***Abu Romi, jiran & aktifkan Roh***

Salam ceria.
“Ust Harun, ada tulur dan susu saya lupa turunkan di Mat’am, sekaran saya balik hantar,” kata Abu Romi dengan BM tapi pekat telo Arabnya. “Oh, nasitu ana kaman…”. Sepanjang hari ni dari lepas zohor, anjang dan En Ali Matarnah atau Abu Romi keluar mencari dawai mata punai, kayu, paku dan plastik untuk buat reban ayam. Isterinya ditinggalkan di rumah Banat, ada Ibu Matun dan Ustzh Bihah di situ, juga banat. Seronok isterinya, berasal dari Medan, Indonesia dapat bertemu saudara serumpun setelah 10 tahun hidup di Jordan. Tak ada kawan berbangsa Melayu. Kak Nur ni, bapanya suku Batak, asalnya kristian convert Islam. Ibunya berasal dari Jawa. Dia dan anak-anak perempuan di asrama banat, kami dan Romi pula sibuk di belakang rumah Duwar qubbah membuat reban ayam. Setelah selesai rangkanya menggunakan besi reban lama, kami pasang dawai mata punai dan pintu. Seterusnya kami pasang plastik hitam untuk mengelak dari hujan dan mengurangkan kesejukan. Sambil bekerja, Abu Romi berseloroh, ayam jantan ni berkokok, bertanya, “Mana isteriku Us Harun?” Dia sambung lagi, “Kita sedang siapkan rumah kerana bapa isterinya minta mahar banyak dan rumah.”
Pelik juga, walaupun baru berkenalan Abu Romi sangat serasi dengan orang Malaysia, mungkin kerana dia tinggal lama di Malaysia, iaitu 12 tahun. Kedainya ada di Sg Buloh. Orang Malaysia yang jagakan. Semalam dia ajar anjang buat jeruk zaitun cara Arab. ‘Step by step.’ Tak boleh guna cuka katanya. Nanti jeruk tu lembik, peroi. Yang sedap ia agak rangup. Abuya pernah pesan, di mana-mana berjuang, belajar apa sahaja. Belajar semua perkara. Hari ni, dia bantu buat reban. (Sebenarnya dia yang buat, anjang bantu dia… “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ ) Khamis ni dia jemput makan-makan di rumahnya.
Semasa di Batu Hampar anjang dan pelajar-pelajar bela itik, angsa, ayam kampung, arnab dan puyuh. Sapa yang rajin bantu?, masa tu Fakhrur anak Abang Nordin, Fathi anak Us Yaakub Adun, Uwais dll. memang anjang suka bertani dan menternak. Anak petani la katakan. Pun begitu, Anjang ajak anak-anak di Irbid ni bela ayam bukan kerana hobi atau mengisi masa lapang. Bela ayam kerana nak menjauhkan kemurkaan Allah. Sebab apa? Korang tentu tau, bila niaga di Mat’am ni tentu ada makanan lebih. Bila ada makanan lebih, kita cuba sedaya upaya selamatkan supaya tak membazir dengan memakannya. Tapi, kalau dah tak mampu, dengan adanya ternakan ayam, kita boleh berikan kepada ternakan kita. Selamatlah dari pembaziran. Moga selamatlah dari kemurkaan Tuhan. Amiiiin. Lagipun, ayam jantan di sini dah jadi macam ‘alarm’, berkokok untuk mengejutkan kita bertahajjud. Cabaran menternak ayam di sini ialah anak-anak jiran yang nakal. Dah 2 ekor ayam kampung yang besar berharga RM30 seekor telah mereka bunuh secara sadis. Dijolok-jolok dengan kayu, dilastik, ditangkap, dibunuh, dibakar bahagian ekor dan tongkengnya. Bangkainya dicampak di tangga rumah kita. Dah macam amalan sihir orang Afrika. (Tak ada kena mengena dengan Mus) Bukan ayam sahaja, kereta VW Golf kita dicalar-calarkan, penutup rim dicabut, pecahkan. Body dipukul dengan kayu. beras kita dicuri. Anak-anak kita di baling batu. Diludah. Bukan setakat anak-anak, Syh Mazlan pun kena baling dengan buah limau. Walaupun tak selalu tapi ia berlaku tanpa kita jangka. Betul la pepatah Arab:
(الجار قبل الدار) ad dar qablad dar.
Pilihlah, ‘chek’lah, telitilah jiran dahulu sebelum memutuskan untuk memiliki, sewa atau tinggal di sesebuah rumah.
Tapi, yakinlah ada hikmahnya. insyaAllah natahammal. Kerana memuliakan jiran adalah tanda iman kepada Allah dan hari Akhirat. Moga dengan berbuat baik pada jiran, Allah akan anugerahkan kita roh yang aktif. Kalau roh dah aktif, semua yang diminta bermula dari hati, dari lubuk hati. Bukan bergetar di bibir sahaja. Lebih-lebih lagi kita di Era nak haluskan lagi tawassul kepada mursyid. Bukan mudah untuk mendapatkan rasa atau untuk berubah dari ilmu akal ke ilmu hati. Alhamdulillah dapat panduan BUJ. Terima dan yakinlah. Dulu BUJ cakap RSA punyai Teknologi Roh Menutup Jasad. Bagi yang lurus hati, terima je. Tak banyak soal. Sekarang kita dah dapat penjelasan dari Syh Hisham Kabbani yang mirip apa yang BUJ sebutkan 2 tahun sudah. Jadi begitu juga bab nak Nak latih jangan guna akal (jangan silap faham di sini!!!) atau mulut tapi guna hati atau rasa. Kena yakin dan terus amal. ‘Abuya tolong’ itu bukan di sebut dengan akal, tapi di sebut dengan rasa (hati). Rasa hati mengatasi kekuatan ilmu akal. Selama ini, ilmu tentang Abuya mengatasi rasa terhadap Abuya.
Bila nak dapat rasa, kena belajar dari orang-orang yang dah dapat (iaitu para sahabat akhir zaman). BUJ berpesan supaya:
i-Belajar
ii-atau bertanya
iii-atau bergaul
iv-atau berkhidmat dengan mereka.
ada berkatnya. Berkat ini membantu untuk mendapatkan rasa
Tanya mereka:
i-apa depa rasa terhadap Abuya?
ii-Apa pula depa rasa terhadap Wasilah Abuya?
Untuk lulus atau berjaya menjadi orang roh, mestilah secara roh, jangan guna akal lagi. Mereka para sahabat akhir zaman itu, adalah di sayangi oleh RSA. Terbukti sanggup mati untuk Abuya. Rasa hati mereka kepada Abuya dan Wasilah mendalam sekali.
Bila Abuya tolong di buat dengan hati, baru rasa perlukan Abuya . Bila ada rasa pada Abuya, maka datanglah rasa rindu, rasa takut, rasa cemas, rasa takut pada Abuya.
Rasa-rasa itu pula, kalau baru, belum lagi mantap. Dalam suasana-suasana yang berbeza, rasa itu pun berbeza. Depan rasa lain, belakang lain pula. Kata R SAW, tanya Sy Nasir apa dia rasa terhadap Wasilah Abuya?
Orang-orang yang belum dapat ‘sahabat’ tu, banyak akal-akal lagi, rasa-rasa belum cukup. Sedangkan orang-orang roh itu: i-Perjuangannya itu di rasakan.
ii-Taat itu di rasakan. iii-Rindu itu di rasakan. iv-Takut itu di rasakan. Bukan di akal-akalkan, bukan masih di mulut dan bukannya kalau dah di hati pun tapi belum cukup. Rasa mesti mengatasi akal.
Rasa-rasa itu bila dah cukup jadi lah seseorang itu, merasakan perjuangan itu hidup matinya bukan di mulut lagi. Abuya itu hidup matinya. Rasa rindu mendalam kepada Abuya depan dan belakang. Rasa takut sungguh pada Abuya depan dan belakang.
Terasa sukarnya melepasi era ini….
Duwar Qubbah, irbid.
10.24am, Dis 2, 2012

Membungkus Jasad

PETIKAN SUHBAH SYEIKH HISYAM KABBANI Rh

Ketika zaman Imam Mahdi as, kita berjalan atau bergerak bukan dengan cara kita berjalan saat ini, tetapi kita bergerak dalam waktu dengan ilmu hakikat at-Tai’.

Saat ini kita berjalan dengan ruh berada didalam badan. 

Tetapi dengan hakikat at Ta’i maka roh yang membungkus badan sehingga kecepatan roh yang akan membawa badan.

Badan kita saat ini lekat dengan bumi maka kalian tidak boleh bergerak melawan graviti. Tetapi dengan hakikat at Ta’i maka roh yang membungkus badan sehingga kecepatan roh yang akan membawa badan.

Ketika spiritual kalian naik maka roh akan membungkus badan maka kalian dapat berjalan dengan tidak bergantung graviti bumi.

Nafsu, maksiat dan ego menjerat kalian dalam garviti, tetapi ketika roh sudah menguasai ego dan nafsu maka graviti bumi tidak mengikat lagi.

Seperti di bulan astronaut tak terikat graviti,demikian juga dengan spiritual power yang akan membawa badan yang telah dibungkus roh dapat bergerak sangat cepat. 

Roh adalah tenaga dengan kecepatan cahaya, bahkan lebih cepat dari kecepatan fikiran dan bahkan lebih cepat lagi seperti seperti kecepatan malaikat.

Kecepatan malaikat lebih cepat dari kecepatan fikiran, sementara kecepatan fikiran lebih cepat dari kecepatan cahaya.

Para wali bergerak dengan hakikat at-Ta’I tersebut, pertama dia  mengeluarkan roh dari badannya dan dia bungkus badan dalam rohnya dan bergerak, ketika sampai ditempat tujuan maka dia letak lagi roh tersebut kedalam badan.

Ini adalah penjelasan dalam tingkatan paling rendah dari hakikat at-Ta’i.
.

ImageImageImageImageImage

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s