glamour tapi penakut, nasib baik tak ada cctv

..Glamour tapi penakut…

Nasib baik tak ada cctv

Mula-mula ana memasuki jemaah Arqam ialah pada tahun 1993. Ana ditempatkan bersekolah di MAKSI Sg Serai. Madrasah yang menempatkan Nadamurni. Antara kelainan budak-budak Nadamurni yang ana nampak daripada budak-budak Arqam yang lain ialah mereka memakai kasut kulit berwarna hitam yang sentiasa berkilat, jubah hijau/hitam yang sentiasa bergosok dan serban Jordan yang diikat bulat hingga boleh digolekkan macam tayar (lepas pi Jordan baru ana tau kain serban tu biasanya perempuan Arab pakai untuk jadi selendang musim sejuk). 

Pada masa tu yang ana tau semua budak Arqam tak boleh pakai kasut. Kadang-kadang bila ikut Nadamurni pergi singgah kampung-kampung Arqam yang lain, bila turun van Nadamurni, semua pelajar-pelajar di situ dok kerumun nak salam dsbnya. Terasa juga glemer… walaupun hanya glemer peringkat kita dan hanya berbekalkan kasut hitam. Tapi masa tu memang Nadamurni dah terkenal juga pada masyarkat luar kerana show-show Malam Kebudayaan Islam hingga ada yang dibuat di stadium. 

Teringat Abuya cakap: “Kita kalau miskin jangan sangka dah tak ada cinta dunia..mungkin sebab dunia tu tu tak ada pada kita.. Kena berkorban untuk buang cinta dunia tu walaupun hanya RM1 yang ada.” Mungkin sebab tu pelajar Arqam hanya pakai selipar… Latihan menghina diriam membuang sombong dan cinta dunia. 

Teringat juga awal-awal ana masuk MAKSI tu, ana dijadikan ketua usrah. Anak-anak usrah pelajar form 1 hingga form 3. Ada 6 ketua usrah termasukla Wan Badri dan Abi Amin. Kerja ketua usrah antaranya kena pastikan budak-budak dah bangun dan sempat selawat sebelum solat Subuh. Jika ada yg tak sempat selawat alamat akan kene berdiri lepas solat dan dihukum. Dan ajaibnya sekolah Arqam sebab kebiasaannya hanya ada 1, 2 orang yang akan dihukum daripada keseluruhan sekitar 80 orang pelajar. Padahal depa ni kalau yang grup ‘hyper’, ada yang jenis sanggup tidur menyorok bawah meja kelas yang rendah tu.

Asrama MAKSI ni bangunan kayu 3 tingkat, tingkat 1 dan 2 adalah kelas-kelas manakala tingkat 3 adalah asrama. Kolah mandi dan tandas terletak di bawah dan agak menyeramkan kalau malam-malam. Lagi-lagi la pada budak-budak kecik. 

Jadi ada satu hari, pukul 4 ana bangun la untuk kejutkan depa, tetiba ana tengok ada selonggok ‘benda’ di depan kaki lima asrama. Bila di teliti betul-betul, oopppsss!! Rupa-rupanya seketul tahi! (Selonggok taik orang) Rasanya ada pelajar yang takut turun ke tandas dan berak di situ. Tapi tak dapat nak kesan sapa yang buat sebab masatu tak de cctv. Nak marah pun tak guna, jadi gelakkan je la.

Sumbangan TRA. Sekarang seorang tokoh pendidikan dan bisnes. Berulang-alik Malaysia-Australia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s