh dipupuk. Ada seorang bertanya anjang,

Salam. maaf bebyk nak tanya apa syeikh buat bila syeikh diuji dgn ujian yg kita x buat salah,tp org semua x faham dan tuduh kita salah. hingga isteri/suami kita pun x percaya kita..ape yg syeikh akan buat pada masa tu..tlg bg panduan pd ana bleh ana kongsi2kan dgn kwn..mzb. maaf kalau menganggu. Anjang jawab begini, (moga ada kebenarannya) 

1. Sapa lebih mulia, kita ke Siti Aishah RA? Confirm dia lebih mulia, itupun dia pernah kena tuduh sesuatu yg dia tak buat. Kena fitnah yang memalukan. Jadi kalau kita kena, bisikkan di hati, “Kalau Siti Aisyah RA, anak Syd Abu Bakar RA, isteri Rasulullah SAW, Ummul Mukminin yang sangat mulia pun difitnah, aku lebih-lebih layak dihina, dituduh, difitnah. 

2. Jika Kena tuduh macam tu, kalau pandai menerima, rasa hamba meningkat. Sedangkan amat payah nak dapatkan dan kekalkan rasa kehambaan di hati. Dalam sembahyang, puasa dan beribadat pun, ramai yang gagal membawa rasa hamba. Rasa kehambaan, Allah suka. Rasa hamba membawa ke syurga. Tak nak ke susuatu yg mendekatkan kita ke syurga? 

3. Orang yang bersalah, dia rasa bersalah itu biasa. Orang yang tak bersalah, dia rasa bersalah, itu luar biasa. Kita nak jadi orang yang luar biasa. Para Ikhwan dan Asoib itu luar biasa orangnya. 

4. Di era sekarang, kita sedang cuba me’roh’kan semua aktiviti perjuangan. Oleh itu, elok pandang pada hakikat, lahirnya org tuduh/sangka kita. Hakikatnya Allah yang izinkan ia berlaku, tak kan Allah tersilap. Mursyid yang proses muridnya, tak mungkin Mursyid tersilap, mesti ada dosa-dosa kita di tempat-tempat lain, di waktu lain yang Allah hukum di sini. Seperti dosa tak khusyu’ solat umpamanya. 

5. Antara hikmah paling besar ialah, kalau dah semua orang pandang kita bersalah, mengadulah pada Allah, pada RSA. Jadi ia peluang untuk kita dekatkan diri dengan mereka. Semoga ia membantu kita semua dalam berperasaan, berfikir dan bertindak.

Otw ke Wizarah Dakhiliah, Amman

11.04am, Dis 4, 2012

 

241,740 orang 

diisytihar bankrap

2012/12/04 – 05:46:48 Seramai 241,740 individu diisytihar bankrap di negara ini setakat April lalu, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai. 

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 52,917 kes berlaku di Selangor dan 42,843 di Wilayah Persekutuan, manakala 70 peratus adalah lelaki dan selebihnya wanita. 

Pinjaman kenderaan menunjukkan kes kebankrapan yang paling tinggi iaitu 25.21 peratus, diikuti pinjaman persendirian 13.15 peratus, pinjaman perumahan 12.31 peratus, pinjaman perniagaan 11.26 peratus dan kad kredit 4.9 peratus, katanya di lobi Parlimen, semalam. 

Lim berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa kerajaan akan mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967, yang dilihat terlalu ketat dan membebankan rakyat, adalah tepat pada masanya. 

Saya menyokong pindaan Akta Kebankrapan ini. Saya berharap pada pindaan kali ini, bank atau institusi kewangan mencari peminjam dulu, bukannya seperti sekarang ini yang meletakkan bebanan ke atas penjamin sehingga mereka diisytiharkan muflis, katanya. 

BERNAMA

  

.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s