aku, arqam dan doa-doa yang makbul

Aku, Arqam dan doa-doa yang makbul
Aku adalah salah seorang kakitangan kerajaan yang terlibat dengan gerakan Al Arqam. Arqam bukanlah satu kelompok yang pelik bagi diriku kerana sejak kecil lagi aku selalu melihat kelompok ini sewaktu di kampung @ Felda. Kelompok inilah yang perkenalkan selawat badawi di masjid dan semua surau di kampungku dan diamalkan hingga ke hari ini.

Suatu ketika, aku masih ingat, Ustaz Ashaari berceramah kat masjid di tempatku. Aku bermain kejar-kejar dengan kawan-kawan kat atas masjid ketika itu.
Dengan izin Tuhan, sekitar tahun 1984 aku berkesempatan menziarahi Ustaz Ashaari yang kemalangan jalanraya. Beliau dirawat di Klinik Arqam Desa Minang. Ketika itu aku dah mula berjinak-jinak dengan Al Arqam secara serius. Antara soalannya padaku ialah, “Anta kampung kat mana?” sambil memandang tepat ke mukaku. Terhibur sungguh bila dilayan begitu, lalu kujawab ringkas, “Bukit Mendi” spontan Ustaz Ashaari membalas, “Itulah felda pertama ana berdakwah…”

Inilah antara kenangan manis yang tak dapat kulupakan.
Kisah ini selalu aku ceritakan pada orang lain sebab pandai sungguh Ustaz Ashaari ‘tackle’. Memang betul pun sebab ramai sungguh orang tua yang ikut Arqam kat tempat aku masa tu dan anak-anak mereka ramai pula bersekolah di Yayasan Al Arqam Sg Penchala.

Salah seorang kawanku yang mengaji kat Sg Penchala masa tu ialah Ustaz Zulkefli atau lebih dikenali sebagai Pak Su dan Rozmi Jamal (Sekarang pengamal Homoephaty) dan ramai lagi. Bila cuti, Ustaz Paksu ni jumpa aku, dia kata “Apalah hang ni Mie..sekolah sekular!” Aku hanya senyum kambing je sebab takkan nak pergi sendiri kalau orang tua tak hantar, masa tu sekitar tahun 1978. Pergi sekolah pun bawa dua kupang ja. Aku tak ada keberanian nak memandai-memandai mengatur sekolah sendiri.

Tapi tahun 1984 ketika aku ke Sg Penchala mengikuti Kursus Kefahaman Islam khusus untuk guru-guru maktab, aku terserempak dengan Ustaz Pak Su ni, waktu tu kat atas kepala aku dah ada kopiah (walaupun rasa macam junjung batu) Masa tu yang rajin layan kami pelajar-pelajar maktab ni ialah Fadhil Yasin dan Abdullah Ariffin. Hujung tahun 1984 bila balik kampung selalulah berjemaah kat surau berdekatan. Masa tu kepalaku dah dililit serban nipis putih. Barangkali makbul doa Ustaz Pak Su ni, walaupun masa tu macam-macam gelaran aku dapat. Tu tak campur yang perli-perli lagi. Maklumlah mana sangka pergi masuk maktab perguruan, tapi balik jadi ‘orang Arqam’…siap pakai gamis hitam lagi. Ayah aku pulak panggil aku ‘Syeikh’. Makbul doanya…hehe.. Kena sabar. Bak kata DOREMI ..’Dugaan..’

BA: Ramai yang masuk jemaah kerana sentuhan Abuya dan orang-orang Abuya. Samada sentuhan pemikiran, jiwa, perasaan, akhlak dan sikap dan lain-lain yang membuatkan kita tak boleh lupakan Abuya dan ikhwannya.

Sumbangan SCS. Penulis adalah seorang guru tetapi mempunyai bisnes kaligrafi Islam dengan design yang kontemporari.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s