***Santai dan Taufan Sandy***

ImageImageImageImageSalam ceria. Bi barakah RSA aktub. Lepas pakej wirid cara bersenam kerana nak elakkan mengantuk ketika berwirid, aw ma sammaituha (atau apa yang aku namakan) ‘Terapi Ikhwan’, anjang mulakan sembang pagi dengan syabab di villa GISB Duwwar Qubbah. Sepatutnya 13 orang, tinggal 12 je. Siapa tak ada? Ooh, Jaeid. Tak pe la, huwa mutazawwij, dia ada terapi lain. “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮. Baru nak mula sembang, terdengar bunyi pam air berdesing, tanda pam ber’jalan’, air tak naik. Untuk makluman korang, di sini, setiap rumah atau ‘building’ ada tangki besar di bawah tanah dan tangki atas bangunan. Air dari syarikat bekalan air milik kerajaan tak masuk setiap hari. Di kawasan Duwwar Qubbah, setiap minggu air masuk 2 kali atau 3 kali je. Bila air sampai, akan masuk ke tangki bawah tanah dulu. Lepas tu di pam ke tangki atas bangunan. Di atas bangunan ada tangki-tangki mengikut bilangan pintu rumah di ‘building’ itu atau lebih. Anak-anak ni khasnya perempuan (kadang-kadang mak-mak pun begitu), bila habis air je, pulas paip tak ada air, terus ‘on’ pam. Bukan chek dulu, ada air ke tak. Kalau terus pam, tiada air, ertinya pam angin. Air tak lalu, cepat panas. Pam tu akan mudah rosak. 

“Ana tengok di atas, air naik ke tak…”, Wafiy anak Zul Panjang tawarkan diri. “Silakan!” jawab anjang ringkas.

“Pagi ni kita sembang tentang sikap kita dalam berjuang.” Semua kita tahu, Mursyid tak pernah membuang muridnya. Kasih sayang mursyid adalah percikan dari kasih sayang Rasulullah SAW. Bersumber dari kasih sayang Allah yang bersifat Maha Pemurah Maha Penyayang. Rasulullah SAW pernah bersabda: حديث صحيح رواه البخاري في الصحيح عن النبي -صلى الله عليه وسلم- أنه قال: (كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى). قيل: يا رسول الله من يأبى؟ قال: (من أطاعني دخل الجنة، ومن عصاني فقد أبى. 

Hadis sohih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Nabi SAW: “Setiap orang dikalangan umatku akan masuk syurga kecuali sesiapa yang enggan (memasukinya)”

Dikatakan kepada baginda, “Wahai Rasulullah, siapa pula yang enggan masuk?”

Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang mentaatiku, dia masuk syurga. Sesiapa yang menderhakaiku (tidak taat), sesungguhnya dia telah enggan (masuk syurga). 

Begitulah qiasnya pada mursyid. Dia tak sekali-kali buang anak-anak muridnya. Tetapi, murid-muridnya yang tidak mengikut disiplin jemaah, tak taat, bersekongkol dengan musuh (musuh lahir atau batin), bersantai-santai dalam perjuangan… Mereka yang melanggar disiplin dan adab berjemaah. Hakikatnya mereka yang membuang diri mereka. Walaupun lahirnya masih dalam jemaah, jika begitulah sikap kita, hakikatnya kita bukan pengikut mursyid. ( ومن عصاني فقد أبى )

“Ana nak dengar dari setiap orang, apa yang dia faham tentang bersantai-santai dalam jemaah?”

Wafiy yang baru turun dari sutuh (bumbung) rumah, kata, “Air masuk.” 

“Ok”

“Baik, oleh kerana Wafiy di kanan, sila jawab, apa yang Wafiy faham tentang bersantai-santai dalam jemaah?”

Wafiy, “Buang masa.”

“Contoh?”

“Patutnya bila masuk musolla untuk sembahyang, tak payah keluar dah. Bukan masuk, pastu keluar, nak qamat kena panggil dulu. Buang masa di luar.”

Kebetulan Subuh tadi dia pegi panggil yang lain di bilik sebelum qamat.

“Ok, buang-buang masa ni kira santailah. Hazim pulak, apa yang enta faham tentang bersantai-santai?”

Hazim, “Tak serius.”

“Contoh?”

“Bila bertugas di Mat’am, tak buat kerja sungguh-sungguh. Tak layan pelanggan betul-betul. Ni santai la.”

Ya. Anjang tau, Hazim memang rajin di Mat’am, sebab itu contoh darinya terus contoh apa yang ‘real’ berlaku di sana.

“Khubaib pula!” Khubaib, “Tak bertanggung jawab.” Macammana tu? Bila beri kerja atau tugas, dia tak buat. Sibuk dengan kerja peribadi je. Santaiii.

Rifaah, “Tak berdisiplin, contohnya disiplin jemaah, selawat 30 minit sebelum azan, tapi kita tak buat.” Begitu juga datang lewat atau tak selawat langsung. Atau duduk di saf tapi main BB, kira bersantai la.” Syifaq, “Pandang remeh.” Pandang remeh ni lagi berat. Sebab dia bukan saja tak serius dengan arahan pemimpin atau disiplin jemaah, malah tak hormati pemimpin. Pandang remeh je apa yang datang dari pemimpin.

Alif, “Tak ikhlas.” Ni tinggi sangat, susah nak ‘trace’. Sebab ikhlas di hati. Sapa pun tak tau. Tapi orang ikhlas ada tanda. Dia tak mengungkit-ungkit. Kalau buat kerja, terasa berbuat. Penuh mendongkol. Hatinya berkata-kata, “Aku je buat, orang lain relax jer.” Pada Alif, ni bersantai la.

Khunais, “Melengah-lengahkan kerja.” Patut boleh selesai awal, ditangguh-tangguh. Akhirnya, tak selesai-selesai. Santaiii. Macam pinggan mangkuk makan malam tadi, dibiar berlonggok dalam sinki. Selepas program, semua berkumpul tengok rakaman show semasa program. Akhirnya, dah pagi, pinggan mangkuk masih belum berbasuh. Mewarisi kepapaan. Qusyairi, “Membesarkan nafsu.” Bila bertembung kehendak nafsu dengan kehendak Tuhan, kehendak Islam, kehendak jemaah, kita dahulukan keinginan nafsu. Contohnya dah nak masuk waktu, kita mengantuk. Nafsu kata, tidur dulu. Kau mengantuk. Sedangkan Jemaah minta kita jaga hubungan dengan Allah, solat di awal waktu. Kita malas mujahadah, bantai membuta. Ni santai … Hisyam, “Tahu bercakap tapi tak berbuat.” Datang mana-mana tempat jemaah, beri pendapat itu, utarakan pendapat ini. Buat beginilah, buat begitulah tapi dia tak pernah berbuat. Cakaaaaaap je. Bikin tak ada. Ni santai la ni… Mustafa, “Berbuat kerana jawatan.” Ketika ada jawatan, rajin dan proaktif. Bila tak ada jawatan sunyi sepi. Malah, asyik mengomen dan tak puas hati. Santai… Nizam, “Sangka baik tak bertempat.” RSA kan pemaaf, A kan penyelamat. Orang kafir pun Abuya nak selamatkan, inikan pula anak muridnya. Sangka baik tak kena tempat. Sebab tu la bersantai. Abuya memaafkan ada hadnya. Bila sampai waktu, Abuya akan hukum demi keadilan. Syukri, “Pemalas.” Sah, santai la. Apa lagi nak buat dah pemalas. Apa tanda pemalas, Syuk?. Asyik makan dan tidur. Muka dia hanya nampak ketika program makan dan tidur, masa kerja entah ke mana? Ibadah culas. 

Begitulah antara kefahaman anak-anak di sini tentang santai. Kalau begitu, bagaimanalah nak elakkan diri dari sikap bersantai-santai dalam jemaah? Aduh susahnya. RSA bantulah…Tanpa bantuan kalian, sampai bilapun kami tak akan serius. Kekal bersantai-santai sedangkan garisan penamat sudah semakin hampir. AS baru ugut Malaysia dengan 2 kapal perang, Allah dah sapu AS dengan Cyclone Sandy (Mega Storm Sandy) yang mengancam nyawa 50juta rakyaat AS. 2 juta orang hidup tanpa bekalan elektrik. Kawasan yang terlibat ialah New York, Connecticut, North Carolina dan Maryland. Kerosakan dianggar bernilai USD20billion. Angka kematian meningkat ke 35 orang. Jangan kita pula Allah ‘sapu’ kerana tak menghargai jemaah kebenaran. Hanya bersantai-santai di dalamnya. Atk.

Villa Duwar Qubbah, Irbid. 

9.23pm, Okt 30, 2012.

Advertisements

One thought on “***Santai dan Taufan Sandy***

  1. Muzakarah yg baik syeikh..kelihatannya semua org ‘setuju’ dgn sikap santai2 seperti ini..semoga sama-sama kita ambik iktibar.mgkin inilah penyebabnya (yg utama) abuya masih tak sudi nak memunculkan diri..
    😦

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s