Ust Ashaari Kejutkan Subuh

Ust Ashaari kejutkan Subuh

Pemergian bersama kawan-kawan sekolah ke Kursus Kefahaman Islam anjuran Yayasan Arqam pada Disember 1976 amat memberi kesan yang mendalam dari segi kesedaran beragama serta pengamalannya.

Kami yang terdiri daripada 5 orang ahli jawatankuasa Persatuan Pelajar Islam (PPI), Sekolah Menengah Teknik (TI) Kuantan yang telah mendapat hidayah semasa menguruskan program keagamaan pada minggu suaikenal di mana pengisiannya oleh penceramah dari Yayasan Arqam, telah pergi menaiki bas ekspres Kuantan – Kuala Lumpur bersama Ust Razak Bakar dan berehat di Masjid Jamek Kuala Lumpur (dekat sungai).

Selepas Isya’ kami menaiki bas Sri Jaya menuju Sg Penchala. Dalam keadaan bas yang penuh sesak melalui jalan berliku dan ketika itu hanya sebuah rumah yang nampak berbalam-balam dalam ladang kelapa sawit, sekarang ini Taman Tun Dr Ismail.

Dalam keadaan pening dan keliru, kami sampai di Sg. Penchala dan turun dekat masjid. Kami berjalan menyusur rumah-rumah kampong serta pokok-pokok getah. Sementara menunggu urusan penginapan, kami dari luar surau, dapat mencuri-curi dengar Us. Ashaari sedang memberi ceramah bertajuk perbandingan dunia dan akhirat. Ketika itu, Us. Ashaari memakai jubah serban serba putih.

Akhirnya kami ditempatkan di satu bangunan rumah separa siap dan oleh kerana terlalu letih, kami pun tertidor.

Kenangan PERTAMA yang paling tak boleh dilupa iaitu apabila tiba waktu hampir Subuh, saya dikejutkan seseorang untuk bangun. Semasa menoleh kepada si fulan itu, barulah saya sedar bahawa yang mengejutkan itu adalah Us. Ashaari sendiri dan kami bertentang mata, jelas nampak celak beliau sambil mata merenung tajam (tak tahulah apa yang difikirkan tentang budak sorang ni). Tapi kenangan inilah yang terpahat dalam minda dan peristiwa inilah yang menjadi kekuatan semasa saya diuji sepanjang melalui liku-liku kehidupan ini.

Kenangan KEDUA pula apabila kami pulang ke TI dengan semangat baru, kami berpakat untuk membotakkan kepala agar dapat dikekalkan memakai serban ketika bersekolah. Kami semua pun mencukurkan kepala dan memakai serban putih. Kami merasa ok sebab ketika itu, Guru Besar sedang menjalankan operasi rambut panjang. Semasa memeriksa rambut pelajar oleh beliau, dia berkata,
“Memanglah saya minta murid-murid tidak beramput panjang tapi saya tak suruh botakkan kepala.”
Katanya dengan loghat Bangladeshnya. Semua orang ketawa…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s