***Syh Fakhrur pula bersuara -i***

Salam ceria. Antara pemimpin jemaah yang anjang agak rapat di kalangan keluarga Abuya ialah Syh Fakhrur. Anak ke 2 Abuya sebab itu dipanggil Abang Ngah oleh adik-adik. Atau anak sulung lelaki Abuya. Tuhan izinkan berpeluang duduk serumah dengan beliau di atas bukit Jubaihah, Amman. Kawasan ‘asyirah Louzi. Ketika itu bersama Ibu Norlia, tepatnya pada tahun 1990. Tahun tu la lahirnya Dhirar kalau tak silap anjang. Ertinya dah 22 tahun berlalu.
Teringat suasana duduk serumah dengan pemimpin anak kandung Abuya dan anak didik jemaah.
Musim sejuk di Jordan, lebih-lebih lagi di atas Bukit Jubaihah amat menyeksakan. Tidur di dalam sleeping bag 2nd beli di Pakistan ditambah dengan selimut tebal dari bulu kambing yang kasar dan miang membuatkan anjang sukar bangun pagi. Sebenarnya dosa yang tak ditaubatkan. Akhirnya, Syh Farul bangun lebih awal. Dia masakkan air. Ketika itu kami letak tungku dan periuk serta 1 tong gas dalam bilik air. Sapa masuk awal, dia kena masakkan air. Bila nak guna, campurkan dengan air paip yang sangat dingin. Yang malunya, kadang-kadang anjang dan Syh Fateh lambat bangun, Syh Fakhrur yang azan…fuuh malu Beb!..
Masa berlalu, jemaah di haramkan. Anjang terus di luar negara. Bila balik tahun 1998, Syh Farul rasanya di Rompin. Bila jadi kepimpinan Rufaqa’ 2002 sempat anjang rehlah dengan beliau ke pulau Tioman. Rasanya masih terngiang-ngiang lagi di telinga anjang, “Kerusi ana ni panas, mana ada pemimpin yang berada di kerusi ana yang kekal? Lihatlah Akhbar Anang, Mokhtar Yaakub, Hj Halim, semuanya meninggalkan jemaah. Bukan senang nak jadi timbalan kepada PBT. Ana takut sebenarnya. Kita tak layak sebenarnya.” Begitulah luahan hatinya ketika kami duduk bersama-sama di batu-batu besar di Pantai Tioman.
Ya, selepas ISA, beliau diuji dengan berbagai-bagai penyakit, dengan jawatan dan pangkat. Di jatuhkan tanpa satu jawatan pun. Di sebut kesalahannya. Seluruh dunia tahu. Beliau tak melatah. Oh, mulianya hati anak Abuya.
Post kali ni, anjang nak kongsikan dua kenyataan Syh Fakhrur untuk panduan kita semua. Selamat membaca.
Ghurfah fi Duwar Qubbah bi Irbid.
3.51pm, Okt 10, 2012

PENJELASAN DARI SYEIKH FAKHRURRAZI TENTANG:

1. Apakah yang berlaku di dalam Alphard yang membawa jasad Abuya dari Ipoh ke Pilin?

Kejadian di dalam perjalanan Alphard  membawa jasad Abuya dari Ipoh ke Pilin itu berlaku pada 13 Mei 2010. Di dalam alphard itu ada jasad Abuya, pemandu alphard (Suhaimi), Ummu Jah, saya (Fakhrurrazi) dan Hashim Mohammad. Sepanjang perjalanan itu kami banyak diam. Suasana dalam kesedihan. Hanya sedikit percakapan berlaku. Ummu ada menyebut kepada saya, “selepas Abuya tak ada, Fakhrul lah yang memimpin jemaah ini, Ummu akan bantu Fakhrul macam Ummu bantu Abuya selama ini”.

Saya diam sahaja, saya anggap itu sebagai tawaran sahaja dan sokongan Ummu untuk menguatkan saya dalam suasana pemergian Abuya itu. Namun, saya tak terfikir pun yang saya akan jadi pemimpin jemaah Ikhwan ini, sebab dah terpahat dalam keyakinan saya bahwa jawatan Abuya sebagai pemimpin jemaah Ikhwan (Putra Bani Tamim) itu bukan boleh diganti. Jawatan itu dijanjikan bukan ditawarkan dan bukan boleh ditukar ganti.
 
Selepas pemakaman jasad Abuya di Pilin, dibuat program kepada para pemimpin jemaah di BCH. Waktu itu saya dijemput bercakap untuk memberi penjelasan kepada seluruh ahli jemaah tentang keadaan dan status jemaah terkini selepas jasad Abuya tiada. Saya kata, Abuya tinggalkan kita dalam keadaan jemaah dah sempurna, panduan dah lengkap, jadi kita kena teruskan perjuangan ini seperti yang Abuya kehendaki. Bila mendengar penjelasan itu Ummu merasa penjelasan itu  kurang  sempurna dan masih belum memuaskan semua pihak.  Abuya dorong Ummu untuk sempurnakan penjelasan saya itu. Maka Ummu sampaikan 10 hujah Abuya ghaib. Hujah itu Ummu terima dari Abuya dari alam ghaib. Semua orang yang mendengarnya merasa puas termasuk saya sendiri.  Saya merasa itulah hakikat yang sebenarnya berlaku dan itulah yang Abuya kehendaki. Ummu lebih jelas dalam memahami apa yang sedang berlaku kerana Ummu dipandu oleh Abuya dan Ummu lebih mampu menyampaikannya dengan tepat. Saya berpuas hati sebab saya pun faham dan yakin begitu, cuma saya tak mampu menyampaikannya sejelas yang Ummu sampaikan. Saya memang tak mahu menjadi pemimpin jemaah seperti yang Ummu tawarkan itu sebab saya yakin Abuya tetap berperanan sebagai pemimpin jemaah ini, cuma saya tak pandai nak jelaskan kepada orang lain. Jadi bila Ummu sampaikan 10 hujah Abuya ghaib itu saya rasa puas. Saya rasa itulah yang Abuya mahu sampaikan pada seluruh ahli jemaah. Lagilah menambah keyakinan saya bahwa Abuya menggunakan Ummu sebagai perantara, bukan menggunakan saya. Jadi kepimpinan jemaah tetaplah pada Abuya dan wasilahnya adalah Ummu. Perkara ini bukanlah asing bagi saya dan juga semua ahli jemaah. Bukankah selama ini Abuya memang selalu mewakilkan Ummu untuk bercakap bagi pihak Abuya? Buku-buku Abuya yang merupakan panduan lahir dan batin dituliskan oleh Ummu. Sejak Abuya tak boleh bercakap, Ummu sahaja yang boleh jadi penterjemah Abuya. Sejak Abuya sakit pula, Abuya langsung tak bercakap dan Ummu penyampai pimpinan Abuya, sedangkan Abuya hanya mendampingi Ummu dari dalam selimutnya. Bahkan sudah sering berlaku Abuya tidak hadir dalam perjumpaan BOD dan hanya mewakilkan kepada Ummu untuk menyampaikan arahan dan pimpinannya. Waktu itu sebenarnya Abuya mendampingi Ummu secara roh. Jadi, tidak ada apa-apa yang mengejutkan, kerana Abuya telah melatih keadaan itu secara bertahap dan lama. Oleh itu tidak ada apa-apa yang perlu diubah dan ditukar. Saya tak perlu menjadi pengganti Abuya sebagai pemimpin, kerana Abuya masih terus memimpin dari alam ghaib dan perantaranya ialah Ummu.
Selepas itu saya membuat roadshow untuk memantapkan lagi keyakinan para ahli jemaah bahwa Ummu itu Wasilah kepada Abuya. Saya rasa wajib menyampaikannya kerana itu adalah kehendak Abuya. Oleh kerana Abuya telah bergabung dengan Rasulullah dan Sayyidi di alam ghaib, maka saya istilahkan Ummu itu Wasilah RSA. 

2. Mengapa jemaah bertapak di Haramain?

Selepas Abuya ghaib jemaah  terus berjalan dengan arahan-arahan Abuya dari alam ghaib yang disampaikan melalui Ummu. Ummu bergerak ke Thailand dan seterusnya ke Mekah. Saya bersetuju dengan semua itu dan terus setia mendampingi Ummu kerana saya juga diarahkan dan diberi keyakinan begitu oleh Abuya. Keyakinan bahwa jemaah akan bertapak di Mekah itu pada saya bukan perkara baru, malah Abuya telah tanamkan kepada saya sejak kecil lagi iaitu: “kita akan berulang-alik ke Haramain kerana kemuncak perjuangan kita di Haramain. Imam Mahdi yang kita tunggu itu keluarnya di Kaabah.”

Waktu zaman Arqam lagi, Abuya juga telah syarahkan tentang jadual Allah, bahwa perjalanan kebangkitan Islam itu macam ular pulang ke sarangnya. Islam berasal dari Mekah, bergerak ke Timur, bangkit di Timur dan akan kembali ke Mekah semula. Kemuncaknya ialah kezahiran Imam Mahdi di Kaabah.

Abuya juga pernah berkata, “kita menunggu Imam Mahdi di Mekah, masa itu jemaah kita dah kuat dan kita dah ada bandar di Haramain”.

Sebab itulah saya sangat bersetuju dan menyokong kuat usaha-usaha Ummu membangunkan bandar di Haramain, kerana memang itulah cita-cita perjuangan yang telah Abuya tanamkan sejak kecil lagi, iaitu mengisi jadual Allah, kebangkitan Islam kali kedua di Akhir Zaman.

Saya tak fikir yang jadual ini tersilap, malah sudah dirancang lama oleh RSA. Masa saya kecil di bawah pokok getah di Sungai Penchala, Abuya sering bercerita tentang Imam Mahdi. Antara yang Abuya pernah cakap, “Nizam! kamu tunggu Imam Mahdi di Malaysia, Fakhrul! kamu  tunggu di luar negara”.

Jadi apa yang kita perjuangkan sekarang ini di bawah pimpinan Abuya dengan Wasilah Ummu ini, bukanlah menyimpang dari perjuangan Abuya. Malah ia adalah perjuangan Abuya yang terus berjalan sesuai dengan jadual Allah yang telah Abuya sampaikan dari dulu. Bahkan semakin menuju kepada kemuncaknya iaitu kezahiran Imam Mahdi di Mekah. Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu sekian lama?

3. Jangan Salah Tafsir Tentang Putera Bani Tamim

Perjuangan Putera Bani Tamim adalah perjuangan Islam yang membesarkan Allah dan Rasul bukan perjuangan keluarga yang membesarkan   kabilah atau bani Tamim.

Abuya adalah Putera Bani Tamim, namun gelaran itu bukan semata-mata kerana Abuya berketurunan Bani Tamim. Walaupun disebut dalam Hadis bahwa Bani Tamim adalah Bani yang paling kuat menentang Dajjal, tapi kita jangan tak tahu bahawa  ada juga ramai manusia dari Bani Tamim yang menjadi pengikut dan pejuang Dajjal.  Muhammad bin Abdul Wahab At-Tamimi bersekongkol dengan yahudi bahkan berguru kepada Mr. Hampher untuk merosakkan Islam dari dalam, membentuk satu aliran atau jemaah yang degil (Wahabi) di Najd pada abad 19. Pada abad 20 jemaah itu bersekongkol dengan Bani Al-Saud yang juga bani yahudi dalam membentuk negara Saudi kemudian   merampas Haramain (Mekah dan Madinah) dari empayar Islam.

Putera Bani Tamim adalah gelaran yang Rasulullah namakan untuk seorang pemimpin dari Timur, wazir kanan Imam Mahdi yang mempunyai peranan besar dalam kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman. Setiap janji Allah yang Rasulullah SAW sebut sudah pasti disertai suatu proses yang panjang hingga berlakunya janji itu.  Pemuda Bani Tamim diutuskan ke bumi untuk meneroka dan membuka tapak kebangkitan Islam kali kedua, kerja yang sungguh besar, sudah tentu dia dipersiapkan Allah melalui  orang-orang besar juga.  Dia dipersiapkan  oleh Rasulullah SAW dan Imam Mahdi melalui proses khas sejak dulu lagi.

Cerita dan berita kedatangan Putera Bani Tamim ini telah disebut oleh Rasulullah SAW, kemudian oleh para Sahabat dan seterusnya  dari generasi ke generasi hingga ke hari ini tidak pernah putus. Sudah tentu persiapan untuk kelahiran Putera Bani Tamim itu juga tidak pernah putus.

Cerita dan berita paling dekat yang masih dapat kita jejaki ialah berkaitan dengan persiapan kelahiran dan siapakah orang yang bertanggungjawab mempersiapkan kelahiran itu.  Tokoh besar yang mempersiapkan kelahiran Putera Bani Tamim itu ialah Imam Mahdi Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi (SS). Pada zaman penjajahan Belanda di Indonesia, SS mengarahkan Lebai Ibrahim membawa adiknya Maemunah untuk pindah dari Jawa ke Malaysia. Maemunah inilah bakal ibu Abuya. Dia adalah keturunan Rasulullah SAW yakni sepupu SS. Perancangan itu begitu rahsia hingga tidak dikesan dan diganggu oleh musuh. Yahudi dan Nasrani Belanda sama sekali tidak mengetahuinya, bahkan orang kampung di Wonosobo itu mengira bahwa Maemunah telah mati seperti saudara kembarnya yang mati waktu kecil. Di Malaysia, Maemunah dibesarkan oleh Lebai Ibrahim di Kampung Pilin. Mereka berguru kepada Kiyai Syahid, salah seorang khalifah tariqat Muhammadiyah yang ditugaskan oleh SS di Kg. Pilin.

Dalam masa yang sama SS juga mempersiapkan seorang pemuda bernama Muhammad, seorang yang berjiwa sufi, pejuang AM yang juga berguru kepada Kiyai Syahid. Walhal dia adalah seorang pegawai kastam kerajaan penjajahan British yang berasal dari Kuala Lumpur. Dipesankan kepada pemuda ini oleh SS melalui Kiyai Syahid supaya berkahwin dengan wanita dari keluarga SS. Mula-mula Maemunah dikahwinkan dengan
lelaki lain, mendapat 2 orang anak perempuan. Setelah menjadi janda beberapa lama barulah dikahwinkan dengan Muhammad. Percaturan yang begitu halus dan rahsia. Siapa sangka pemuda Muhammad  pegawai kastam kerajaan British  itu seorang pengamal tariqat? Siapa sangka juga pemuda yang masih teruna itu berkahwin dengan seorang wanita beranak dua yang dipilihkan oleh guru mursyidnya. Siapa sangka juga Maemunah, janda beranak dua itu akan berkahwin dengan Muhammad yang masih teruna? Walhal dia bukanlah perempuan kaya, malah seorang yang miskin, tinggal pula di kampung terpencil. Siapa sangka bahwa Muhammad dan Maemunah inilah  bakal ibubapa kepada seorang pemimpin yang digeruni yahudi?

Logiknya seorang pegawai kastam British yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat dan bekerja dengan sistem pemerintahan barat di zaman itu tentulah seorang yang bergaya hidup barat, bukannya ahli sufi bertarikat. Logiknya juga, dia akan berkahwin dengan anak dara cantik pilihannya sendiri.  Dan logiknya juga seorang lelaki soleh yang akan melahirkan Putera Bani Tamim tidaklah bekerja sebagai pegawai kastam dalam kerajaan penjajah British.
Skrip persiapan ibubapa Putera Bani Tamim ini sungguh tidak diduga oleh yahudi. Inilah strategi Allah yang dijalankan begitu rapi oleh Rasulullah SAW dan SS terhadap Muhammad dan Maemunah. Maka dari sulbi mereka ini lahirlah Abuya dengan selamat di Kg. Pilin.

Jadi kelahiran Putera Bani Tamim itu sama sekali bukan secara kebetulan! Bukan pula dari perkahwinan biasa. Namun ia adalah kelahiran yang dirancang rapi sekian lama untuk menipu musuh-musuhnya.

Bijaknya SS menipu yahudi. Siapa sangka pemuda yang akan menentang yahudi itu adalah anak orang soleh yang bekerja sebagai pegawai kastam kerajaan penjajah yahudi British? Skrip ini mirip dengan kisah kelahiran Nabi Musa. Siapa sangka Nabi Musa yang akan menentang Firaun itu adalah anak angkat kesayangan Asiah seorang wanita bertaqwa yang merupakan isteri Firaun sendiri?

Jadi, janganlah tersilap tafsir bahwa Putera Bani Tamim itu adalah lelaki dari bani Tamim biasa sahaja seperti lelaki-lelaki lain dari bani Tamim. Putera Bani Tamim yang disifatkan oleh Rasulullah sebagai Syuaib (pemimpin jemaah) itu bukanlah hanya kerana dia keturunan bani Tamim. Tapi dia adalah lelaki yang dipersiapkan oleh Imam Mahdi dan Rasulullah sejak sebelum lahir lagi.

Jadi bukan sebarang lelaki keturunan bani Tamim yang layak memimpin jemaah itu. Hanya satu dan satu-satunya lelaki dari bani Tamim yang dimaksudkan itu, iaitu yang dipersiapkan dan dipandu secara khusus oleh Rasulullah dan Imam Mahdi.

Sesiapa lelaki walau ada darah keturunan Bani Tamim sekalipun, yang cuba merasa layak untuk menjadi pemimpin jemaah itu pasti kecundang, kerana dia tidak dipersiapkan dan dipandu oleh Rasulullah dan Imam Mahdi.

Tanpa perancangan, sokongan dan panduan Rasulullah dan Imam Mahdi mana mungkin seorang lelaki dari bani Tamim biasa dapat memperjuangkan Allah dan Rasul, melahirkan Ikhwan, menyiapkan tapak empayar Islam, dsb. Kalau setakat perjuangkan bani atau kabilah Tamim mungkin bolehlah. Dah banyak pun jemaah Bani Tamim di dunia ini, samada yang berbentuk kabilah, yayasan atau syarikat. Kalau di Timur Tengah dan Indonesia banyaklah kabilah, yayasan atau syarikat-syarikat bani Tamim yang besar dan kaya. Ketua yayasan, kabilah atau syarikat bani Tamim itu bertukar ganti. Bila abang mati, diganti pula oleh adik atau anak atau sesiapa yang mampu memimpin di kalangan mereka.

Tapi janganlah kita berfikir bahwa jemaah Ikhwan ini serupa dengan yayasan, kabilah atau syarikat bani Tamim itu, walaupun secara lahirnya bernama syarikat GISB.

Kalau seseorang itu berfahaman dan berkeyakinan begitu maka silaplah dalam bertindak. Dia akan bertindak kepada jemaah ini seperti kepada syarikat biasa yang pemimpinnya boleh ditukar ganti, yang tidak ada kaitan dengan percaturan Rasulullah SAW, Imam Mahdi dan Abuya Putera Bani Tamim (RSA). Sebab itu, bila Abuya ghaib, maka orang-orang yang berfahaman begini jadi celaru, jadi hilang arah dan meraba-raba. Maka bertindaklah dia mengikut pendapat sendiri, tidak bersandar kepada jadual Allah. Lebih malang lagi tidak mau berhubung dengan RSA melalui Wasilah yang dilantik. Bahkan menolak Wasilah yang RSA lantik, walaupun bukti-bukti sudah jelas menunjukkan bahwa Ummu Jah itu Wasilah RSA.
 
Jemaah Ikhwan ini bukan jemaah biasa. Ini jemaah Allah dan Rasul. Jemaah RSA yang diasaskan oleh Putera Bani Tamim dalam pantauan dan panduan dari pemilik jemaah itu iaitu Imam Mahdi. Perhubungan dan panduan dari Imam Mahdi wajib terus berlaku melalui Wasilah yang dilantik. Sedangkan kelahiran Abuya pun diatur dan dicatur oleh Imam Mahdi, inikan pula perjuangan Abuya.  Kalau panduan dari Imam Mahdi terputus ertinya itu bukan jemaah RSA. Jadi sepatutnya kita bersyukur dengan adanya Wasilah yang memastikan jemaah ini terus dipimpin dan dipandu oleh RSA. 

Advertisements

4 thoughts on “***Syh Fakhrur pula bersuara -i***

  1. Knpa d dlm Qur an byk tdpt musyabbah bihnya keldai. Sprt dlm surah jumuuah,surah luqman, cerita NB uzair( keldai bntg syurga?)tentulh Allah nk kita kaji sift negatif dn positifnya. . Buang yg mutannajis ambil yg suci. Ambil ilmu madu dan tolak ilmu racun. Ilham laduni tmsuk ilmu madu. Sbb bukn smua yg jtuh ke akl tu ilmu kata Asz. Akal klau dpandu oleh nfsu akn sesat bfikir.

  2. Mohon izin buat ulasan. Kita ni dh lama menempuh sistem yahudi smpai mendarah daging… Sebab tu bila ilmu baru yg pelik2, yg x terfikirkan oleh akal, kita melatah. Logiknya, perjuangan kebenaran perlu menempuh perkara2 yg khawariqul ‘adah. Kalau tidak, samalah macam pertubuhan2 atau jemaah2 lain. Bagi orang yang dipandu rohnya, inilah masa untuk rohnya meningkat… Mari muhasabah dan taubat, moga dosa2 silam kita x jadi hijab untuk roh kita diproses oleh RSA… Ampun A,..mzb

  3. saudara nasir…xusahlah nak sesat menyesatkan org.kau tahu ke ajaran islam yg sebenar?cer cita kat aku islam sebenar..cer cita plak apa yg sesatnya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s