***Bekerja dengan kerajaan apa?!***

Image

Salam ceria. Tidak ada siapa dapat nafikan bahawa Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi adalah pencorak sistem pemikiran dan budaya rakyat Asia Tenggara khususnya Malaysia, sejak 4 dekad lalu hingga kini. Dengan kekuatan rohaniah melalui amalan AM dan ledakan peperangan fikiran yang dilancarkan bukan sedikit rakyat Malaysia yang menerima Islam sebagai cara hidup dan berusaha memperjuangkannya. Di antara puluhan buku-buku Abuya, mari kita ulangkaji buku Meninjau Sistem Pemerintahan Islam yang seperti buku-bukunya yang lain disusun oleh yang kita kasihi bonda Ummu Jah.
Pada Bab 16, atas tajuk Warganegara Dalam Negara Islam, mukasurat 160, Abuya ada nyatakan:
“Dalam Negara Islam, siapa saja yang berada di dalamnya atau yang mendatang ke situ, atau pelancong-pelancong bahkan pelarian-pelarian yang mencari perlindungan, semuanya secara automatik dianggap warganegara (penduduk negara). Mereka semua dihormati, dilindungi dan dijaga kebajikannya tanpa mengira kaum, bangsa, agama, warna kulit, bahasa dan lain-lain lagi. Bahkan bumi Allah ini dianggap kepunyaan bersama. Siapa pun boleh tinggal di mana tempat dia suka. Tidak perlu ada sempadan geografi antara negara-negara, tidak perlu ada pasport dan visa.”
Di mukasurat 161, Abuya berkata,”Setiap orang Islam sama ada yang asli (penduduk tempatan) atau mendatang (penghijrah, pelancong, tetamu, pelarian, dan lain-lain lagi) mendapat hak asasi yang sama saja. Orang besar, orang kecil, orang berjawatan, orang tidak berjawatan, orang kaya, orang miskin tidak dibeza-bezakan dalam urusan mendapatkan hak-hak asasi ini. Iaitu:
1. Kebebasan untuk memiliki rumah, harta dan lain-lain.
2. Kebebasan bekerja dan bercakap.
3. Peluang belajar di dalam dan luar negeri.
4. Melaksanakan dan mengurus hak-hak agama.
5. Kalau dicerobohi, dilindungi dengan penceroboh itu dihukum.
6. Mempertahankan maruah diri, harta, keluarga dan lain-lain lagi. Bahkan dalam ajaran Islam seseorang yang mati kerana mempertahankan dirinya, maruahnya, keluarganya dan hartanya itu dianggap mati syahid.
Tapi apa yang berlaku sekarang di negara-negara yang mendakwa Daulah Islamiyah? Contohnya di Saudi:
1. Di Saudi nak berniaga saja pun tak boleh, disusah-susahkan. Dah ramai kena tipu, undang-undang banyak menyebelahi rakyat tempatan.
2. Undang-undang Saudi hanya beri visa sebulan.
3. Kalau nak buat bisnes, nak dapat visa pekerja sgt susah. Anjang mohon visa ‘tijarah’ sebelum Ramadhan. Tak dapat. Apply sekali lagi, lepas haji baru boleh dapat.
4. Sangat prejudis dgn orang luar.
5. Walapun mereka kayaraya, nak tumpang kereta pun kena bayar.
6. Dasar Saudi ialah takkan benarkan orang Islam dapat visa lama (kalau Amerika dapat visa 5 tahun).
7. Umat Islam Asia Tenggara tak dibenarkan bina empayar.
8. Bila BUJ dapat visa sebulan, tanya bagaimana nak dapat visa bisnes, jawapannya keluar ke Jordan 3 bulan baru dapat visa bisnes 3 bulan. Di susah-susahkan.
9. Setiap bulan kena bayar cukai SR10K.
10. Saudi buatkan rakyatnya sangat takut dengan kerajaan. Sangat prejudis dengan orang luar. Contohnya Ali Penjaga istana kita yang dari Sudan, dia dilihat takut-takut, tak berani cakap lebih-lebih, terutama nak kritik kerajaan. Mereka takut sangat dengan SB Saudi. SB berada di mana-mana.
11. Pemegang visa Umrah dan Haji hanya boleh berada di Jeddah, Mekah dan Madinah. Berada di tempat lain dikira satu kesalahan yang boleh ditangkap. Pergerakan sentiasa dikawal.
Sebenarnya keberadaan GISB di Saudi adalah pertembungan 2 sistem. Sistem Islam yang Abuya bawa dengan sistem yahudi ada sedia ada. Bila GISB berjaya membina Empayar perniagaan di Saudi, ini satu keajaiban. Sampai kedutaan Malasia pun terkejut, sedangkan GISB tak berurusan dan minta bantuan pun dengan Kedutaan.
Abuya tak pernah di era Al Arqam masuk Saudi untuk berniaga sebab Abuya kata: “Dasar Saudi sangat tak suka syeikh-syeikh tariqah.” Untuk bisnes semata-mata Abuya tak masuk sedangkan Abuya pergi negara-negara lain termasuk Iran dan Maghribi dll. takkanlah Abuya tak ada minat nak masuk Saudi. Di Iraq pun Abuya pergi walaupun negara perang, sebab Abuya dah baca, kita nak bisnes pun mustahil, jutawan pun tak boleh buat.
Kena faham kenapa Abuya tak masuk Saudi sedangkan Abuya kata nak jaga Haramain. Abuya hanya masuk bila jadi pemimpin roh sebab nak lepasi kuasa-kuasa dan sistem-sistem yahudi bukanlah mudah.
Bila BUJ yang di backing oleh RSA menetap di Mekah membina empayar GISB, menunggu kezahiran IM dan PBT sambil membuat persiapan di bawah pemantauan kerajaan ajaib tiba-tiba GBA tak mengitirafnya bahkan menentangnya. GBA bekerja dengan kerajaan mana?
‘alat toriq ila safarah Maliziah
10.21am, Okt 17, 2012

Advertisements

2 thoughts on “***Bekerja dengan kerajaan apa?!***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s