***Hujan***

ImageSalam ceria. Bi barakati RSA aktubu hazihil maqalah. Kata Sy MT, petang tadi sewaktu PR di saat hujung, tiba-tiba hujan turun. Bonda cakap, simbolik paluan kompang, meraikan kezahiran IM. Begitulah hati seorang yang sangat merindui kezahiran pemimpin yang dijanjikan Tuhan. Apa-apa yang berlaku, menyentuh hatinya terus terkait dengan kekasihnya. Pemimpin umat yang ditunggu, yang dirindu sejak ribuan tahun hingga mendapat gelaran ‘Al Imam Al Mahdi Al Muntazar’.

Rupa-rupanya bukan Mekah sahaja yang hujan, kata ummu Asif, di Malaysia pun hujan. Malah di Jordan ni, ketika anjang menulis ni, hujan renyai masih lagi turun. Jalanraya basah digenangi air. Segala habuk dan debu di pokok-pokok, di bangunan-bangunan dicuci air hujan. Ingatkan hujan biasa awal musim sejuk, rupanya hujan yang sangat istimewa. Umpama paluan kompang meraikan kedatangan Imam Mahdi.

Terasa indah gembira bila yang ditunggu akan tiba. Akan muncul juga akhirnya. Islam akan kembali mulia. Tuhan akan disembah dan diagungkan semula. Nabi Muhammad dipuji dan dipuja. Tetapi rasa bimbang tetap ada, adakah aku dari orangnya? Sedangkan belum cukup syarat-syarat dan ciri-cirinya. 

Adakah roh telah disucikan dan ditingkatkan?

Adakah telah menjadi orang roh?

Adakah telah taat setaat taatnya?

Adakah taat dari hati?

Adakah telah menjadi pemburu dan pencinta akhirat?

Adakah telah sentiasa mengingati kematian?

Adakah mendapat A 100% di hati?

Adakah telah merindui Rasulullah saw?

Adakah telah mendapat roh ibadah?

Adakah…?

      Adakah….?

            Adakah…?

Atk….

Bilik Rumah Duwar Qubbah, Irbid.

11.20pm, Okt 21, 2012 .

Advertisements

One thought on “***Hujan***

  1. Syh Ghazali Akhbar kata di Jerman pun hujan, diMadinah pun kata Syh2 di sana, hujan lebat hingga terputus bekalan letrik. Sungai yang dah lama kering, mengalir semula. Moga Allah segerakan kedatangan IM dan PBT.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s