***Bela Rasul Cara GISB***

.Salam ceria. Bagaimana suasana di tempat korang? Di Irbid masih lagi berduka. Urusan bisnes belum selesai. RSA dah bantu keluarkan Us Zul dan Rifaah tahanan. Apa yang berlaku adalah, pihak keselamatan mengadakan operasi pembersihan, maka ramai pekerja asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah ditahan dan dihantar pulang ke tanahair mereka dan tidak dibenarkan masuk Jordan selama 5 tahun. Diantara yang ditahan ialah rakyat Yaman, Mesir dan Syria yang bekerja di Jordan. Kita juga berhadapan tindakan yang sama kerana urusan permit kerja yang belum selesai-selesai. Tetapi oleh kerana kita membayar denda, maka staf kita tidak dihantar pulang. Satu ujian bagi kami semua, moga-moga Allah ampunkan dosa-dosa kami.  

 

Itu sedikit kisah perjuangan di sini sedangkan di seluruh dunia, masyarakat Islam sedang bangun menentang filem yang dibuat oleh seorang berbangsa Qibti Mesir yang menghina Rasulullah saw. Dari satu sudut kelihatan hebatnya roh Rasulullah saw yang masih memegang hati-hati umatnya yang mencintai baginda untuk bangun serentak di seluruh dunia membela baginda. Mana ada pemimpin sehebat baginda yang masih menguasai hati umat Islam dari alam roh. Cuma dari sudut yang lain pula, gelombang pembelaan ini tidak terpimpin secara lahir, akibatnya bermacam-macam peristiwa yang berlaku hingga membawa kematian bukan sahaja di kalangan bukan muslim, malah ia berlaku sesama Muslim. Ada yang protes dengan mengadakan tunjuk perasaan, membawa sepanduk-sepanduk, ada yang ajak boikot google dan you tube yang masih belum menarik filem tersebut dari engin carian mereka. Ada yang ajak umat Islam boikot barang-barang dari USA dan Denmark yang menambah kemarahan umat Islam kerana siaran kartun yang menghina baginda saw. 

 

Bagi musuh-musuh Islam dan pencinta kebenaran, mereka ingin tahu apakah radd fi’il (tindak balas) dari GISB kerana selalunya Abuya mempunyai tindakan yang berbeza dari arus perdana. Ternyata benar telahan pemerhati. GISB tidak menari ikut paluan gendang musuh, sejak awal lagi Tuhan jadikan para Ikhwan sentiasa membela Rasulullah di semua aspek hatta di aspek yang tak pernah terfikir orang iaitu soal Seks suci pun dibela oleh jemaah RSA ini. Maka sekarang GISB sedang membela kekasih Allah dengan berusaha memertabatkan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi di dalam jemaahnya. Memang itu yang Abuya pernah sebut dahulu. Dengan tertubuhnya Jamiah Dirasat Arabiyah RSA Ummul Qura, kita sangat berharap agar Rasulullah saw bergembira kerana ada satu kelompok umatnya yang kembali berbahasa dengan bahasa baginda, bahasa Al Quran, bahasa ahli syurga di syurga. Maka tercetuslah pula di seluruh dunia GISB rasa keinginan yang membuak-buak untuk berbahasa Arab. Tempat korang macam mana? Di sini anjang pelik, Mustofa anak Ibu Jera, Hisham anak Syh Najri, Alif anak Dr Norli antara yang tampak bersemangat belajar Bahasa Arab.

 

Contoh-contoh ayat yang mereka buat sangat hebat. Anjang bawa contoh ayat YM Abuya: ‘Atamanna an akuna mujahidan fil mustaqbal’

 

Tapi bila ajak mereka buat ayat dengan ‘iqtibas’ dari ayat ‘laq jaa akum..,’

 

Maka keluarlah ayat dari Mus; ‘Laq jaa ana sohibuz zaman min ‘alami ruh’

 

Ada yang buat; ‘Laqad jaa ani Rasulullah fil manam wa yamsik bira’si’

 

Ada yang buat; ‘Laqad jaa ana amrun min Makkah lita’limil loghatil arabiyah’

 

Haqqan, ini bukan kehendak kita. Ini adalah kehendak RSA, macam mana remaja-remaja yang baru sampai dari tanahair tak sampai beberapa bulan boleh buat ayat-ayat sehebat itu. Cemas anjang dibuatnya. RSA lah yang berbuat. Kami sangat menunggu panduan di bonda wasilah untuk bersama membela Rasulullah saw di sudut bahasa. Moga-moga Allah izinkan. RSA bantulah kami semua.

 

Maaf zahir batin

 

Bilik suluk, duwwar Qubbah.

 

4.57am, Sep 27, 2012

 

Ribuan umat Islam protes

 

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Ribuan umat Islam seluruh negara hari ini mengenepikan perbezaan fahaman politik untuk bergabung suara dengan berhimpun bagi mengutuk keras penerbitan filem anti-Islam, Innocence of Muslims di Amerika Syarikat (AS) dan penyiaran karikatur menghina Nabi Muhammad SAW di Perancis.

 

Dalam protes aman yang dianjurkan serentak iaitu selepas solat Jumaat di seluruh negara hari ini, para peserta perhimpunan aman itu antaranya melaungkan seruan Allahuakbar serta meminta masyarakat dunia menghormati agama lain termasuk Islam.

 

Di ibu negara, kira-kira 10,000 peserta perhimpunan bantahan itu diadakan di dua lokasi berasingan iaitu di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru anjuran Pergerakan Pemuda UMNO serta di hadapan Kedutaan AS, anjuran Dewan Pemuda Pas.

 

Dalam perhimpunan di Kampung Baru, protes yang diketuai Pemuda UMNO itu disertai oleh Wanita dan Puteri UMNO, komponen Barisan Nasional serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Majlis Belia Malaysia (MBM), Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Kelab Putera 1Malaysia, Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) serta pertubuhan silat.

 

Pemimpin pertubuhan berkenaan turut mengambil giliran untuk berucap dan mengecam perbuatan individu tidak bertanggungjawab di AS serta Perancis tersebut, sambil menyeru kerajaan kedua-dua negara itu mengenakan hukuman terhadap pihak terlibat.

 

Sementara itu, di lokasi berhadapan Kedutaan AS di Jalan Tun Razak di sini, perhimpunan kira-kira sejam yang diketuai oleh Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan berlangsung secara aman dengan kehadiran lebih 5,000 umat Islam.

 

Nasruddin mengetuai kumpulan menghantar memorandum mengutuk filem tersebut namun ia hanya dapat diserahkan kepada pegawai keselamatan kedutaan tersebut melalui pintu pagar kompleks berkenaan.

 

Perhimpunan aman yang bergema dengan laungan Allahuakbar serta pidato menghentam filem anti-Islam itu bersurai pada kira-kira pukul 3.20 petang tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

 

Dalam pada itu, di Kota Bharu, lebih 2,000 umat Islam berkumpul bagi menyatakan kemarahan mereka kepada penerbitan filem tersebut di pekarangan Pejabat Badan Perhubungan Pas di Jalan Dato’ Pati.

 

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ucapannya menyambut baik demonstrasi yang diadakan, tetapi berpendapat langkah memboikot barang buatan Yahudi dan Amerika Syarikat adalah lebih berkesan dan mencadangkan sebuah jawatankuasa khas dibentuk untuk menyenaraikan barangan tersebut.

 

Di Kuching pula, kira-kira 1,000 umat Islam berhimpun secara aman di pekarangan Masjid Bahagian Kuching, Jalan Market, bagi mengecam filem anti-Islam tersebut.

 

Peserta perhimpunan itu turut berarak ke Balai Polis Sentral Kuching untuk membuat laporan bagi menghalang sebarang usaha menyiarkan filem tersebut di negara ini.

 

Wakil penganjur perhimpunan tersebut, Datuk Idris Buang ketika ditemui berkata, tayangan filem terbabit adalah satu penghinaan terhadap Naib Muhammad yang perlu ditentang sekeras-kerasnya oleh umat Islam.

 

 

Advertisements

One thought on “***Bela Rasul Cara GISB***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s