***Berani Kerana Benar, Takut…?***

ImageSalam ceria. Waktu Malaysia masih ‘menguasai’ anjang. Walaupun baru jam 7pm di Irbid, anjang dah sangat mengantuk kerana dah pukul 12am di Malaysia. Ditambah dengan keletihan berurusan di Safarah Maliziyah. Ditambah-tambah lagi dengan pekena mansef dengan salah seorang tahanan lokap Jordan. Jadi tak dapat joint program wada’ (yang tepat wada’, bukan wida’) dengan Ibu Lin. Maaf, tak larat sangat. Moga segala jasa Ibu Lin, Allah balas selama berada di sini.

Di Malaysia pula, Roadshow GISB di Sg Petani pun telah melabuhkan tirainya. Ramai yang dibuka mata hati menyaksikan berbagai-bagai keajaiban sepanjang 7 hari ekspo dijalankan. Berkat taat setaat taatnya, hati semakin kuat dengan kebenaran, maka Tuhan memperlihatkan kemeriahan ekspo ini. Terima kasih RSA, bonda Wasilah, AJK Roadshow kali ini, team GISB Zon Kedah dll. Moga roadshow akan datang lebih meriah dan berwibawa. Tuan-tuan berani kerana benar, maka Tuhan bantu dengan kelihatan meriahnya syiar Islam di ekspo kali ini. Berani jumpa MPSP untuk dapatkan permit walaupun waktu dah suntuk. Berani bertemu pihak Polis untuk permit juga, kerana tuan-tuan yakin berada dalam kebenaran. Begitu juga ke Pejabat Daerah. Berani buat ekspo besar-besaran, sewa khemah-khemah, sound system, homestay, menyediakan makan minum dan cenderahati yang ribuan RM jumlahnya, walhal sumber kewangan belum nampak dari mana datangnya. Berani kerana Allah. Berani kerana benar kata ‘hadis Melayu’.

Tapi, di waktu kita perjuangkan berani kerana benar, ada juga si penakut yang memperjuangkan ‘kebenaran’ penuh ketakutan. Sebab apa takut? Ke atau ‘kebenaran’ mereka itu tak ‘pure’ benar?! Takut kerana kebatilan.

Ada seseorang yang menggunakan nama Abdussalam At Tamimi & PIN 2806DCC2 tanpa kita kenali siapa orangnya kerana menyorokkan identitinya (takut kerana salah) sejurus selepas kita menerima requestnya, tanpa salam perkenalan dia menghantar 1 artikel bertajuk – PENCINTA BANI TAMIM.

Tak taulah anjang, sejak bila doktrin ini ditanam di dalam jemaah. Sedangkan sejak dari zaman Nabi Adam AS para Rasul AS mengajak kepada Allah dan syariatNya. Tak ajak kepada keluarga sebab itu kehendak Allah. Anak-anak Nabi sekalipun, seperti bapa manusia, anak Nabi Adam, ada yang seperti Qabil ada yang seperti Habil. Yang mana kita nak ikut dan perjuangkan. Yang taat dengan perintah Allah dan ayahnya, atau yang enggan taat arahan Tuhan dan bapanya? Begitulah seluruh perjuangan para Nabi AS, hinggalah datangnya Rasulullah saw. Dari kaum Quraish ini juga ada Abu Lahab dan Abu Jahal. Jadi adalah paling tepat kalau diajak kepada Tuhan, bukan kepada keluarga. Tapi sapalah anjang untuk didengari suaranya sebab bukan dari keluarga pilihan. Hanya penumpang di bahtera ini. Baik kita baca sendiri apa yang dipos oleh Syh Inaam At Tamimi. Wa huwwa awla bi zalik.

Inilah yang anjang dapat dari Syh Inaam, Jawapan kepada Bani Tamim yang Albab kirim kepada beberapa group BB…KEBENARAN!!! 

Kelebihan Bani Tamim memang tidak dapat dinafikan lagi. Itu adalah hadiah Tuhan untuk digandingan dengan Bani Hasyim iaitu Ahlul Bait, terutama sifat watak kepimpinannya yang menonjol. 

Tapi ingat watak ini kalau ia ke arah kebaikan hasilnya baik, Islam menjadi mantap dan kuat. Tapi kalau bukan kepada kebaikan ia akan membawa kepada kehancuran Islam itu sendiri. 

Siapa tak kenal Muhammad Abdul Wahab At Tamimi. Iaitu pengasas fahaman wahabi. Dia dari Bani Tamim. Tapi apa yg telah dia buat? Bukankah bersekongkol dgn penjajah dan Yahudi ketika itu? Ini fakta yang sangat jelas. Jadi Bani Tamim yang dipandu sahaja dan kekal dalam didikan ABUYA yang boleh dipakai dan menjadi kemegahan untuk Islam. Bukan dari Bani Tamim yang dah melencong dari garis panduan Abuya. 

Bani Tamim yang jadikan Abuya itu dari ayah yang satu, kepimpinan yang satu, pakaian yang satu, akhlak yang satu, prinsip yang satu, menjadi batu bata dalam perjuangan. Sama sekali tidak menjadikan musuh sebagai kawan di dalam perjuangannya. Inilah Bani Tamim jadi ikutan kita. Jika tidak kita akan menanggung kerosakan yang ratusan tahun belum mampu dibaiki seperti yang wahabi lakukan.

Terima kasih Syh Inaam At Tamimi. Mari kita teruskan cita-cita Abuya dalam semua bidang. Jangan peningkan kepala menyimpan contact yang kita tak tau siapa dia? Selain TT, ekspo Saham Akhirat, bahan untuk TVRSA, bahan buletin, untuk akhbar… sekarang kita sedang diajak memertabatkan Bahasa Arab. Seronok lihat batch pertama Jamiah Ad Dirasah Al Arabiyah RSA Ummul Qura. Moga kami dipimpin menirunya di tempat masing-masing.

Mzb

Duwwar Qubbah, Irbid.

5.05am, Sep 24, 2012

Advertisements

4 thoughts on “***Berani Kerana Benar, Takut…?***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s