***Kasih Sayang Tuhan- Mimpi Syh Hasnan***

ImageImageImageSalam ceria.

Dunia negara bala’ dan ujian. Nikmat dan keseronokan pun ujian, apalagi kesusahan, kesakitan, kebakaran, kematian, kemalangan jalan raya, kemarau, banjir, gempa bumi, taufan dll. Semasa belajar di Yayasan Al Arqam dan di awal PRSA (sekarang nasyid Al Fatehah), kita selalu laungkan nasyid ‘Jihad’…terkenang-kenang suara gemersik Lutfi Syuhud atau suara Abd Kahar Melaka (mana pegi entah depa ni semua), ‘time’ tarik tu yang ‘best’,

…Ad Daarul Aaakhiratu ghoyatunaaaaaaaaaaaaaa.. 

Wa Khootimunaaaa..

…Al Jannatul Roohatunaaaaaa…

Wa Sa’aadtunaaaa.

Terasa indah walaupun tak menghayati sangat ertinya dan tuntutannya. Indah kerana bernasyid beramai-ramai pagi Sabtu. Berserban, kupiah dan gamis putih. Pakaian sunnah. Ketika tu rasa itulah sunnah terbesar. (Sekarang Cikgu Hashim Jaafar istiqamah berserban. Ahli sunnah tapi tak berjemaah.) Perempuan kelas Arab semua serba putih, yang Qismu Dakwah serba hitam, berfurdah. Di tapak perhimpunan iaitu padang di antara asrama dan bangunan dewan kuliah, pejabat dan darul kutub. Ketika itu selalunya Nasaruddin (Sekarang Syh … Ar) mengetuai perbarisan. Setelah nasyid Jihad Arab Melayu, biasanya nasyid Masyarakat Islam. Seterusnya ucapan guru-guru. Oh… Tempat rehat sebenar memang di sana. Di Syurga yang:

ما لا عين رأت 

و لا أذن سمعت

و لا خطر على قلب بشر

Dunia tempat ujian. Allah nak uji apakah seorang hamba itu sabar? Apakah dia redha? Kerana hakikatnya, semua ujian adalah dari Allah. Janganlah pandang ujian, ingatlah Tuhan yang mencipta kita dan mencipta ujian. Dengan ujian dosa-dosa kita diampunkan, ada yang ditingkatkan darjat. Ada yang diinsafkan. Berhenti dari maksiat. Sangat benarlah, ujian adalah kasih sayang Tuhan. Moga dengannya kita selamat di sana. 

Kalaulah segala peristiwa yang berlaku dalam jemaah di’diary’kan, nescaya kita lihat rentetan ujian yang kita terima untuk melatih sabar dan redha. Hingga akhirnya kita akan surrender dengan Tuhan.

Ada yang sakit seperti Syh Hasnan, lebih sebulan terlantar di istana RSA. Asalnya bisul, ada yang katakan kanser tulang. Wallahu a’lam. Meniarap lebih sebulan. Atk Marilah kita doakan dan hantar power untuk beliau. Dari beliaulah selalunya anjang dapat link terkini ‘Suara Haramain’, lalu kongsikan dengan kawan-kawan. (Ada kisah mimpi benar/yaqazah beliau dengan Abuya)

Anak Syh Solleh Ar pula lahir tak cukup bulan, dinamakan Abd Qowie, dengan harapan menjadi qowie… Jadi kuat. Dah banyak kali ayahnya dan kawan-kawan menderma darah untuknya. Dulu anak anjang lahir di Labuan, kena sawan. Pihak hospital nak amik air tulang belakang. Rujuk pada Abuya, Abuya minta tanyakan Doktor-doktor dalam jemaah. Pendek cerita, akhirnya diambil juga air tulang belakang setelah dipastikan tiada risiko. Lalu Abuya namakan Salimah. “Mudah-mudahan dia selamat!,” Kata Abuya, sesuai dengan namanya. Beruntunglah Salimah sebab Abuya yang letakkan madu di langit-langitnya. Moga jadi anak yang solehah.

Dalam nikmat pun ada ujian. Tanyalah Syh Norhan, dalam sedap menikmati kepala patin tempoyak Temerloh, tak jangka ujian menunggu. Tulang ikan tersedut sekali. Ingatkan boleh hilang dengan telan nasi kepal, rupanya dah menusuk ke daging. Kena masuk bilik bedah juga untuk diuruskan. Moga cepat sembuh, walaupun beliau ada kencing manis. 

Sebelum ni dengar Jun nak datang Irbid, bantu masak panas di sini. Tiba-tiba dengar cerita ‘accident’, bukan sikit-sikit, banyak patahnya. Ngeri melihat. Yang Anas pun, luka-luka di muka. Apa maksud Tuhan? Mudah-mudahan satu proses untuk sabar dan redha. Untuk dapat rasa hamba yang amat mahal.

Baru je mendengar berita gembira Mufti Pahang merasmikan program kita, tiba-tiba Allah uji rumah amal di Taman Guru kebakaran akibat litar pintas. Sesungguhnya Allah setiap detik Maha Berkuasa terhadap kita. Kita sahaja yang melupakan Kuasa Tuhan. Ya Allah, anugerahkan kami rasa hamba. Berilah kami redha dan sabar. Proseslah hati-kami kami untuk meminta benar-benar dari lubuk hati. ATK…

Ok, otw ke Air Port, hantar Syh Lan balik Malaysia. Esok Syh Megat sampai, selisih di udara. 

Otw ke Air Port,

3.57pm, Nov 26, 2012 .ImageImage

. Di ambil dari blog suaramuhajirin313@blogspot.com KISAH MIMPI SYH HASNAN. proses supaya fizikal, akal dan nafsunya direhatkan untuk ruhnya diaktifkan)

Jadi selepas PR semalam baru kami dapat bersembang dengan Sy Hasnan menceritakan hal yang disebut Bonda Wasilah ar proses yang sedang dilakukan oleh Abuya padanya. Sy Hasnan segera memberi respon menceritakan mimpi yang dialaminya. Ikutilah ceritanya yang Pak Lang catit; “Sebenarnya 3,4 malam lepas ana ada mimpi pelik; Ana rasa ada Abuya bersama ana. Kami berada di alam lain macam terapung. Kami sedang lihat seorang murid Abuya sedang disiksa dengan siksaan yang teruk, menakutkan dan mengerikan. Ana sendiri tak sanggup melihat orang itu ditancap besi sebesar pinggang lekat dipinggangnya mcm kena sula. Besi itu seperti mesin yang canggih dalam lakukan penyiksaan padanya: ditendang, dipijak, disepak-terajang, dibaling-lempar ke dinding, digolek diseret dan lain-lain yang sangat dahsyat. Orang ini mengelupur meraung-raung memanggil Abuya tolong!, Abuya tolong!, Abuya tolong!!! Tapi Abuya biarkan saja! Ana pelik, kenapa Abuya tak nak tolong muridnya yang sedang nazak begitu? Sehinggakan bila banyak kali dia melolong memanggil Abuya, ana dengar Abuya kata; “itu dari mulut saja tu!!!” sambil terus memerhatikan orang itu disiksa seolah-olah menunggu sesuatu….” 

“Apa yang terus berlaku ialah setiap kali dia sebut “Abuya tolong!” siksaannya makin bertambah teruk. Pada satu  tahap mulutnya dibesarkan sehingga sebesar mulut tempayan lalu dituang air dengan sebanyak-banyaknya… sangat menyiksakan ana lihat. Air itu entah datang dari mana ana tak nampak tapi memang banyak. Akhirnya orang itu sudah tak bermaya lagi. Sudah tak boleh gerak apa-apa, sudah tak boleh mengelupur lagi, Dia sudah tak boleh cakap; dia hanya diam, sudah macam serah diri; maka waktu itu ana lihat ada kalimah “Abuya tolong!” keluar perlahan-lahan macam ubat berbentuk sebutir air yg jernih dari hatinya; Tiba2 Abuya kata; “Ha! ini yang Abuya nak!!, sebut Abuya tolong tu dari hati” ketika itu siksaan masih berlaku tapi orang ini sudah tenang; sudah redha dengan siksaan tersebut. Mulutnya yang besar luas tadi kembali mengecil. Dia kelihatan sudah tidak rasa sakit. Lalu Abuya senyum seolah-olah berkata; “sudah lulus proses!” dan Abuya berlalu pergi seolah2 Abuya ada banyak kerja lain yang hendak dibuat”. 

“Ana dapat faham orang tersebut sentiasa teringat siksaan yang dia alami itu menjadikan dia kena sebut Abuya tolong itu dari hati, kalau masih di mulut dia akan kena siksa lagi. Jadi siksaan tu membantu mengekalkan rasa kena panggil Abuya dari hati. ‘Abuya tolong” ini adalah rasa hamba. Kalau tak betul2 keluar dari hati ertinya tak terhubung dgn Abuya. Berbalik pada kalimah Abuya tolong yang keluar itu, maka perkataan yang macam ubat seperti air jernih itu pun dibawa oleh ruh orang itu ke satu tempat yang Abuya kumpulkan di bahagian bawah. Ana terpaksa tunduk melihat ruh orang itu pergi berkumpul di situ; seolah-olah dia membawa suatu bukti yang dia layak duduk di situ”. 

“Ana difahamkn itulah tempat yang Abuya simpan dan jaga orang2nya yang sudah lulus dari proses ruh. Mereka ini hati tak putus dgn Abuya. Perkataan Abuya tolong itu memang keluar dari hati mereka. Berbunyi sentiasa macam zikir. Ana dengar kalimah Abuya tolong menjadi zikir yg menyeramkn. Ianya keluar dari hati mereka yang sangat takut dan cemas mengenangkan siksaan2 yg akan mereka tempuh semula jika tidak dilafazkan dari hati yang benar2 takut dengan Tuhan. Masa ana jenguk, ana dapat lihat tempat mereka disimpan sangat solid, sangat kukuh dan hebat. Bentuknya macam bongkah 4 segi. Ana difahamkan itulah kesan-kesan power Abuya tolong dari hati mereka. Mereka jadi orang luar biasa. Digambarkan mereka ini seperti besi yang solid dan padu; tapi masih belum ramai. Suara panggil Abuya tolong belum dengar gemuruh spt ramai tapi rasanya sekitar puluhan orang sahaja. Ana terasa kalau ramai yang sudah sampai tahap begini, baru dunia akan diserahkan pada Abuya. Ketika ini jumlahnya belum cukup ramai. Abuya sdg proses seorang demi seorang!!” 

Sy Hasnan mengakhiri ceritanya dengan katanya; “Memang benar kata Bonda Wasilah ar, bila fizikal diproses dengan sakit yang sebegini rupa, nafsu dilemahkan, akal rupanya jadi kosong. Akal sudah tidak mampu nak berdolak dalih lagi….Ana tak boleh lupakan gerunnya siksa yg kita akan kena jika tak betul2 panggil Abuya dari hati!! Dia tunduk, sebak lalu menangis…. !!
Benarlah kata-kata Bonda Wasilah ar bahawa Sy Hasnan sedang lalui proses ruh!.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s