***Jawapan GISB kepada Berita Minggu isu hidupkan Arqam di Jordan***

ImageImageImageImageImageImagePada 4 Nov 2012, muka depan Berita Minggu terpampang berita ‘Al-Arqam sasar pelajar’ tulisan saudara Haspaizi Mohd Zain. Tajuk kecilnya pula: ‘Penuntut Malaysia di Jordan ditawar makanan murah, percutian percuma’.

‘Bekas pemimpin tunjuk kemewahan, edar risalah Aurad Muhammadiah.’

 

Di sini saya bagi pihak Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) ingin berterimakasih kepada saudara Haspaizi kerana laporan yang dibuat memberi publisiti yang sangat meluas kepada GISB. 

Pun begitu, ingin dijelaskan di sini:

 

1. GISB adalah sebuah entiti perniagaan yang diasaskan oleh Abuya Ashaari Muhammad dan telah bertapak di Damascus, Syria sejak tahun 2005 dan mula menyewa premis untuk dijadikan kafe pada tahun 2006.

 

2. Sejak 2006 hingga 2012 atau selama 6 tahun, Kafe GISB atas nama Mat’am Sehah telah memberi khidmat menyediakan juadah masakan Malaysia kepada pelajar-pelajar Nusantara, staf Kedutaan Malaysia, Pelancong-pelancong dan pekerja Malaysia dan antarabangsa di sana dengan harga yang sangat berpatutan. 

 

3. Pada awal tahun 2012, GISB menambah 1 lagi premis di lokasi yang sama untuk mengkhususkan jualan pelbagai jenis roti seperti roti canai, telur, sardin dll. Kesempatan yang ada bersama pelanggan tempatan digunakan untuk memperkenalkan kepada mereka negara Malaysia dan virasi makanannya yang lazat. 

 

4. Pada akhir Febuari 2012, melihat keadaan keselamatan yang tidak menentu, GISB Syria keluar dari Damascus atas nasihat umum dari Kerajaan Malaysia melalui Kedutaan Besar Malaysia di Damascus kepada seluruh warga Malaysia di Syria. 

 

5. Oleh kerana bandar Irbid di Jordan antara lokasi paling dekat dengan sempadan Syria, GISB mula bertapak di sini iaitu dengan menyewa sebuah premis untuk dijadikan kafe.

 

6. Dengan nama ‘Mat’am Nur Muhammad’, lokasinya di Jalan Universiti, belakang bekas Hotel Hijazi, premis GISB mula beroperasi di Irbid, Jordan pada pertengahan bulan Mac 2012.

 

7. Pelanggan utamanya adalah para siswa/i di Universiti Yarmuk dan Jordan University of Science and Technology.

 

8. Dengan harga makanan yang murah malah ada hidangan air percuma kami cuba membantu meringankan beban pelajar-pelajar yang berhadapan kos kehidupan yang tinggi di Jordan (JD1=RM4.5).

 

9. Pelajar juga dapat menghilangkan rindu dengan masakan Malaysia kerana inilah satu-satu restoran Melayu masakan Malaysia di seluruh Jordan. Mereka boleh dapatkan roti canai, teh tarik, nasi lemak, mi goreng dan kuih muih di waktu pagi. Lebih 10 jenis pilihan lauk untuk makan tengahari dan masakan panas di waktu malam.

 

10. Ingin ditegaskan kafe ini milik GISB bukan Al-Arqam dan tiada kegiatan mengedar risalah Aurad Muhammadiah seperti yang didakwa kerana GISB akur dengan fatwa pengharaman 1994.

 

11. Tiada juga tawaran percutian percuma, apa yang berlaku adalah staf GISB pernah mengadakan hari keluarga dengan program ziarah maqam-maqam sahabat Rasulullah SAW. Bila terdapat banyak ‘seat’ bas yang kosong, untuk mengelakkan pembaziran, GISB tawarkan kepada pelanggan-pelangannya secara percuma, sebagai bonus sokongan mereka kepada ‘bisnes’ GISB. Sejak beroperasi di Syria dan Jordan, tiada seorang pelajar lain pun yang join GISB.

 

12. Tiada kesalahan untuk meletakkan gambar pengasas GISB di premis sendiri menurut undang-undang mana-mana negara pun termasuk Jordan. Patung kepala Pengasas KFC Kolonel Sanders berada di semua premis KFC seluruh dunia, tiada siapa mengatakannya pemujaan.

 

13. Ditegaskan juga di sini, tiada aktiviti Kelab Taat Isteri (KTI), dan KTI tak pernah wujud langsung. Yang ada, dan tidak menjadi rahsia lagi adalah Kelab Taat Suami (KTS) yang dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia ke Jordan; TYT Dato’ Abdul Malek bin Abdul Aziz di Jerash, Jordan pada 1 Mei 2011, bukan di Irbid.

 

Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia berbangsa Melayu, beragama Islam, kita merasa bangga ada sebuah Syarikat orang Islam Malaysia bertapak di Jordan dengan sokongan isteri Timbalan Perdana Menteri Jordan sendiri dan Ketua serta ahli-ahli Dewan Perniagaan Arab Irbid. Begitulah yang dirasai oleh majoriti pelajar Melayu di sini, bukan kita mengambil pendapat terpencil yang belum tentu kebenarannya lalu menjajanya maka teserlah perangai dengki bangsa Melayu. Oleh itu saya sarankan agar saudara Haspaizi membuat sedikit kajian dan dapatkan ‘info’ dari pelbagai pihak atau yang terbaiknya melihat sendiri perjalanan GISB di Irbid, sebelum menulis. Ampun Maaf.

Harun Taat

Wakil GISB Perak/Syria,

Irbid, Jordan.

.Image

Advertisements

5 thoughts on “***Jawapan GISB kepada Berita Minggu isu hidupkan Arqam di Jordan***

  1. Tak bosan2 nya pihak kerajaan nak menghalang aktivity islam yg dibuat oleh GISB. Walaupun aktivity yg dibuat itu sesuatu yg sangat membantu menyelesaikan masalah fardhu kifayah ditengah masyarakat sperti: membuat restoran halal. Hanya Allah lah yg paling adil utk menilai kesesatan seseorang hamba. Jadi Kita doakanlah semoga mereka membuang sifat hasad dengki mereka tersebut shg tdk dihukum Allah nanti diakhirat.

  2. Pingback: ***Jawapan GISB kepada Berita Minggu isu hidupkan Arqam di Jordan*** « Anjangmuor's Travelog

  3. Abuya adalah wali besar Allah. Beliau adalah penyelamat ummah akhir zaman. Karyanya melalui buku-buku beliau adalah karya agung. Baca dan nilai sendiri hasil tulisan beliau.

  4. Pingback: ‘Al Arqam telah cuba menarik anak saya’ – Mashitah Ibrahim | Heliconia's Weblog @ Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s