***Promosi Percuma di TV dan Akhbar***

ImageImageImageSalam ceria. Bi barakah RSA aktubu. 

Banyak koleksi gambar suasana kawan-kawan di BCH ketika diserbu JAIS dan foto sebahagian pimpinan GISB ditahan yang anjang terima. Para remaja mungkin sedikit tegang bila video camera mereka dirampas secara kasar oleh penguatkuasa JAIS. Dikasari, tak pe, kerana menambah rasa hamba, ia diperlukan. Pengalaman Anjang ketika di panggil oleh ketua penguatkuasa JAIP ketika serbuan di Batu Hampar pada tahun 2010 seakan-akan bermain di depan mata. Sebagai manusia biasa, ada rasa cemas tetapi berkat bertawassul, boleh hadapi dengan tenang. Cemas kerana di tengah malam, jam 12 lebih, ada lebih 100 wajah-wajah yang tak dikenali berkeliaran di kampung kita. Ada yang merokok, bertopi ‘cap’, tanpa uniform rasmi, lelaki, perempuan, tua muda. Kedamaian kampung berkocak seketika. Bila seorang diri di tengah malam, dikerumuni oleh lebih 40 orang, sedangkan seluruh kampung telah dikepung, di tepi kolam ada orang, bawah pokok kelapa sawit ada orang, pintu masuk bandar, ada yang mengawal. Wah gawat. Terasa ketika itu Abuya datang memberi keberanian. Setelah ketua operasi memperkenalkan diri, anjang bertanya, “Yang ramai-ramai ni siapa?” Rupanya staf JAIP, KDN dan SB Ipoh. Pendek cerita, pengenalan diri anjang dan Us Zar diambil, pentas digelidah, bahan bukti diambil. Tarikh diberi untuk anjang hadir ke Pejabat Agama Taiping. Di Pejabat Agama, pegawai yang nak soal siasat, buka cerita, awal bismillah; “Abang saya dulu belajar di Yayasan Arqam Bt Hampar…” Berubah 180 darjah (ada orang kata berubah 360 darjah, kalau 360 darjah, kembali asal, tak berubah “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ ) dari soal siasat kepada ramah mesra.   

Serbuan di BCH malam semalam, lebih kurang serbuan yang berlaku di Penang. Malah tarikh dan masanya pun sama:

Di ‎​Penang 1/11/2007. Di BCH 1/11/2012. Kira-kira jam 10.30pm. Genap 5 tahun, Allah benarkan JAIS pula lakukan serbuan ke Bandar GISB. Sebagaimana Tuhan yang Maha Baik tidak membiarkan roh para pejuang berasa selesa tanpa digugat, Tuhan juga tidak akan membiarkan masyarakat Malaysia khasnya dan dunia amnya melupakan Abuya, seorang yang sangat mereka perlukan di dalam kehidupan. Hari ini nama Abuya meniti dari bibir ke bibir. Secara umum, pertuduhan utama membawa kepada serbuan ialah ingkar keputusan Majlis Fatwa, maka perhimpunan dikaitkan dengan cubaan menghidupkan Al Arqam. Walhal, menurut Bonda Ummu Jah, pembaca fatwa itu sendiri, bila ditanya mengapa haramkan Al Arqam mengatakan, dia sendiri tidak terlibat dalam keputusan fatwa kerana dia hanya diarahkan membacanya. Mudahnya menyesatkan orang dan haramkan sebuah jemaah Islamiyah.

Menurut Sy Hamdan Abu, tadi di Mahkamah Syariah Kuang pula, pendakwaraya kes ini adalah bekas pelajar Arqam yang kita kenali. Dia dalam keadaan serba salah semasa memohon tuntutan JAIS agar kami diikat jamin dengan seorang penjamin dengan amount RM2K.

Hakim pula menolak mentah-mentah dan mempertikaikan JAIS yang mengambil masa yang sangat lama iaitu bulan 4 tahun depan untuk dibacakan pertuduhan.

Kata hakim, “Lama sangat, tak munasabah kita ikat mereka, sedangkan mereka sedang disiasat. Sepatutnya siasat dulu baru dakwa dan ikat jamin. Oleh itu hakim putuskan jaminan hanya RM1K sahaja dan JAIS diberi masa hingga 20hb 12 untuk membuat siasatan samada nak teruskan kes ini atau dibuang kes. InsyaAllah akan berlaku seperti di Penang, akhirnya buang kes dan wang dikembalikan.

Matlamatnya sampai, iaitu para pejuang semakin dalam rasa kehambaan. Sentiasa cemas kerana Allah boleh lakukan apa sahaja kepada kita. Yang ragu-ragu (kalau ada) bertindak keluar dari jemaah. Maka jemaah bersih dari orang yang tidak yakin. Lebih besar dari itu, nama Abuya semakin segar di ingatan semua orang. Meniti di bibir-bibir. Menjadi buah mulut. Berita ini merupakan iklan percuma di muka pertama akhbar arus perdana. Malah malam ini, berita di Buletin Utama TV3 mempromosi bandar RSA di BCH dan seolah-olah dipaksa oleh Allah mempromosi tema milad Abuya kali ini: “Abuya terus memimpin walaupun ghaib”

Haqqan, memang Abuya terus memimpin walaupun ghaib, kalau tidak masakan dia boleh masuk akhbar muka pertama. Masuk TV di Buletin Utama. Dah berbelas tahun JAKIM hadapi, tak berkubur jemaahnya malah makin membesar. Dah kerajaan haramkan tapi tetap subur di dalam dan luar negara, menggunakan nama yang berbeza. Tk RSA.

Ya Allah, berkat RSA, kekalkan kami di dalam jemaah kebenaran yang penuh rahmat ini. Amin…

Rumah Wali, Khalf Funduq Hijazi Qadim.

8.56pm, Nov 2, 2012.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s