malu tak bertempat

.Pada tahun 1993, selepas balik daripada krusus di Merbok, ana diberitau akan dinikahkan. Tanpa soal, taat ajelah dan nak tanya nikah dengan sapa, anak sapa dan bila majlisnya rasa malulah sangat. Selepas urusan teknikal selesai, ada sorang ust kasi tau, esok pagi pegi Segamat untuk nikah. Esoknya dengan tak bersemangatnya pergilah ke Segamat dengan diiringi oleh kawan-kawan dewasa penuh sebuah van panjang. Selepas selasai akad nikah, ana disuruh masuk ke bilik pengantin yang sangat besar dengan hati yang sangat berdebar-debar. Masa ana masuk tu ada ramai muslimah dan semua berpurdah. Lepas tu dia orang keluarlah semua dan tak disangka-sangka tiba-tiba masuk seorang wanita yang tak pakai tudung sambil membawa satu hidangan. Spontan ana diserang rasa takut yang amat sangat dan segera bersembunyi di sebalik katil sampai tertido sehingga ke tengah malam. Kalau tak silap betul-betul jam 12 tengah malam abang isteri ana (abang iparlah tu) masuk dan memberitahu hal sebenar, iaitu… Perempuan itulah isteri ana…”̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ 

 

BA: Begitulah hasil didikan awal dalam jemaah. Seorang pemuda sangat pemalu dan langsung tak biasa dengan wanita. Apalagi bergaul bebas, bercinta-cinta. Berutus surat. Kalau sekarang ber’sms’ dan ber’BBM’. Cinta hanya untuk Tuhan. Kalau adapun cinta untuk manusia, ianya semata-mata kerana perintah Tuhan dan RasulNya. Maka tiada cinta kecuali selepas pernikahan. Tapi kes mat ni terpencil la, sampai menyorok… “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ tak ada yang ‘senior-senior’ beri nasihat kut? 

 

Sumbangan ZKY. Seorang ahli perniagaan dan pengusaha makanan halal yang gigih. Sekarang bertugas di Subang, Selangor.

Advertisements

One thought on “malu tak bertempat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s