***Panduan Haji Roh***

ImageSalam ceria. Moga RSA bantu AM Ikhwan (nama pena baru anjang “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ – kawan anjang bagi ni, dia tinggi sikit je dari anjang) untuk menulis. Pagi tadi lepas habis pakej wirid, anjang sembang dengan anak-anak di sini, sambil-sambil tanya soalan ‘cepumas’. Ada seorang kantoi tak solat tahajjud. Atk. Pastu tanya fardhu ain Bab Haji. Ramai le yang kantoi dengan pelbagai alasan. ‘Apa taarif haji loghatan wastilahan, Shuk?’ 

‘Ana tak pernah belajar bab Haji.’ Atk. 

‘Enta Syifaq?’ 

‘Wallahu a’lam.’

‘Sebutkan wajib-wajib haji, Wafi?’ Senyum tawar. 

‘Apa beza antara wajib haji dengan rukun haji?’ ‘Wajib haji kalau tak buat kena dam, rukun haji kalau tak buat, batal haji,’ jawab Kusyairi. Alhamdulillah, ada gak yang boleh jawab. Anak Zul Langit. Bila ntah Syh Hamdan nak belikan tiket dia balik ke Malaysia. Awal musim sejuk ni, baru ulangkaji sikit dah jam 6.35am, depa dah nak ke Kuliah Mujtama’, di Amman. Balik nanti sambung. Itu belum lagi sentuh miqat, ihram, mabit di muzdalifah, di Mina, wuquf, tawaf, saie, bercukur dll. Yang paling pakar manasik haji dalam GISB ni Syh Salleh Saliyan la. Kalau setiap haji dapat ‘title Hj’, nama dia mungkin dah jadi: Hj Hj Hj Hj Hj Hj Hj Hj Salleh bin Hj Saliyan. Mungkin lebih lagi. Pakar sungguh.

Fardhu Ain bab Haji korang boleh belajar di mana-mana, cuma post kali ni kita kongsi ilmu bagaimana nak dapatkan roh haji. Agar bila kita dapat peluang mengerjakan haji nanti, tau kita nak berperasaan di setiap rukun-rukun dan wajib haji yang kita kerjakan. Bukan buat dengan fizikal semata-mata, rohnya tiada. Sedangkan Allah menilai rohnya. Syariat wajib dilakukan, hakikatnya pun wajib. Moga, apabila selesai lakukan Rukun Islam yang ke lima, iaitu kemuncak Rukun Islam ini, kita benar-benar berubah. Menjadi orang-orang yang bertakwa. Mendapat haji mabrur. Memberi manfaat pada Islam dan Umat Islam. Inilah ilmu dari Abuya melalui BUJ. Tak tau la, apa sumbangan GBA kepada Islam dari sudut ilmu. Ada ke? Eish tak de la. Tak ada wasilah, macam mana nak dapat ilmu tajdid.

Haji Roh

NIAT- Dimulakan dengan niat. ‘Nawaitu hajja wa ahramtu bihi lillahi ta’ala’ 

PERSIAPAN HATI- Supaya hati dapatkan Allah,sebagai hasil ibadah haji. Hati itu ialah hati yang sudah kosong dari segala sifat mazmumah seperti sombong dan cinta dunia. Allah wajibkan memakai ihram supaya hati tidak merasa apa-apa selain rasa hamba dan rasa hina.

ARAFAH- Dimulakan ialah di padang Arafah, di tempat bermulanya penciptaan manusia oleh Adam dan Siti Hawa. Mengenal asal usul diri sebenarnya bagaimana? Rupa-rupanya manusia diciptakan Tuham dari segala kesusahan dan kehinaan. Ertinya ia ialah kehinaan, sbb hanya dengan kehinaan sajalah manusia akan bersetuju untuk menuju untuk dapatkan Tuhannya. Dengan kehinaan orang akan rasa terlalu perlukan Tuhannya. Sebab itu Allah upayakan hamba-hamba untuk berada di suatu tempat yang memastikan agar rasa hamba dan hina itu meresap ke jiwa manusia. Haji menuju Allah hanya akan Berjaya kalau ianya dimulakan dengan perasaan hina dina kepada Allah.

MUZDALIFAH –A) Mengendong rasa hina yang dibekalkan oleh upacara wuquf di Arafah. Berjalanlah manusia ke muzdalifah . Perjalanan menuju Allah mewajibkan manusia mengutip BATU dan bermalam dengannya di Muzdalifah. Hinanya hamba dibuatkan Allah oleh upacara di Muzdalifah. Ertinya lagi-lagilah Allah paksakan nafsu manusia agar jangan sombong dan gila dunia. Sebab , orang yang sombong dan gila dunia tak mungkin dapat masukkan Allah dalam hatinya.  

B) Muzdalifah juga ,menyediakan sebuah ketakutan untuk dimasukkan ke hati hamba-hamba Allah. Bilamana melalui satu tempat bernama Wadi Muhasir. Yang di situ Allah pernah melakukan azabnya pada manusia yakni tentera Abrahah. Maka oleh takutnya azab yang sama menimpa, terburulah (bersegera) para Jemaah haji ketika melalui tempat itu. Maka dengan itu sifat kehambaan makin mendalam. Allah buatkan si hamba mampu dapatkan Allah ke hati mereka.

MINA- sampailah di Mina di perjalanan cepat menuju Allah. Di tempat nabi Ibrahim diarahkan menyembelih anaknya. Oh Mina, pusat berlakunya rasa hina sehina-hinanya manusia kepada Tuhan. Bermalam dengan ihram, penuh godaan seksual dari lelaki dan wanita yang bercampuran. Berlantaikan tanah berbumbungkan langit atau khemah yang sesak. Tiada siapa yang sanggup kecuali manusia yang benar-benar mahukan Allah untuk hatinya. Masakan nabi Ibrahim sanggup sembelih anak kalau bukan oleh hatinya yang penuh dengan rasa hina. Masakan kita sanggup untuk bermalam di Mina kalau bukan oleh kuatnya perasaan ingin menuju Allah dan dapatkannya sebagai cinta di hati. Cinta mesti dibuktikan kepada Allah dengan sanggup menempuh 1001 kesusahan darinya. Ya ,Allah ciptakan syaitan sebagai musuh yang sangat nyata, supaya melakukan bermacam-macam kejahatan untuk menghalang perjalanan manusia menuju Allah. Walaupun nafsu sudah Berjaya dilemahkan,namun syaitan juga kena dilepasi. 3 hari lamanya bergelut dengan syaitan barulah Nabi Ibrahim berjaya meletakkan pisau di leher anaknya. Maka 3 hari 3 malam jugalah kita ini umat Muhammad kena lakukan untuk layak sampai menuju Allah. Susahnya melalui program Mina dan melontar jamrah selama 3 hari itu. Kesusahan memang pun satu keperluan bagi orang yang mahukan Tuhan. Sebab,hati jadi kosong dari sombong dan gila dunia bila ditekan oleh kesusahan. Dengan itu,hati pun kembali suci seperti baru dilahirkan. Maka Allah pun dapatlah dimasukkan ke hati!

TAWAF- Dengan seluruh persiapan-persiapan itu tadi, di perjalanan haji menuju Allah. Maka barulah Allah benarkan manusia melakukan tawaf keliling kaabah. Dengan keinginan tinggi kepada Allah, oleh hati yang sudah dikosongkan dari segala nafsu mazmumah dan syaitan terkutuk. Hati dan kaki pun bertawaflah 7 pusingan dengan segala susah payah dan penat lelah di luar rumah Allah. Rumah power itu terus-terusan mengeluarkan power atau cahaya. Cahaya Kaabah pun menembusi ke hati-hati yang kosong. Lalu di kaabahkan lah hatinya. Dia pun jatuh cinta dan menangis semahu-mahunya untuk Tuhannya. 

SAEI- Lalu manusia-manusia yang merasa Allah di hatinya itupun segera oleh ibadah haji menuju ke ruangan di antara safa dan marwah. Sebab, bercinta dengan Allah ialah perjuangan! Cinta ialah perjuangan mengagungkan kecintaan. Ibu Siti Hajar membuktikan cinta kepada Tuhan dengan saei itulah. Yakni bekerja keras untuk Allah demi menghasilkan projek Allah yang amat ajaib iaitu air dari perigi zam-zam. Darinya tumbuh subur dan membesarlah bandaraya Islam di bumi Mekah. Mana boleh manusia yang ada Allah di hatinya tidak menghasilkan keajaiban! Bahkan keajaiban pembangunan dunia yang dapat diciptakan atas nama tamadun Islam itu adalah bukti yang wajib dibuat! Bilamana seseorang mengaku bahawa dia ialah seorang yang mabrur dalam ibadah hajinya dalam menuju Allah.

TAHALLUL- Dan bila kejayaan itu dicapai, ditutuplah perjalanan bersama Allah dengan bertahallul. Membersihkan diri dan bertaubat dari segala sangkaan bahwa segala keberhasilan adalah oleh diri. Walhal, Allah tidak ikut sertakan sedikit pun campur tangan manusia di dalam apa saja kejayaan! Kerana, mencipta kejayaan atau kegagalan adalah hak mutlak Allah semata-mata. Demikianlah rentetan haji selama 5 hari menuju Allah. Dan demikianlah caranya Allah itu didapatkan oleh hamba-hambanya di dalam ibadah yang diwajibkan. Cuma sekali seumur hidup di kaabah Makkatul Mukarramah.

Ampun Maaf. Jumpa lagi.

Duwwar Qubbah, Irbid, Jordan.

11.50am, Okt 24, 2012..

Advertisements

One thought on “***Panduan Haji Roh***

  1. TAJDID! Kalimat ini benar2 TAJDID!

    “Mana boleh manusia yang ada
    Allah di hatinya tidak menghasilkan keajaiban!
    Bahkan keajaiban pembangunan dunia yang
    dapat diciptakan atas nama tamadun Islam itu
    adalah bukti yang wajib dibuat! “

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s