Hantu Sg Jelai

Saya mula masuk sekolah Arqam masa sekolah rendah lagi, kecik-kecik lagi dah kena duduk asrama, mmmm… Apa lagi asyik menangis je lah ingat kat mak… Sebulan dua je pastu ok dah… Masuk sekolah menengah kena hantar lagi jauh la alamatnya…

Masa zaman Arqam dulu asrama agak dhoif tak macam sekarang nak buka lampu, petik je suis. Nak mandi, pulas je kepala paip, kadang-kadang sampai membazir pulak, maklumlah senang semuanya… Dulu tak, waktu malam je baru ada lampu, itu pun guna generator. Ada had limit pulak, sampai pukul 10.30 malam je… Pastu dah bergelap.

Kalau nak guna air pulak pakat-pakat bawa baldi, gi cedok air sungai… nasiblah …

Satu cerita, kira tak dapat dilupakan. Di Kg Air Putih Dangi, Jarak antara asrama ke sungai kira 150m. Antara asrama ke bilik air pulak dalam 200m. Tengah malam kalau nak ke bilik air pakai lampu suluh je. 1 malam rasa nak ke bilik air, kejutlah member sebelah ajak teman mula-mula dia ikutlah jalan bersama oleh kerana perut dah sakit, saya jalan dululah dari dia. Dah selesai saya pun panggil-panggil dia. Oleh kerana gelap suluh punya suluh tersuluh 1 benda putih tergantung kat zink bilik air. Yang kawan tadi dah tak de rupanya dia dah patah balik asrama waktu saya dalam bilik air tadi. Apa lagi, tak cukup kakilah berlari ke asrama. Esok kecohlah kata nampak lembaga kat bilik air. Bila ketua pelajar pegi siasat rupanya telekung yang tersangkut kat zink bilik air tu… =D =)) ({})

Sumbangan: IZ

Advertisements

One thought on “Hantu Sg Jelai

  1. Assalammualaikum&Selawat dari ana.Err,”tak cukup kaki lah berlari….”.WAKAKAKA.Astaghfirullah Hal Azim.Alhamdulillah,dapat juga lari.Kalau lah ana,pada waktu tu,DAH JAM DAH.JAM HABIS TAU.HEHEHE.Syukran,Ustadz,Syukran.Fi Amanillah,Syukran,Selawat & Salam dari ana {masih ketawa ah}.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s