***Rampas Merampas***

ImageSalam ceria. Setiap orang melalui berbagai-bagai pengalaman ketika mengharungi kehidupan di alam perjuangan ini. Yang peliknya, atas rahmat dan kasih sayang Tuhan, walau pahit macamana pun pengalaman itu, bila diceritakan semula, terasa manis dan indah. Tak terkecuali Syh Mazlan Ismail. Bila dah duduk sebilik dengannya di rumah Duwar Qubbah ni, banyaklah cerita lama yang keluar. Tahun 1977 (anjang baru darjah 1) dia terpilih belajar form 4 di Sekolah Teknik Kuantan, antara sekolah yang tersohor waktu itu di Pahang. 

Walaupun sekolah itu menempatkan pelajar-pelajar yang pandai dari seluruh pahang tetapi budaya samseng di situ sangat mengecewakan Syh Lan. Buli sangat berleluasa. Pernah berlaku dua kes kematian kerana pelajar yang dibuli membalas dendam kepada bekas pelajar yang datang untuk mengambil ‘result’ SPM. Ketika Syh Lan pindah ke asrama sekolah tersebut, sudah ada di benak fikirannya bermacam-macam cerita tentang buli ini. Tetapi peliknya ketika dia sampai dihantar oleh ibunya, bersama seorang kawan yang berpakaian seragam pengawas, mereka disambut baik. Malah, beg kawannya diangkat hingga ke tingkat atas asrama. Ketika itu, terasa apa yang digembar gemburkan selama ini tidak benar sama sekali. Tetapi… Tak sempat ‘kusangka panas hingga ke petang… Rupanya hujan di tengahari…’ Baru pijak mata tangga teratas tiba-tiba satu terajangan keras hinggap di badan rakannya membuatkan dia berguling-guling di mata tangga hingga ke bawah. Tak cukup dengan itu, berhamburan maki hamun, “Celaka, berlagak kau!! Ingat aku hamba abdi kau… Mengangkat beg nii!!! Menyirap darah Syh Lan, takut bercampur simpati melihat keadaan kawannya yang merengek kesakitan. Dalam hatinya berkata, “Dia yang nak angkat, bukan kita suruh.” 

Bermula dari hari tu, berlakulah rentetan peristiwa buli yang Syh Lan lihat sendiri malah dia sendiri rasai dari senior kepada junior walhal perbezaan umur cuma setahun atau dua sahaja. Adakalanya di waktu malam disuruh jalan, tepat di bawah lampu jalan kena berhenti. Lalu keluarlah arahan tak masuk dek akal, “Pandang atas! Nampak lampu tu?” “Nampak…” “Haah, tiup sampai padamm!!! Maka berlakulah ‘sam’an wa toatan fi ma ahabba au kariha’… Fuuuuh, Fuuuus, fuuuuhs… Tiup lampu yang tak padam-padam. Kata Syh Lan, kadang-kadang sambil ketawa, kerana gelihati. Bila nak padamnya…

Adakalanya, dipaksa panjat pokok. Bila dah sampai ke salah satu dahannya, keluarlah perintah yang entah datang dari syaitan mana, “Hah… Sekarang, beromen dengan dahan tu.” Maka yang kena buli akan memeluk-meluk dahan pokok, menciumnya dsb..

Pernah ada junior yang di masukkan ke dalam locker, dikunci dari luar lalu digulingkan dari tangga tingkat satu ke bawah. Sampai di bawah, dibuka locker, senior tu kata, “Hah macam mana?”, kalau kata ok, dibuat lagi. Kalau kata sakit, dia akan kata, “Macam ni pun sakit?!”

Adakalanya, sebelum subuh, jam 4 pagi kena bangun. Bukan untuk tahajjud, solat subuh pun tak buat, semua kena beratur. Pastu merangkak beramai-ramai melalui bawah-bawah katil hingga koyak-koyak baju, luka-luka belakang badan bila tersangkut dengan jaring-jaring bawah katil. Azabnya.

Di sekolah juga ada penagih dan pengedar dadah. Berjalan sentiasa membawa pisau. Sangat menakutkan. Ketika itu guru-guru tak mampu berhadapan dengan murid-murid yang semakin liar. 

Kata Syh Lan, di sinilah dia terasa sangat benci dengan pendidikan sekular dan Tuhan temukan di celah-celah kehidupan jahiliah itu jemaah Abuya. Ada satu kelompok pelajar yang menghidupkan aktiviti di surau. Mereka itulah Syh Nik Hishamuddin, En Roslan (Ukur), Ibrahim Jaafar dll yang berkepala botak, berserban, bercelak, sugi… menjaga sembahyang dengan air muka yang jernih penuh kemesraan. Dari merekalah Syh Lan mengenal jemaah Abuya dan melakukan perubahan diri yang juga memerlukan pengorbanan. 

Kita sambung cerita lain kalilah. Pelik cerita Syh Lan ni, macam-macam cerita dia. Tapi sepelik-pelik cerita Syh Lan ni, pelik lagi kisah jemaah baru tanpa wasilah. Apa peliknya? Mereka kata pemimpin mereka mewarisi perjuangan Abuya tapi nampaknya apa yang dilakukan sangat berbeza dari sikap Abuya. En Malek pernah mengadu pada Abuya, lebih kurang begini, “Abuya, kalau kita dah serahkan barang pada jemaah, tapi barang tu tak dijaga dengan baik, macamana Abuya?”

Jawab Abuya, “Kalau dah bagi, jangan fikirkan lagi.”

Inilah panduannya. Kalau dah beri, fikirkan pun tak boleh. Serah terus. Tapi oleh jemaah baru tanpa wasilah BUJ ini, kalau dah beri boleh ‘rampas’ balik. Sangat berbeza dari cara Abuya. Ajaib-ajaib. Sangat kontra dengan sikap dan perbuatan Abuya yang kita kenali. Setakat ini, inilah kali pertama orang yang dikeluarkan dari jemaah kerana tidak mampu mengikut disiplin Jemaah berani bertindak merampas harta benda jemaah. Wahai RSA, bantulah kami semua. Bebaskan jamaah daripada kejahatan musuh!

Bilik Suluk, Duwar Qubbah, Irbid.

12.19am, Okt 5, 2012

.

Advertisements

5 thoughts on “***Rampas Merampas***

  1. Tk Syh Lan krn mengimbau kembali kenangan silam yg nampak mcm -ve tapi bnyk hikmah yg telah mula disingkap oleh Tuhan. Kehidupan perlu diteruskan, peralatan perlu ada utk hadapi ranjau di depan yg tak mengenal kasihan. Mungkin kita terpaksa undur setapak utk maju sepuluh tapak ke depan. Maha Adil Nya Tuhan…

  2. Ngerinya cerita ni. Ttp ngeri lg mdgr blasan yg akn d kenakan thadap org yg mzalimi org lain. Doa org yg d zalimi tidak thijab. Takutilah kjahatan org yg engkau buat baik padanya*

  3. TK xthingga atas pkongsian kisah sejarah pjuangan awal ..tkesan mbacanya..Sy Nik lak ada diMekah skrg bila ana kisahkan kpd beliau sy Nik mrspon

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s