***Awal Muharram 1434H***

ImageImageSalam Awal Muharram 1434H. Bibarakah Abuya aktubu.  

Pejam celik, pejam celik… Dah akhir tahun Hijrah. Cepatnya masa berlalu. Umur yang berlalu bertambah. Baki usia berkurang. Dunia semakin ditinggalkan. Kematian, barzah dan Akhirat semakin didekatkan. Sudah 1434 tahun berlalu peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari tanah kelahiran baginda ke Kota Yastrib yang kemudiannya dinamakan Madinatur Rasulillah SAW. Berkembang pesat hingga sekarang terlalu indah teserlah pembangunan zahirnya, tetapi rupanya tersembunyi usaha jahat musuh ingin meruntuhkan maqam Rasulullah SAW yang mulia, yang akhirnya terbongkar jua. 

“Tolong Selamatkan Maqam Rasulullah!!”

Kalau dulu baginda menyahut arahan Tuhan untuk berhijrah meninggalkan kampung halamannya yang tercinta. Kini, setelah berlalu lebih 1400 tahun, para Ikhwan berduyun-duyun datang, menyahut seruan baginda, 

“Bersihkan kampungku!”

Atas panduan RSA melalui perantaraan Bonda Wasilah tercinta, terbangunlah Istana RSA di Kholidiyah Isnain. Chalet Nur Muhammad di Hudaibiyah. Kemudian para Ikhwan meneruskan perjuangan hingga terbangun Kompleks Madinah Maliziyah di Madinah dan Mazra’ah Nakhil di Baidho’. Ajaib, semuanya itu hanya dalam masa dua tahun lebih. Ooh sangat benar rindukan Rasul, menyuburkan roh. 

Terhubung roh-roh, berangkai-rangkai melalui talian roh. Terhubung pancaindera lahir oleh Skype dan BB. Maka sampai berita LCC di Australia hanya sekelip mata. Tersebar gambar pengantin-pengantin sempena Tahun Baru (atau lebih tepat hujung tahun 1433/lebih glamour Musim Haji Akbar) iaitu Syh Mahmod Khalil, Syh Abd Rahim Manaf dan Syh Dr (H) Azral, menamatkan zaman bujang mereka (ada yang bujang 3, bujang 2 dll).  

Tertanya-tanya kita, sebenarnya bagaimana sejarah penetapan Muharram sebagai awal bulan Islam. Kisahnya begini:

Saiyidina Umar bin Al Khattab (13-23 H/634-644 M) dalam sejarah pemerintahannya pernah menerima sepucuk surat dari gabenurnya di Basrah iaitu Saiyidina Abu Musa Al Asy’ari yang menyebutkan pada permulaan suratnya berbunyi: 

“……menjawab surat Tuan yang tidak bertarikh…..”. Oleh Saiyidina Umar RA yang terkenal sangat peka dengan segala urusan umat Islam, susunan ayat pendek yang kelihatan tidak begitu penting telah menarik perhatian beliau, iaitu perlunya umat Islam mempunyai tarikh atau taqwim yang tepat. Maka diadakan perbincangan khusus untuk menentukan bila awal tahun baru Islam.

Dalam ‘meeting’ yang dihadiri oleh sahabat-sahabat besar itu, muncul beberapa cadangan untuk menentukan bila tahun baru Islam. Di antaranya: 1. Tahun Baru Islam dimulakan dengan peristiwa penyerangan Abrahah terhadap Ka’bah, yang dikenal sebagai ‘Amul Fiil’ (tahun Gajah) 

2. Dimulakan dari turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah SAW.

3. Dimulakan dari wafatnya Nabi Muhammad SAW, kerana telah sempurna agama Islam.

4. Bermula dari hijrahnya Rasullah SAW dari Mekah ke Madinah, kerana Hijrah memisahkan antara hak dan batil.

Setelah dibincangkan akhirnya pandangan terakhir yang diterima dan menjadi amalan seluruh umat Islam hingga hari ini. yang kemudian diumumkan oleh khalifah bahwa tahun baru Islam dimulai dari Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah, walaupun sebenarnya Rasulullah SAW tidak berhijrah pada bulan Muharram.

Wallahu a’alam.

Duwwar Qubbah, Irbid.

3.45pm, Nov 14, 2012

Nota:

Arahan untuk mewujudkan taqwim Islam tidak di syurakan kerana ia arahan pemimpin. Yang disyurakan nak mulakan dengan bulan apa? sebab 12 bulan tersebut memang telah ada sebelum kedatangan Islam. Jadi qiaskanlah dengan apa yang berlaku dalam jemaah. 

.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s