Bahasa Arab Asas 18

.Isim Ghairul Munsorif
اَلْمَمْنُوعُ مِنَ الصَّرْفِ / غَيْرُ الْمُنْصَرِفِ
(Isim Ghairul Munsorif)
Isim Ghairul Munsorif adalah isim yang tidak boleh ditanwinkan dan dikasrahkan.
Contoh: عُثْمَانُ – مَسَاجِدُ – عُمَرُ – عَائِشَةُ
Syarat-syarat isim ghairul munsorif:
1. Ia bukan mudof (disandarkan pada isim yang lain)
Contoh:
صَلَّيْتُ فِى مَسَاجِدَ aku telah bersembahyang di masjid-masjid
مَرَرْتُ بِعُمَرَ aku melalui/melintas di depan Umar
Apabila isim ghairul munsorif ini jadi mudhof, maka batal hukumnya.
Contoh:
صَلَّيْتُ فِى مَسَاجِدِ هِم aku telah bersembahyang di masjid mereka
2. Tanpa alif dan lam
Contoh:
صَلَّيْتُ فِى مَسَاجِدَ
مَرَرْتُ بِعُمَرَ
Apabila isim ghairul munsorif ini dimulai dengan alif dan lam, maka batal hukumnya.
Contoh:
صَلَّيْتُ فِى المَسَاجِدِ aku telah bersembahyang di masjid itu.
Jenis-jenis isim yang masuk dalam kategori ghairul munsorif
1. Bentuk jamak yang berpola مَفَاعِلُ (shighah muntahal Jumu’)
Contoh: مَسَاجِدُ – مَقَاعِد
2. Isim maqsur yang berjenis muannas
Contoh: كُبْرَى – حُبْلَى
3. Isim mamdud yang berjenis muannas
Contoh: صَحْرَاءُ – حَمْرَاءُ
4. Nama perempuan
Contoh: مَرْيَمُ – عَائِشَةُ
5. Nama yang berpola فُعَلُ
Contoh: عُمَرُ – زُحَلُ
6. Nama yang diakhiri dengan tambahan alif dan nun ان
Contoh: عُثْمَانُ – سَلْمَانُ
7. Nama orang asing (bukan Arab) / nama ‘ajam
Contoh: إِبْرَاهِيْمُ – إِسْمَاعِيْلُ
Nota:
1. Isim maqsur yang bukan kelompok muannas, maka tidak termasuk isim ghairul munshorif.
Contoh: هُدًى – فَتًى
2. Semua nama orang yang diakhiri dengan ta marbutoh maka dia ghairul munsorif walaupun digunakan untuk nama orang laki-laki.
Contoh: مُعَاوِيَةُ – طَلْحَةُ
3. Nama negara dan bandar dikategorikan sebagai nama perempuan dan temasuk kelompok ghoirul munshorif.
Contoh: بَغْدَادُ – مِصْرُ

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s