***Haji Akbar, Milad Abuya & Taufan Sandy***

ImageSalam ceria. Bi barakah RSA abdaul kitabah. Beberapa hari ini kita membaca berita dan melihat foto-foto kemusnahan besar akibat taufan Sandy di AS. Apa yang kita fikirkan? Rasanya baru beberapa hari lepas AS tunjuk kuat dengan datangkan 2 Buah kapal induknya ke Semenanjung Malaysia dan Sabah. Pastu buat program tanpa minta izin dengan kerajaan Malaysia yang berdaulat seolah-olah mereka superpower yang tak boleh diusik. Datang bagaikan memberi sokongan kepada orang yang dia harap akan naik memerintah Malaysia. Datang umpama memberi kata dua kepada pemimpin negara Malaysia agar ikut telunjuk mereka. Datang dan pamerkan kekuatan lahir mereka, dengan senjata yang serba moden. Bawa masuk pemimpin-pemimpin politik yang memanglah terkenal kaki cakap, untuk jadi jurucakap tanpa gaji, mencanangkan kehebatan Tentera AS. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Wa makaru wa makarAllah wAllahu khairul makirin. Allah detikkan di hati sebahagian pemimpin politik untuk memahami situasi, bahayanya berkawan dengan yahudi. Mereka boleh masuk rumah kita bila-bila masa tanpa izin dan adakan apa-apa aktiviti tanpa berunding. Maka apa yang diharapkan agar pemimpin politik berkiblatkan yahudi, berlaku sebaliknya. Mereka mencari orang Tuhan. Bekerjasama dengan jemaah kebenaran. Allahu Akbar!!!

Yahudi lupa, Malaysia dalam Jadual Allah di akhir zaman. Jangankan sekarang, zaman Tukku Paloh lagi mereka dah dimalukan. Nak ugut Tuk Ku Paloh konon, ajak berunding di atas kapal Perang, setiap kali Tok Ku Paloh sengetkan serban, setiap kali itulah kapal Perang mereka senget. Apalagi sekarang, Malaysia sudah hampir diambang daulah. Mereka cuba mengugut Malaysia. Apakah Allah akan biarkan? Kalla, wa alfu Kalla.

Maka berlakulah apa yang berlaku, Taufan Sandy mengganas di AS. Memang tiada bukti ia adalah balasan Allah terhadap segala perbuatan AS selama ini tetapi siapa dapat nafikan yang taufan adalah salah satu tentera Allah.

Firman Allah dalam Surah Al A’raaf 133 

فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ وَالضَّفَادِعَ وَالدَّمَ آيَاتٍ مُفَصَّلَاتٍ فَاسْتَكْبَرُوا وَكَانُوا قَوْمًا مُجْرِمِينَ 

Maka Kami kirimkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa.

Kesan dari Taufan Sandy, 8.1 juta penduduk AS terputus bekalan elektrik. Tinggal bergelap. Kalau di apartment tingkat 40, lift tak berfungsi. Peti ais dah tak sejuk. Makanan akan rosak. Nak cas bateri telefon pun tak boleh. Alat pemanas letrik pun tak boleh digunakan sedang musim sejuk dah bermula. Rakyat yang hidup tanpa Tuhan ini sedang sangat panik. Di pusat-pusat bandar ada banjir yang naik setinggi 4 meter menenggelamkan terowong-terowong dan stesen kereta api bawah tanah. Siapa yang mampu menahan taufan gergasi dari Tuhan dengan kelajuan angin 130 km sejam? Melanda persisiran pantai sejauh beratus-ratus km. Bandaraya New York lumpuh. New Jersey dan Manhattan begitu juga. Bursa Saham AS ditutup tidak diniagakan. Ada lagi khabar yang menakutkan, 3 buah logi kuasa nuklear di tutup kerana sistem penyejukannya dikhuatiri tidak berfungsi. Ia boleh jadi malapetaka kemanusiaan jika tidak berjaya ditangani.

Sandy menjejaskan 1/5 atau 60 juta penduduk AS dan mengakibatkan kerugian berjumlah AS$20 bilion (RM60 bilion). Tak kurang 13,000 penerbangan dibatalkan. Bagi para pejuang di dalam GISB, Taufan Sandy makin menambah ingatan kepada Abuya yang sedang disambut ulangtahun kelahirannya yang ke 75 di seluruh dunia. Betapa tidak, Abuya pernah berkata “Amerika akan jatuh dari dalam.” Ya, Sandy menambah ingatan kita kepada Abuya! Benarlah kata-kata Abuya. Inilah salah satu peristiwa besar di musim haji ini, di milad Abuya kali ini. Tuhan bertindak. Malaysia seolah-olah bangkit membalas kepada AS, setelah mereka datang ke pantai kita dengan sombongnya membawa kapal perang. Orang Tuhan tak tunggu lama, di hari Haji Akbar dan Milad Abuya, terserlah power kerajaan ajaib terhadap AS. Yahudi yang sangat tahu tentang kebangkitan Islam Akhir Zaman akan mengatakan; “Muhammad kedua telah zahir”. 

Ampun Maaf.

Villa GISB, Duwwar Qubbah, Irbid.

12.03am, Okt 31, 2012

 

Sandy bawa kemusnahan besar

NEW YORK 31 Okt. – Berjuta-juta penduduk di sepanjang pantai timur laut Amerika Syarikat (AS) yang terjejas teruk akibat Taufan Sandy, masih belum dapat menjalani kehidupan seperti biasa hari ini ketika perniagaan dan lapangan terbang dibuka semula.

Dengan baki lagi enam hari sebelum Pilihan Raya Presiden pada 6 November ini, Presiden Barack Obama dijangka melawat New Jersey, negeri pertama dibadai taufan gergasi itu kelmarin.

Pesaingnya, Mitt Romney dari Parti Republikan pula kembali meneruskan kempen selepas membatalkan beberapa acara sejak Isnin lalu bagi memberi keutamaan kepada kerja-kerja menyelamat.

Sandy yang sehingga kini telah mengorbankan 46 nyawa di seluruh negara, bergerak ke kawasan pedalaman dan mengakibatkan salji tebal di pergunungan Appalachia.

Menurut Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan, taufan mega itu yang bergerak lemah merentasi Pennsylvania, diramal menuju utara ke barat New York dan Kanada.

Amaran ribut salji dan banjir di kawasan pantai di Great Lakes juga telah dikuatkuasakan.

Bandar raya New York yang lumpuh akibat Sandy, hari ini masih ditenggelami air sedalam kira-kira 4.2 meter, sementara di Staten Island, polis terpaksa menyelamatkan mangsa yang terperangkap di atas bumbung menggunakan helikopter.

Hampir keseluruhan jalan utama dan landasan kereta api bawah tanah di New York juga ditenggelami air menyebabkan sistem pengangkutan tergendala, manakala lebih lapan juta kediaman dan premis perniagaan dari Carolina sehingga ke Maine masih terputus bekalan elektrik.

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg berkata, memulihkan sistem pengangkutan dan mengembalikan bekalan elektrik merupakan dua cabaran terbesar pihaknya bagi tempoh beberapa hari akan datang.

Kita akan bangkit semula selepas ini dan berharap bencana ini berakhir,” katanya.

Dua lapangan terbang utama di sini, Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty dan Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy kembali dibuka hari ini, namun hanya meneruskan beberapa operasi terhad, manakala Lapangan Terbang LaGuardia masih ditutup. – REUTERS/AFP

.ImageImageImageImage

Advertisements

One thought on “***Haji Akbar, Milad Abuya & Taufan Sandy***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s