Teman dibesarkan dengan majalah-majalah Al-Arqam inilah!

.Teman masih ingat sewaktu kecil di Kampung Balun dulu..

Selalu teman tertunggu-tunggu ketibaan geng-geng berjubah hijau dan putih.

Selalunya budak-budak kecik je.. mungkin dalam darjah 1-6.

 

Menziarah rumah-kerumah membawa majalah-majalah Islam yang sangat menarik dan bermanfaat! Dan selalunya teman akan direct menge’pow’ opah atau atuk untuk membeli majalah mereka. Majalah kegemaran teman ‘Al-Ain’ hanya RM1 senaskhah rasanya..

 

Allahuakbar! Teman dibesarkan dengan majalah-majalah Al-Arqam inilah!

Habis baca Al-Ain, teman baca An-Nasihah milik mak sedare teman..

Habis tu baca Al-Mukminah mak teman punya!!

 

Memang setiap kali ketibaan mereka yakni geng budak-budak berjubah itu datang adalah antara saat yang sangat menggembirakan!

 

Mungkinkah saat-saat itu akan turut dirasai oleh generasi akan datang?

 

Selagi UMNO memerintah! silap-silap MUSTAHIL!

 

Pada teman, UMNO lebih sesat dari Al-Arqam!

Sewaktu teman tinggal di Bandar Country Homes, Rawang, selalu teman ke Pasaraya Ikhwan untuk mendapatkan bekalan makanan basah yang sangat-sangat teman yakini kesuciannya!

Mee kuning, fishball, bihun, sos,kicap,tauhu dan segala aneka barangan makanan buatan Umat Islam yang halalan lagi tayyibah!

 

Malangnya, dibawah regim Khir Toyo yang diketuai oleh Panglima UMNO Rahman Palil..

Mereka menghumbankan semuanya ke dalam tong sampah!

 

Anak sulong teman pun nyaris-nyaris tak dilahirkan di Poliklinik Ikhwan, bandar Country Homes..

 

Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad@ Abuya.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya..

 

Sekurang-kurangnya, arwah banyak berjasa dalam meninggalkan kesan bagaimana Perniagaan bercirikan Islam berfungsi dan berkesan!

 

Kesilapan Al-Arqam hanyalah apabila Abuya mengatakan bahawa dia akan menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri! Kalau tak sebut macam tu, kompom!

Al-Arqam ada sampai sekarang!

———————————————-

 

Salam pada semua. Post kali ni bukan dari student Arqam tapi dari seorang yang membesar di era Al Arqam… Aku amik dari blog dia. “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ Tak caya? Surf sendiri la!!!. 

 

Aku Budak Balun: Thursday, May 13, 2010

————————

http://budakbalun.blogspot.com/2010_05_13_archive.html?m=1

——————————————— 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s