***Kamu yang buta wahai yang mendakwa Pencinta Rasulullah***

Salam ceria. Korang kena faham, mengkafirkan dengan mengatakan seseorang itu bersikap seperti kafir atau lebih jahat dari kafir adalah 2 perkara yang berbeza. Mengkafirkan menyentuh soal aqidah.
Mengatakan seseorang berperangai seperti atau lebih jahat dari kafir adalah persoalan luaran.
Bila anda mendakwa

((belum ada dalam sejarah mana-mana mursyid di dunia ini mengkafirkan@melabelkan anak buahnya yahudi))

itupun dah memperkenalkan siapa anda. Macamlah kamu dah kaji sejarah seluruh mursyid di setiap zaman, walhal kehidupan kita, entah berapa kali mengaji kitab? Entah berapa orang mursyid kita jumpa? Semajlis dengan mereka. Bergaul hati ke hati dengan mereka. Sehingga tahu sejarah mana-mana mursyid satu dunia, sepanjang zaman. Padahal seorang mursyid sangat tahu murid di depannya jujur atau khianat. Mukmin atau kafir, munafik atau bukan. Terpulanglah pada mursyid nak beritahu pada siapa yang dia kehendaki. Siapa yang buta sekarang? Rasulullah saw sendiri beritahu senarai nama munafik pada Abu Huzaifah Al Yamani. Rasulullah saw juga pernah memberitahu pada beberapa orang sahabat bahawa si polan (ketika itu sahabat) akan mati kafir. Rasul pernah menegur sahabat dengan mengatakan, “Pada kamu ada perangai jahiliah (kafir).”

((Pernahkah dlm sejarahnya RSAW kafirkan umatnya? Yg kita tahu Rasulullah SAW terlalu amat mncintai dan sayang pd umatnya malah mahu selamtkn kita semua dunia akhirat dari api neraka..”Ummati..ummati” itu kata2 RSAW pd Siti Fatimah disaat kewafatannya- itu yg sejarah bgitau pd kita..))

Lalu kita sewenang-wenangnya mengunakan nama Rasulullah sayangkan umatnya. Sebenarnya kita faham atau tak pendapat kita sendiri?  Sabda Rasulullah S.A.W. Yang kita kata Rasul sayang ummatnya, siapa itu umat baginda? Sabda baginda,
”Barangsiapa benci terhadap sunnahku, maka ia bukanlah golonganku”  (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Maka, fahamilah wahai penulis yang mendakwa ‘Pencinta Rasulullah’, kata Abuya, sebesar-besar sunnah adalah jemaah. Dalam jemaah, yang paling besar, paling utama, paling penting adalah pemimpin. Kalau kamu pun tak berjemaah. Hidup sendiri-sendiri, tak kisah nasib Islam, yang penting diri dan keluarga kamu sahaja, kamu ni pencinta sunnah Rasulullah saw ke? Kalau kamu sendiri bukan pencinta sunnah Nabi, kamu termasuk umatnya ke? Ingat!! Rasul yang menyatakan,
“من رغب عن سنتي فليس منّي”
”Barangsiapa benci terhadap sunnahku, maka ia bukanlah golonganku” 
Rasulullah saw juga bersabda:

لَيْسَ مِنِّى ذُوْ حَسَدٍ وَلاَ نَمِيْمَةٍ وَلاَ كَهَانَةٍ وَلاَ اَنَا مِنْهُ

Bukanlah termasuk golonganku orang yang memiliki sifat dengki, mengumpat dan menilik nasib, demikian pula aku bukan termasuk golongannya (HR.Thabrani).
Anjang tengok tulisan kamu berbaur dengki yang keterlaluan. Kalau ikut hadis ini, diragui kamu dari umat Muhammad.

Kamu tak dapat nikmat jumpa Rasulullah, kamu tuduh orang yang berjumpa Rasulullah tu sebenarnya jumpa ifrit… Dengki la sangaaat.
Mempertikaikan hadirnya Rasulullah saw pada seseorang adalah keterlaluan. Anjang tak berani nak kata pada seorang yang mendakwa dia bertemu Rasul dalam mimpinya, kamu berdusta. Kerana itu adalah pengalaman hidupnya. Apa hak saya menafikannya? Lagi-lagilah anjang berpeluang melihat sendiri halusnya BUJ menjaga ibadah dan syariat. Kamu cakap dari jauh, anjang duduk satu rumah dengannya. Kata-katanya, lontaran ilmu dan panduan darinya menggetarkan hati, menarik-narik diri ini untuk benar-benar kembali pada Allah. Untuk sanggup hidup mati untuk Islam. Apakah itu dorongan jin? Apakah itu dorongan ifrit?
Tambah meragukan bila penulis merekodkan

((ada seorang kawan kita yang Allah rezkikan tembus pandang melihat 3 jin ifrit di kepala sanggul bonda.))

Maaflah bang, boleh tak nak tau siapa kawan kita tu? BUJ, isteri Abuya mengaku boleh berkomunikasi dengan RSA kamu tak percaya, mamat mana ntah, (nama pun tak berani sebut), beritau nampak jin ifrit kamu percaya?!!! Sapa yang kena tipu jin ni? Sapa yang kena pedaya?!
Korang percayalah cakap anjang, kalau korang tak buat salah silap, jujur, laksanakan tugas, jaga pakej amalan, sentiasa rasa hamba, korang tak akan kena marah punya dengan BUJ. Yang kena marah, yang kena tegur, yang terasa garang, tuan punya diri pun tahu, ada salah yang dia buat. Ada khianat yang dia sembunyikan. Ini pengalaman ramai orang. Ma rawahu jam’un ‘an jam’in.

((sebenarnya jin IFRIT yg dihantar oleh dajjal laknatullah. Merekalah perancang utama yg berusaha merosakkan jamaah kebenaran ini))

Ini adalah satu kesimpulan ringkas tanpa asas dan sumber. Penulisnya kita tak kenal, mamat yang kasyaf pun kita tak tau sapa. Sangat tak bertanggung jawab. Kalau dalam ilmu dirayah hadis dikatakan ar rowi majhul. Kalau seorang rowi (perawi hadis) itu tsiqah (dipercayai) dan bertaqwa sekalipun, tetapi dia seorang pelupa, hadisnya rendah martabat, betapa lagi seorang majhul. Sangat-sangatlah tertolak.
Dalam kaedah sufi, hanya wali kenal wali. Allah rezkikan BUJ jumpa RSA, itulah yang selayak baginya sebagai wasilah. Beliau diperkenalkan siapa itu RSA. Tapi kalau seorang tu nampak ifrit, bukan satu, 3 ifrit…. Fuuh banyak tu. Mendetail pengatahuannya. Pastu tau aktiviti dajjal, iaitu dajjallah yang hantar ifrit, ifrit tu duk atas sanggul, ifrit tu menyamar sebagai khadam, rasanya dia dari kumpulan mana ye? Wali mengenal wali, ifrit tentu mengenal ifrit.
Kau janganlah nak tipu kami, bukan kami tak tau, kalau yang datang pada BUJ syaitan atau jin, dan dia mengaku, “Aku adalah Rasulullah!” Dan-dan dia terbakar. Tetapi hingga PR ke 55, masih sampai kepada kami ilmu-ilmu, panduan-panduan, nasihat-nasihat, teguran-teguran untuk taqarrub ilallah dan al kifah liajlihi, confirm dia adalah Rasulullah saw. Jadi siapa yang tertipu? Siapa yang buta?
Yang pelik bin ajaib, boleh kaitkan tindakan BUJ bangunkan projek di merata dunia khasnya di Haramain dengan nafsu cintakan dunia, walhal itulah Jadual Allah yang telah disebut-sebut oleh Abuya kepada Syh Fakhrul sejak beliau kecil lagi. Kamu yang rasa tak cinta dunia, mana projek yang kamu bangunkan untuk Islam. Jangan-jangan suruh pindah randah pun kamu tak mampu taat.
Bilik Suluk Duwwar Qubbah, Ibid, Jordan.
11.50am, Okt 2012.

Advertisements

3 thoughts on “***Kamu yang buta wahai yang mendakwa Pencinta Rasulullah***

  1. sgtlah mantap hujjah ini. Buta hati tidak nmpak kbnran , buta hati d tipu nafsu dn syaitan. Hal yastawil a’ma wal basir?Laa’. Ilmu nuurun, nuruLLAH la yuhda lila’si. Ampunkn km RSA.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s