***Abuya Pemimpin Kasih Sayang***

.Salam ceria. Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun. Tahun demi tahun, berbagai perubahan berlaku di Jordan. Masa anjang belajar dulu pusat membeli belah moden warga Amman adalah Safeways di Shemisani. Sekarang, City Mall tak jauh dari Duwar Tsamin adalah antara pusat membeli belah paling popular menjadi pilihan penduduk Amman. Anjang pegi sebab nak draw duit dan beli barang mat’am. Ramai betul orang sini berbelanja, musim gaji gamaknya. Rasa macam di Malaysia pula, rupa-rupanya ia di’design’ oleh orang Malaysia. Dari parking lot, travelator, susunan lot-lot kedai dan pasaraya di dalamnya seperti di negara kita. Lepas beli beras 12 pack (5kg) dan beberapa item lagi untuk jualan, baru anjang keluar dengan Us Zul untuk draw duit… Nasib malang. Masori tarfudh an takhruj. Duit tak mau keluar. Sedangkan dah janji nak serah sejumlah wang pada I.Syidah. Ketika itulah baru teringat, 7.30pm di Jordan ertinya 12.30am di Malaysia, di bulan panas begini, perbezaan waktu antara Malaysia dan Jordan adalah 5jam. Maka sejak jam 7pm (12am waktu Malaysia) semua ATM berhenti dari memberi khidmat selama 1 jam.
Ketika itulah terasa, kalaulah sebelum sembahyang maghrib draw dulu,
kalaulah lepas maghrib terus draw,
kalaulah…
Kalaulah…
Kalau yang tidak berguna…
Malam ni juga nak jumpa Syh Mustafa Abu Rumman. Simpati jemaah sejak era Al Arqam. Sejak anjang belajar lagi, beliau
telah rapat dengan jemaah Abuya. Bertugas sebagai imam di sebuah masjid di Duwar Sabi’, di bawah Kementerian Awqaf. Dah banyak kali bertemu Abuya. Dah beberapa kali menziarahi Malaysia, khasnya ke bandar-bandar Islam yang Abuya asaskan. Kata Syh Cikgu Suhaimi, ketika bertemu dengannya bersama Syh Zamri Al Ghaib pada tahun 2010, dia pernah berkata: “Siapa yang mati sebelum bertemu Sohibuz Zaman, ditakuti matinya dalam suu’il khatimah.”
Syh Mustafa sampai dah agak lewat. Mujur Mat’am RSA ada di Jerash, mudah untuk melayannya sekeluarga. Muhammad Ubadah menghidangkan kami syaie ma’a na’na’ (teh dengan daun pudina) dan untuk isteri dan anak-anaknya ‘asir burtuqal (jus oren). Syh Mustafa yang sangat mengambil berat tentang kami berulang kali mengucapkan kepada Us Zul, “Alhamdulillah alas salamah.” bila mengetahui Us Zul baru bebas. Lalu bercerita mengenai pengalaman Us Zul yang pernah 2 kali masuk tahanan Jordan ketika belajar dahulu kerana kemalangan Jalanraya.
Sambil minghirup teh panas, beliau yang berjubah dan berserban putih bercerita tentang rancangannya untuk menziarahi Malaysia bersama seorang kawannya, seorang ‘rojulun a’amal’ (bisnesman) dari Iraq. Mempunyai stesyen TV di Iraq dan sebuah hotel di Amman, tetapi sentiasa tertekan berniaga di Jordan. Menurut Syh Mustafa yang menjadi kepercayaannya di sini, dia yang banyak menguruskan perniagaan kawannya itu dari pembelian tanah, membina bangunan dll. Dah berbelas tahun mereka berkawan. Tetapi oleh kerana dia orang Iraq, dia sangat dicurigai. Bisnesnya di sini sangat dikawal oleh SB. Kalau sewa bilik hotelnya JD80, dia hanya dapat JD30. Yang lain di ambil oleh pekerjanya yang merupakan orang tempatan yang ada kaitan dengan SB di sini. Sebab itu dia ingin berpindah ke Malaysia, mencari-cari peluang membuka bisnes kerana negara kita dilihat aman damai dibandingkan dengan negara-negara lain. Itulah berkat negara yang yang dijanjikan.
Tanpa perlu pengistiharan rasmi, restoran RSA telah menjadi tempat pertemuan penting mengatur perjalanan warga Arab dari berbagai negara ke Malaysia. Di sinilah kasih sayang pelbagai bangsa timur tengah. Pekerjanya rakyat tempatan dan Mesir. Tuan punya Mat’am ini seorang Palestin. Bukan mudah mengikat hati-hati anak bangsa kita sendiri, lebih-lebih lagi bangsa Arab tetapi Abuya berjaya melakukannya. Itulah PBT, pemimpin kasih sayang yang dijanjikan.
5.03am, Okt 3, 2012
Musolla Duwar Qubbah, Irbid.

Advertisements

One thought on “***Abuya Pemimpin Kasih Sayang***

  1. Best klau ada blog arab anjang. Sulam sulam dgn minda .jazakallah birrahmat.
    Baru btatih nk ‘kecek’ arab ni,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s