***Kelas Malam***

Salam ceria. Aktubu bi barakati Syeikhi. Suhu petang Ahad yang sejuk. Sejak pagi hujan turun. Sekejap lebat, sekejap renyai-ranyai. Halus-halus. Rapat-rapat. Angin bertiup bersilih ganti kuat, perlahan. Mengugurkan daun-daun pepohon yang sudah kuning, melayang-layang jatuh ke bumi. Bumi Irbid yang basah dek hujan. Lecah dek air yang bertakung di tepi-tepi jalan. Tanpa perparitan. Tanpa longkang. Dedaun kering membentuk kumpulan sampah, melekat-lekat di tanah yang basah. Seperti juga kereta-kereta yang berderet ‘parking’ di kiri kanan jalan. Kotor dengan debu yang melekat dan percikan air jalanan. Cahaya Sang Mentari seperti tak mau muncul. Menambah dingin udara musim syita’. Syita’ telah datang.

Aku keluar dengan 2 lapis seluar, berstokin tebal, tanpa kasut. Hanya bercapal. Dengan ber’sweater’ hijau besar. Kolar sedikit bergulung. Berjubah ‘Daffah’ aku melangkah keluar. Menuju masjid Syh Nuh Salman Al Qudho. Masjid Jami’ah Yarmuk. Ajak Hisham keluar. Yang lain di MNM. Nizam je kat rumah. Pening katanya. Hisham anak Syh Najri. Orang Melayu kalau meninggal dipanggil aruah. Mana dapat tak tau. Jelasnya aruah jama’ roh. Kesian tengok Hisham. Ayah dah meninggal. Umur baru 15 tahun. Rasulullah SAW ketika kematian puteranya Ibrahim bersabda:

ان العين لتدمع و ان القلب ليحزن و لا نقول الا ما يرضى ربنا

Rasulullah SAW, walaupun seorang Rasul, baginda adalah manusia yang berperasaan seperti kita. Baginda menangis, sedih berpisah dengan Ibrahim. Sudah tentu Hisham sedih. Aku bawa dia berjalan. Solat di masjid. Seperti bawa Miqdam, Ala’ dan Asif ke surau. Tapi Miqdam tiada di sini. Tak sesuai ke sini. Muda lagi. Tiyah dan Jiyah mungkin la. Tapi mungkin belum layak. Walaupun lahir di sini, mereka belum pernah kembali ke tanah tumpah darah mereka. Di mana-mana pun ok. Asal dalam jemaah. Dalam rahmat Allah.

“Mana stokin?”

“Tak pakai…”

“Kenapa? Kan sejuk!”

“Itu untuk ke sekolah..”

“Stokin ada berapa pasang?”

“Satu je…”

Aduh sedihnya.

“Nanti kita beli…”, putusku.

Selepas melintas Syari’ Firas Al Ajloni, (nama jalan yang diambil sempena seorang pilot Tentera Udara Jordan yang ditembak mati tentera Israel setelah dia berjaya melancarkan serangan ke negara Yahudi tersebut) kami menyusur lorong-lorong yang bergenang air di sana sini, dalam renyai hujan, menuju ke masjid. Setelah 3 lorong, kami menghala ke kanan, menuju Syari’ Jami’ah. Di kaki lima jalan, bertemu adik Abu ‘Ala’, Halim.

“Kef hal Abul Miqdam?”

“Bi Khair, Alhamdulillah. Wein Abul ‘Ala’?”

“Bil Bait…”

“Min fil mahal?”

“Ahmad…”

“Haza ibnak?” Halim bertanya.

“La, haza ibni al mutabanni.”

“Ibnu sodiqi, safara ila Makkah, wa tuwufia hunak qablal usbu’.”

“Maskinn… Allah yarhamhu.”

Aku dan Hisham terus berjalan, singgah sebentar di kedai Abu ‘Ala’, bersalam dengan adiknya Ahmad. Aku nak kenalkan Hisham pada simpati-simpati jemaah di sepanjang jalan ini. Biar dia cepat dewasa. Agar dia kenal ramai kawan-kawan. Supaya dia faham, Abuya punyai ramai kenalan di Irbid.

Usai solat Magrib, aku ajak Hisham cari stokin. 

“Syh, ada orang sembahyang, berdiri, tangan lurus je, tak macam kita.”

“Ya, di sini ada macam-macam mazhab. Kita kekallah dengan cara kita.”

“Jangan nampak orang duduk tahiyyat akhir sama dengan duduk tahiyyat awal, kita tiru.”

“Bukan semua perkara kita nak ikut di sini Sham.” Kataku. Itu satu pelajaran untuk Hisham hari ini.

Mula-mula ke kedai sukan. Nak fahamkan Sham, di sini harganya mahal. Jangan buang duit, hanya sepasang stokin yang agak nipis JD2 (RM10). Jangan terikut kawan-kawan, yang beli barang tanpa bertanya-tanya. 

Tak jadi beli stokin, kami melintas jalan, menuju Crispy. ‘Wajbah tawfir’ pun jadilah. Lagipun Sham baru je makan nasi pukul 4 tadi. Aku pernah tanya remaja di sini, sapa yang paling kuat makan?, mereka kata Syam. Syam pun mengaku. Mus kalah. No 2 kuat, Alif. Power depa ni, peliknya yang kuat makan, kurus-kurus. Ada bela jin ke?

Ketika makan, aku tanya Hisham, “Musim sejuk dalam Bahasa Arab apa?”

Sambil mencicah ayam goreng dengan sos tomato,Sham mengaku dia tak tahu. Lalu aku memintanya membaca Surah Al Quraisyh.

“Li iila fi quraisyhin iila fihim rehlatas syita’iie was soif…”

“Haa… Syita’ tu apa? Soif tu apa?”

Sham geleng kepala, sambil suap ayam. 

“Syita’ tu musim sejuk la Sham. Soif tu musim panas. Orang Quraisy dulu ahli peniagaan. Di musim sejuk mereka berdagang ke Yaman kerana kawasan sini atau negeri Syam ni terlalu sejuk, tak mampu mereka ke sini. Di musim panas pula mereka datang ke sini, sebab di negara Hijaz dan Yaman terlalu sejuk.”

“Syh, nak tanya mana sinki macam mana?”

“Wein marghsalah?” Jawabku ringkas. Syam terus bertanya sendiri pada pekerja, lalu naik ke tingkat atas untuk membasuh tangan.

Selesai makan, aku ajak Hisham bertemu Abu Haitham, peniaga jalanan. Dengan Abu Haitham, kami dapat beli 2 pasang stokin dengan hanya JD1.50. Tebal pulak tu.

Berjalan pulang ke Duwar Qubbah, menyusur deretan kedai sebelah kiri Syari’ Jamiah, melepasi Duwwar Jami’ah, aku kenalkan Syam kepada Abu Muhammad. Tauke kedai runcit.

“Ahlan-ahlan Abul Miqdam! Wein ghibah?, tolla’ suratak fil majallah..”

“Ghurfah Tijarah?”

“Eiaa, na’am…”

Oleh kerana ada pelanggan, aku ajak Hisham ke Maktabah Abu Soleh. Abu Soleh mengulang-ulang perihal gambarku masuk majalah Dewan Perniagaan Irbid. Sambil mendoakan agar Mat’am Nur Muhammad, Mat’am GISB terus maju. Alhamdulillah, tiada dengki, tiada prejudis. Malah mendoakan. Memberi semangat.

Aku perkenalkan pada Hisham kitab Nahu Wadhih, Jami’ Durus Arabiyah, Syarah Ibn ‘Aqil. “Ustaz dulu, awal belajar bahasa Arab, beli komik-komik ringan ni je..” Sambil menunjukkan komik-komik berbahasa Arab.

Lepas itu aku ajak Hisham ke Restoran Abu Ghanim yang sedang renovate. Sekadar bersalaman sahaja kerana dia sedang sibuk menaikkan peti ais dengan beberapa pekerja ke tingkat atas.

Tapi jirannya bersungguh-sungguh memberiku majalah Dewan Perniagaan Irbid sambil menunjukkan gambar perasmian MNM. Kelihatan Ummu Anas, Ibu Atiyyah dan anak-anak Abuya di muka belakang majallah. 

“Kalau kita tak ikut Abuya, ada peluang ke muka kita masuk majalah macam ni?” Dugaku. Hisham menggeleng sambil tersenyum.

Di lampu isyarat Zam Zam, kami bertemu Sifaq, Kak Maliha, Che Siti dan Aishah Lambbah. Mereka nak cari makanan roti-roti malam ni. Dah rezki Hisham. Aku minta dia bawakan ke kedai tadi. Sudah pasti dia masih mampu makan, sebab dia masih pemegang rekod. Di sini berakhir kelas malam kami. Moga kami dapat taat, rindu, cinta, takut, cemas dan harap di depan dan belakang. Di mulut dan hati. Di tulisan dan perasaan. 

Duwwar Qubbah, Irbid.

12.03am, Nov 12, 2012

.ImageImageImage

Advertisements

One thought on “***Kelas Malam***

  1. Da besar sham,,dolu2 kt klang/kola selangor paling. Benyeee..skg da kuat. Jiwa da..tk. Sy harun..tkA…tp subuh. Masih pemegangrekod Ӄҿ? Ћϱϱ \=D/ Ћϱϱ \=D/ Ћϱϱ  \=D/.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s