***Ya Allah! datangkanlah pemimpin sebenar!***

Penjenayah Jordan ancam pelajar kita

2012/11/29 – 05:18:42   

Kuala Lumpur: Kira-kira 3,000 penuntut Malaysia di Jordan, terutama pelajar perempuan kini diselubungi ketakutan selepas menjadi sasaran penjenayah tempatan. 

 

Kes itu antaranya membabitkan serangan seksual, pecah rumah, ragut, samun dan ugutan bunuh di negara itu. 

Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia – Jordan (MPMMJ), Ahmad Kailani Zahari mendedahkan lebih 70 aduan diterima sehingga kini sekali gus mengundang kebimbangan mereka untuk meneruskan pengajian di sana. 

 

“Berdasarkan aduan yang diterima, kebanyakan mangsa pelajar perempuan… ada yang diraba pemandu teksi ketika dalam perjalanan ke universiti, malah ada kes membabitkan pelajar perempuan kita dipeluk pengusaha kedai runcit ketika membeli barangan keperluan harian. 

 

“Kes sebegini jarang ber laku, namun semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini membabitkan serangan fizikal ke atas mangsa sehingga mendatangkan trauma,” katanya. 

 

Beliau mengulas kejadian seorang pelajar perempuan Malaysia cedera disamun sekumpulan lelaki Arab ketika sedang dalam perjalanan menghadiri program di Rumah Persatuan Pelajar Malaysia Universiti Yarmouk, Irbid kira-kira 70 kilometer dari Amman, Ahad lalu. 

 

Dalam kejadian jam 7 malam waktu tempatan itu, Nabilah Yaakob, 21, pelajar Tahun Empat Ijazah Pergigian di Universiti Sains dan Teknologi Jordan cedera di tangan.

  

.Image

Advertisements

2 thoughts on “***Ya Allah! datangkanlah pemimpin sebenar!***

  1. Terima kaseh anjangmuor kerana memberi maklumat dan keadaan disana,seperti sedia maklum kita memang di zaman terakhir sebelum era imam mahdi berbagai kerosakan berlaku dimana-mana,semoga ALLAH datangkan segera penyelamat yg dijanjikan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s