***Pesanan Syh Fakhrur untuk Pemimpin Pelapis***

ImagePENJELASAN DARI SYEIKH FAKHRURRAZI TENTANG:

Dilantik Menjadi Pemimpin Bukan Lesen Untuk Bebas Buat Keputusan Sendiri

Dalam Islam setiap sesuatu itu ilmunya mesti jelas. Ada takrif, sifat dan syarat sesuatu itu. Misalnya tentang SAHABAT. Rasulullah SAW memberikan ilmu yang jelas tentang apa atau siapa itu SAHABAT.

Sahabat itu ialah orang yang beriman, hidup sezaman, bertemu dan berjuang bersama Rasulullah SAW.

 

Ada 4 syarat penting untuk dinamakan Sahabat:

1. Beriman (bukan Islam sahaja)

2. Hidup sezaman dengan Rasulullah SAW 

3. Bertemu dengan Rasulullah SAW

4. Berjuang bersama Rasulullah SAW

 

Kalau orang itu beriman, hidup sezaman dengan Rasulullah SAW dan memperjuangkan Islam tetapi dia perjuangkan Islam di tempat lain dan tidak pernah bertemu dengan Rasulullah SAW, maka orang itu tidak disebut Sahabat. Contohnya ialah Uwais Al-Qarni. 

 

Ada juga orang yang hidup sezaman, bertemu dan ikut mempertahankan Rasulullah tetapi tidak beriman, maka dia juga bukan Sahabat. Contohnya ialah Abu Talib.

 

Ada juga orang yang hidup sezaman dan bertemu tetapi belum sempat beriman dan ikut berjuang bersama Rasulullah SAW, maka dia juga bukan Sahabat, walaupun setelah Rasulullah wafat dia beriman. 

 

Begitu jugalah takrif Ikhwan. Mereka ialah orang pilihan di kalangan Mukmin yang yakin kepada PBT, hidup Sezaman, Bertemu dan Berjuang bersama Abuya PBT (berbaiah kepada PBT). 

 

Nampak di sini bahawa untuk menjadi SAHABAT faktor beriman, hidup sezaman, bertemu dan berjuang bersama Rasulullah SAW itu sangat penting, mesti lengkap. Begitu jugalah untuk menjadi IKHWAN faktor yakin kepada Abuya sebagai PBT, hidup sezaman, bertemu dan berbaiah bersama Abuya itu sangat penting.  

 

Jadi kalau ada ahli keluarga Abuya atau ahli jemaah automatik kerana ikatan keluarga atau perkahwinan dengan jemaah, tetapi tidak memenuhi 4 syarat tersebut, tidak bolehlah dikatakan sebagai ahli Abuya. Jauh lagilah untuk dikatakan ikhwan, kerana ikhwan itu adalah ahli Abuya yang sudah lulus berbagai tapisan. Pilihan di kalangan orang mukmin yang yang menjadi ahli Abuya. 

 

Ilmu dan kefahaman ini penting supaya kita tidak ambil mudah tentang Abuya. Jangan mentang-mentang anak, adik atau menantu Abuya, maka terus merasa diri dah ahli Abuya. Lagilah yang masih muda-muda. Kenal Abuya ketika Abuya dah tak boleh cakap. Masa Abuya aktif berdakwah dulu dia tak lahir lagi. Kalau yang dah lahir pun masih kecil-kecil lagi. Ibaratnya masih asik main bola lepas tu senang je cakap dah kenal Abuya sama macam Ummu Jah kenal Abuya. Kalau permainan bola yang Abuya benci itupun belum boleh ditinggalkan, janganlah kata dah kenal Abuya. Betapalah nak kata dah cinta dan nak bela Abuya. Kemudian merasa dah tahu dan faham semua perkara tentang Abuya. Boleh diterima ke dakwaan macam ni?

 

Masa Abuya belum ghaib, dia kecil lagi. Kalau dah baligh pun tapi tak berbaiah lagi dengan Abuya. Kalau yang dah berbaiah pun tapi tak berjuang lagi dengan Abuya. Kalau dah berjuang pun tapi tak diuji lagi. Lepas tu senang-senang je cakap, saya pun anak Abuya, saya pun kenal lah ayah saya. Ada pula yang kata, saya pun pengikut Abuya, saya pun kenal lah pemimpin saya tu. Tapi sama ke pengenalan orang yang hidup bersama Abuya 30 tahun dengan yang 10 tahun? Sama ke pengenalan orang yang berjuang bersama Abuya sejak era sebelum Arqam dengan yang era kemudian? Sama ke pengenalan orang yang telah diuji berkali-kali dengan orang yang belum diuji?

 

Abuya pernah panggil Hashim Jaafar sebab dia susah sangat nak terima saya sebagai pemimpin. Maklumlah dia lebih tua dari saya dan lebih dulu jadi pemimpin dari saya. Jadi bila Abuya lantik saya sebagai pemimpin yang lebih tinggi dari dia (saya TPE, dia BOD biasa) maka dia susah nak hormat saya. Abuya cakap pada dia:

1. Kalau anta susah sangat nak terima Fakhrur, bayangkanlah bahawa di belakang Fakhrur tu Abuya.

2. Abuya nak tanya, anta masuk jemaah ini umur berapa? Dah habis maktab, umur dah 20-an anta baru jumpa Abuya. Sedangkan Fakhrur, dari kecil lagi saya dah ajak dia berjuang. Sama ke anta dengan dia? Keyakinan dan pengalaman anta dan Fakhrur tak sama.

Jadi pengenalan seseorang tentang mursyidnya itu tak sama. Bukan hanya kerana sama-sama anak, adik, atau pengikut, maka pengenalan jadi sama. Faktor pengalaman, didikan, ujian dan lain-lain sangat menentukan bagaimana seseorang itu kenal mursyidnya.

 

Bila tak faham begini maka akan berlaku, seseorang yang dilantik dengan jawatan yang sama, akan rasa sama dan setaraf sahaja dengan rakan sejawatannya. Misalnya A bila dah jadi BOD, atau PZ, katalah PZ1, maka dia rasa aku PZ1 apa bezanya dengan B yang PZ1 juga. Buat apa aku nak belajar dengan dia? Walhal B jauh lebih senior dari A. SiA baru ikut Abuya 20 tahun, sedangkan SiB dah ikut Abuya 50 tahun. Sama ke? Banyak perkara yang B tahu tapi A tak tahu. Malang dan bahaya sangatlah kalau A tak mahu belajar dari B. Lebih malang lagi kalau A rasa setaraf atau malah rasa lebih tahu dari B. 

 

Beginilah umumnya sikap generasi muda jemaah sekarang ini. Rasa diri tahu segalanya, rasa lebih bijak dari orang tua. Rasa lebih faham Abuya dari orang-lama lama dalam jemaah ini. Maka, dia buatlah andaian dan keputusan sesuka hati. Marah dan kutuk pula orang-orang tua dan orang lama. Ingat boleh selamat ke? Ingat Abuya suka ke?

 

Bila tak larat mujahadah terhadap sistem jemaah, maka dikatakanlah jemaah yang tak betul. Bila tak mampu nak ikut disiplin jemaah, maka dikatakanlah disiplin itu yang tak betul. Bila tak larat nak taat pemimpin maka dikatakanlah pemimpin itu yang tak betul? Contohnya, bila Ummu Jah lancarkan semula disiplin pencak, mereka tolak. Mereka kata, Abuya tak buat pun. Padahal mereka yang tak tahu bahawa Abuya berpencak selepas sembahyang bahkan adakalanya berpencak di gelanggang pada zaman Arqam. Cuma Abuya hentikan sementara ketika jemaah dalam tekanan kerajaan. Jadi bila keadaan dah selesa, elok sangatlah dilancarkan semula. Begitu jugalah perkara-perkara lain. Mereka kata tak betul, padahal sebenarnya mereka tak tahu.

 

Kepada para generasi muda, khususnya yang baru diberi peluang untuk menjadi pemimpin pelapis, berhati-hatilah. Peluang yang diberi ini bukan laluan permaidani merah kemegahan. Peluang ini juga bukan lesen untuk anda bebas membuat keputusan sendiri. Peluang ini bukan berarti sijil bahwa anda sudah banyak ilmu. Peluang ini sebenarnya adalah titian sirat untuk menguji anda; apakah anda orang Abuya atau bukan. Apakah anda orang roh atau bukan. 

 

Berikut ini panduan bagi para pemimpin.

 

1. Belajar dari pemimpin senior.

Apabila kita ditugaskan di suatu projek atau bandar sebagai pemimpin baru di situ. Mula-mula yang perlu kita buat ialah mencari maklumat asal-usul tempat itu. Siapa yang mengasaskan dan bagaimana dia membangunkannya. Bila dah tahu, pergilah jumpa orang itu dan tanya. Selepas itu barulah fikir bagaimana nak teruskan dan kembangkan pembangunan di tempat itu.

 

Mengapa kita perlu tahu asal-usul? 

 

a. Supaya tahu asasnya dan tahu pula bagaimana nak menguatkannya. Kalau projek itu diasaskan dengan modal roh (Abuya Tolong) jangan pula menyambungnya dengan modal akal apalagi berhutang. Kenalah teruskan dengan cara roh juga.

 

b. Kalau asas projek itu lemah, sedangkan cita-cita kita besar, janganlah paksakan. Kaji dulu kemampuan insaniah projek itu. Walaupun duit banyak, tapi insaniah yang nak membangunnya lemah, duit tak akan mampu membangunkan Islam di projek itu. Malah akan menambah huru-hara. Sebab modal asas pembangunan Islam itu insaniah. 

 

2. Teruskan dan Kembangkan Yang Baik, Selesaikan Masalah Yang Ada.

 

Bila kita mengambilalih projek atau bandar yang telah diasaskan oleh pemimpin terdahulu, kita kena iktiraf apa yang mereka asaskan itu. Jangan cuba tutup sejarah dan buat seolah-olah projek/bandar itu bermula dari kita. Kenyataan manis dan pahit dalam projek itu kita kena ambil semuanya. Kalaulah projek itu ada masalah, janganlah kita kutuk-kutuk masalahnya sahaja tapi kita lupa nak bersyukur dengan wujudnya projek itu. Mana-mana yang dah berkat itu teruskan dan kembangkan. Mana-mana yang masih bermasalah selesaikan dengan baik.

 

3. Ambil Pengajaran dari kepemimpinan yang gagal supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

 

Ikutilah langkah-langkah orang yang sudah selamat menjejaki perjuangan Abuya. Jangan ikut langkah-langkah orang yang Abuya dah lempar keluar dari jemaah kebenaran ini seperti GBA. En. Hashim Muhammad ini ialah pimpinan muda yang diberi peluang besar untuk meningkatkan rohnya. Tapi malangnya dia tak gunakan peluang itu meningkatkan rohnya, malah sebaliknya peluang yang diberi digunakan untuk membesarkan nafsunya.

 

Contohnya:

1. Dilantik sebagai Ketua BOD (KB) untuk menakutkan musuh. Tapi dia bekerjasama pula dengan musuh.

2. Ditegur untuk baiki diri melenting hingga sanggup buat kenyataan nak keluar jemaah. Anak buah biasa pun tak berani nak buat kenyataan begitu.

3. Bila dah terkeluar dari jemaah, bukan rasa menyesal dan cari jalan balik. Tapi buat jemaah sendiri pula dan tarik orang lain jadi pengikutnya.

4. Kenyataan-kenyataannya bercelaru. Sekejap macam keras, tapi ada kalanya cakap lain. Sekejap kata hormat Ummu Jah, sekejap maki hamun Ummu Jah. Rupanya hatinya tak sekuat mulutnya. Nampak macam mulut lantang, tapi kena marah sikit dah melenting. Sanggup bekerjasama dengan musuh.

5. Sebelum Abuya ghaib lagi, orang-orang yang Abuya tak suka itulah yang didekati En. Hashim ini. Konon nak tawan mereka dan selamatkan mereka, rupanya dia yang kena tawan.

6. Ada orang yang Abuya suka kalau dia dampingi, tapi En. Hashim tak buat begitu. Malah orang yang Abuya tak senang yang dia dampingi.

 

Itulah akibatnya bila En. Hashim tak kenal Abuya tapi rasa kenal. Tak faham hasrat Abuya tapi rasa paling faham. Tahu sikit tapi merasa tahu semua perkara. Contohnya, Abuya lantik En. Hashim sebagai ketua BOD dengan tujuan untuk menakutkan musuh, khususnya Hashim Jaafar. Tapi dia tak faham. Dia ingat ketua BOD itu peranan besar, boleh buat semua perkara. Akibatnya dia buatlah perkara-perkara yang dia tak faham. Maka diri sendiri yang rosak. Lebih malang lagi dia heret orang lain untuk ikut rosak.

Tamsilannya begini, Abuya beri dia basikal dan beban 10kg, tapi dia rasa mampu nak bawa 100kg. Jadi dia tak larat lah, maka basikal pun melelong. Orang yang menumpangnya pun melelong jugalah. Bila orang tanya kenapa melelong? Dia kata, ada orang benci saya, dia sabotaj saya. Padalah basikal tu OK je. Dia je yang tersalah guna.

Jawatan KB tu OK je. KB ertinya ketua BOD, bukan ketua jemaah keseluruhannya. Tapi dia faham KB itu ketua jemaah. Maka bertindaklah dia macam ketua jemaah.

Kemudian dia diberi peluang jadi TPE, Timbalan Pengarah Eksekutif. Timbalan itu maknanya pembantu ketua, bukanlah ketua atau pengganti ketua. Jadi, TPE tu timbalan PE, bukannya pengganti PE. Tapi dia tak faham begitu. Dia ingat bila jadi TPE maka kuasanya boleh ganti PE. Sebab itu dia cadangkan dirinya untuk ganti tempat Abuya. Dah merasa tak perlu Wasilah. Padahal dia dilantik jadi timbalan sahaja, tapi dah rasa berkuasa penuh dan nak langgar kuasa PE dan Wasilah.

 

Cerita En. Hashim Muhammad ini adalah contoh orang yang gagal melepasi ujian Abuya iaitu diberi peluang menjadi pemimpin. Para pemimpin muda harap ambil perhatian. Ambil iktibar dari orang yang gagal, supaya kita tak melalui lorong yang sama.

 

 

.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s