Cemas! hampir kena penampar!

Kisah ini berlaku sewaktu saya mula-mula nak masuk sekolah Arqam. Waktu itu saya baru saja selesai menduduki SPM di salah sebuah sekolah menengah agama di Pahang. Saya bersama rakan-rakan seusrah di asrama pergi mengikuti kursus singkat Kefahaman & Penghayatan Islam di Yayasan Arqam, Kg Sg Ular, Kuantan selama 3 hari. Kami semua sangat teruja dan seronok mengikuti kursus tersebut. Ia memaparkan suatu kehidupan Islam yang praktikal dari segala sudut iaitu ilmu & amal. Islam bukan hanya slogan tapi adalah ‘The Way of Life’. Saya tidak mendapatinya berlaku secara total di sekolah agama yang saya duduki. Ilmu & syariat Tuhan hanya setakat perbahasan semata-mata. Jadi bermula dari saat itu saya bertekad untuk meneruskan pengajian saya di Yayasan Al Arqam. Keputusan saya itu mendapat bantahan keras dari keluarga. Fikiran sekular telah meracuni masyarakat Islam global bahawa pengajian agama tidak menjanjikan kehidupan yang selesa khususnya di Al Arqam. Mereka menuduh tanpa bukti kononnya Arqam adalah badan dakwah tidak bertauliah dan menyeleweng sedangkan ilmu Allah itu Maha Luas. Allah hanya mengiktiraf darjat hamba-hambaNya atas dasar taqwa bukan dari ukuran sijil yang berjela-jela. 

Pada suatu hari abang saya telah datang untuk menjemput saya balik ke rumah kerana saya telah menerima surat tawaran belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Saya keluar dari tabir zink yang memisahkan antara lelaki & perempuan. Abang terkejut kerana saya telah memakai jilbab & furdah. Dia pun menghampiri saya untuk menarik saya masuk ke keretanya. Tapi saya mengelak, dia sangat marah. Seketika itu juga penamparnya hampir singgah ke muka saya tapi saya sempat berundur ke belakang. Saya katakan padanya “Maafkan saya kerana saya telah mengambil keputusan untuk belajar di sini”.

Dengan perasaan yang sakit hati dia berlalu pergi sambil menghempas pintu kereta dan berkata, “Sial! Kurang ajar! Kau jangan balik-balik dah ke rumah! Menyusahkan orang sahaja!” Kemudian dia pun menekan pedal minyak kereta dengan sekuat hati menyebabkan enjinnya mengaum dan meluncur laju. 

Itulah secebis kisah yang ingin saya kongsikan bersama pembaca BA sebagai peringatan untuk diri saya juga. Bahawa hidayah Allah itu perlu dijaga kerana ia sangat mahal. Ketika diperolehi kadang-kadang terpaksa ‘berpisah’ dengan keluarga dan sanak saudara. Sekiranya ianya ditarik balik, kita akan jadi semalang-malang manusia di muka bumi ini. Allahhh…takutnya…moga dengan keberkatan mursyid, tolonglah…tolonglah kami Tuhan, peliharalah kami semua dari huru hara fitnah kehidupan & kematian juga dari sebesar-besar fitnah dajjal laknatullah. Amin

 

Tulisan nukilan UST. Sekarang menjalankan bisnes restoran dan katering sambil berdakwah di Jordan.

Advertisements

One thought on “Cemas! hampir kena penampar!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s