Akibat Bisikan

.Budak Arqam

————————

http://budakarqam.blogspot.com/2012/09/akibat-bisikan.html?m=1

 Ana masuk Arqm pada 11/1/84 di Sg Penchala. Ketika itu Ust Abdullah handle budak-budak baru masuk Arqam. Lepas daftar dalam seminggu, Ustaz Lah tanya, “Siapa nak pegi Bt Hampar dan Melaka? Ana pun pilih Melaka sebab dapat bisikan-bisikan entah dari mana, Melaka makan sedap dan Bt Hampar miskin makan tak sedap. 

Pada hari yang ditetapkan untuk pegi Melaka, ana pun bersiap bersama dalam 10 orang naik Van Ford tayar belakang double tu. Al maklum, tak biasa naik kenderaan, biasa di kmpung naik basikal je. Perjalanan waktu malam dalam 3 jam je, tapi ana rasa nak mati untuk sampai ke Melaka, bukan main seksa, kenapa? 

Sebab tak de kerusi langsung, main hampar tikar getah gulung macam di masjid-masjid tu je. Tak pe lagi, ana ni pulak, tak biasa naik van, dengan tergoyang kiri kanan, tak tahan mabuk. Tak semena-mena tiba-tiba termuntah!! Sudahhhh… Habis kawan-kawan kena muntah ana. Macam nak mati dah dibuatnya, tak tau apa nak jadi lepas ni!, 

Bila Ust kata kita dah sampi Melaka, Ya Allah, leganya. Beberapa hari duk Melaka, ternyata bisikan itu benar. Makan di sini sedap. Maklumlah di kampung ana, tak pernah makan sedap, makan beras kuning terendam lauk ikan masin bakar je, kena di Yayasan Arqam Alai, Melaka. Tiap-tiap pagi roti azan (sekarang macam roti Gardenia la). Wow! makan tenghari, jangan cerita, tentu sedap. 40hari je di Yayasan Arqam Melaka ni, pipi pun tembam.

Itulah peristiwa yang tak dapat dilupa, mabuk dan muntah di dalam van, tapi Allah ganti dengan nikmat yang berpanjangan. Terima kasih ABUYA 😥

Sumbangan IGA. Sekarang penulis bertugas di GISB Frankfurt, Jerman. Naik turun kapal terbang la. Tak main la van Ford tayar double.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s