***Sebarkan Kasih Sayang, bukan ajaran sesat!!***

ImageImageImageSalam ceria.
“Peralatan katering ni korang punya ke?”, tanya seorang VIP kepada seorang remaja GISB Syria yang sedang melayan para VIP di meja. “Ya”, jawabnya memandangkan sebahagian besar barang-barang tersebut memang milik kita. Ada yang dipinjam dari GISB Jerash, ada yang Ibu Jera beli semasa perasmian restoran. Ada juga set yang terpaksa kami sewa dari persatuan Pelajar Pahang bila bilangan VIP bertambah saat akhir. “Kami buka restoran di sini”, sambung remaja kita. “Saya ingat Arqam je mampu buat restoran di luar negara”, jawabnya. “Kamilah yang masuk paper baru-baru ni!”, spontan dan berani remaja kita merespon. Sambil menggengam jari-jarinya menunjukkan isyarat bagus dengan ‘jempol’nya dia berkata, “Arqam best!”, remaja GISB, “Arqam dah haram Bang!,”…. “Ok, ok… GISB bagus!”
Itulah antara peristiwa yang berlaku pada
pada 22hb nov 2012 bila Gisb zon Perak/Timur Tengah 2 telah mengadakan kerjasama dengan persatuan pelajar pulau pinang di Jordan melalui Mat’am Nur Muhammad dengan menyediakan katering makan malam untuk mereka.
Katering tu disediakan untuk program pertemuan diantara delegasi kerajaan pulau pinang yang diketuai oleh YB Prof Madya Dato’ Dr Mansor bin Hj Othman,Timbalan ketuan menteri 1, pulau pinang dan rombongannya dengan pelajar-pelajar pulau pinang dari seluruh Jordan.
Program diadakan di dewan Petra, jalan universiti Yarmuk dekat je dari Mat’am Nur Muhammad. Pasukan katering Nur Muhammad terdiri daripada 7 orang remaja lelaki,2 orang remaja perempuan dan seorang ibu berkhidmat melayan 15 orang VIP termasuk YB dato’ Abdul Malik bin Abul kasim,exco hal ehwal agama islam negeri,YB Dato’ salleh bin Man,yang Di Pertua Majlis Agama Islam Negeri dan yang bestnya, Tuhan susun, Atase Pendidikan Kedutaan Malaysia di Jordan Ustaz Saifuddin bin Hussin juga kena hadir sedangkan dialah individu yang mengatakan kepada akhbar Berita Minggu
tentang kewujudan gerakan yang cuba menghidupkan ajaran Al Arqam di Jordan dengan menjadikan penuntut Malaysia sebagai sasaran. Pendek kata, dia kata kita sebar ajaran sesat. Ya, Allah paksa Us Saifuddin makan dan menerima layanan kelas VIP dari orang yang dia tuduh cuba menghidupkan ajaran sesat. Supaya apa? Supaya Ust Saifuddin lihat sendiri aktiviti GISB di Irbid. Berniaga atau menyebar ajaran sesat. Sedangkan beliau sendiri adalah pelanggan mat’am kita di Jerash bahkan di Irbid. Mengapa mendengar sebelah pihak sahaja? Us Saifuddin tak tau apa komen pelajar bila baca berita tu, ada yang kata, ” Gelabah ! X tau cite apa2 ! Serabut ! Dtg snilah tengok !” Beberapa hari selepas itu, ketika Mujahid dan Alun ke pejabatnya di Kedutaan, Us Saifuddin macam nak mengelak-elak dari berdepan dengan remaja kita. Tak tau la, sebab malu atau lainnya. Sebenarkan kita sebar kasih sayang, bukan ajaran sesat. Itulah faktanya.
Prof Madya Dato’ Dr Mansor sendiri komen, “Depa ni hebat, tak dak depa ni, tak makan kita!!” “Penang di mana?” Tanya Dato’ pada Mujahid yang disangkanya dari persatuan anak-anak Penang juga, “Balik Pulau!” Jawab Jaeid. Mungkin dia pernah duk kat sana. Sedangkan jelas ke’Sarawakan’nya.
Anjang pun jelous tengok team katering yang baru diujudkan hari tu juga, smart gila dengan sut putih hitam (awas! bukan taik cicak) baju putih, seluar hitam. Tampak kemas. Menghidang, menyusun dengan sopan dan senyuman yang tak lekang di bibir. Bau badan yang wangi….”̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ …. Dah ok le tu, ada ke pengarah program minta supaya bukak songkok. Kami pakai songkok bukan kerana intima’ kat mana-mana parti politik di Malaysia la.
berkat RSA, benarlah insaniah dulu sebelum fizikal, kalau dah terbangun jiwa, senang je nak susun yang lahir-lahir ni. Tak yah meeting berjam-jam. Hantar power, Bincang sikit, susun kerja, taat je. Selesai. Hasilnya mengkagumkan orang, mudah-mudahan hati petugas selamat. Hingga penjaga dewan (dia ingat budak-budak ni keja kat mana-mana hotel), malah VIP sangat kagum. Katanya, “Hampa ni nampak kemas, ambik corse agama ka perhotelan mai sini? remaja gisb jawab spontan, “amik dua-dua.” “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ padahal, betul-betul mampu buat kerana berkat dan taat.
Bak kata Syh Cikgu Din, : Nak kata apa lagi? Bukan kemenangan ke tu? Itulah antara kemenangan di Muharram ni.
Begitu baiknya RSA mendatangkan pemimpin-pemimpin dari sebuah kerajaan negeri di malaysia untuk mendapatkan sentuhan kasih sayang tuhan melalui para remaja mereka. Tanpa modal dari kerajaan, tanpa subsidi, tanpa menyusahkan mana-mana pihak, pembangkang atau pemerintah, mereka terus memberi khidmat, tak perlu menyalahkan sesiapa, atau berdendam. Moga-moga merekalah golongan yang pelik. Yang disebut dalam hadis sebagai ghuraba’, alazina yuslihuna ma afsadahunnas.
Di akhir program, pengarahnya seorang pelajar Penang di Irbid berkata, ” 1 je aku nak komplen servis korang!”
“Apa dia?”
“Sambal belacan korang sedap sangat sampai tak cukup!!!…”
Ok, jumpa lagi.
Duwar qubbah, irbid.
6.01am, Dis 2012
ImageImage

Advertisements

One thought on “***Sebarkan Kasih Sayang, bukan ajaran sesat!!***

  1. Satu pembelaan terhadap Abuya, dari laman facebook seorang bekas pensyarah kolej swasta:
    Tuan Syed Othman Al-Edrus,
    Saya mencari komen tuan mengenai pengisytiharan sesat oleh JAKIM terhadap tuan guru saya, YABhg Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad, Syeikul Al Arqam. Adakah sudah tuan ‘delete’ ?

    Saya menyakini bahawa Tuan Guru Saya tidak sesat. Saya menganggap Tuan Guru saya ini adalah menjadi mangsa kepentingan Politik ( tahun 1998).

    Alasan:
    1.0 Kekuatan Al Arqam yang mempunyai pengikut yang sangat ramai ketika itu boleh mengancam kedudukkan seseorang serta boleh mengancam keselamatan negara.
    2.0 Hasil PHD orang-orang Melayu seangkatan dengannya yang men cemburui kelebihan beliau ketika itu.
    3.0 Hampir pilihanraya umum, dengan pengikut Al Arqam yang begitu ramai boleh menggugat kepengtingan politik seseorang ketika itu
    4.0 Jadi di cari jalan (tektiik) penghapusan kepada Al Arqam.

    Banyak perkara yang lebih dahsyat dan teruk daripada itu yang di praktikakan di dalam negara ini tidak di isytiharkan sesat pulak ?
    Seperti:
    1.0 Orang Melayu yang terlibat dengan dadah (meproses/ pembekal/ penjual/ pengguna)
    2.0 Pemuda-pemuda Melayu yang merempit
    3.0 Orang Melayu yang jelas meninggalkan sembahyang fardu lima waktu sehari semalam.
    4.0 Orang Melayu yang terlibat dengan perusahan pelacuran
    5.0 Orang Melayu yang terlibat dengan rasuah
    6.0 Orang Melayu yang terlibat dengan arak
    7.0 Orang Melayu yang berzina
    8.0 Orang Melayu yang bersekedudukkan
    9.0 Orang Melayu yang terlibat dengan menternak babi
    10.0 Orang Melayu bersekongkol dengan orang kafir

    Banyak lagilah, nanti jika ada masa akan di sambung lagi, InsyaAllah.

    *itu yg dia tulis..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s