Ujian pertama: 2 minggu minum air paip jer!

.Ujian pertama: 2 minggu minum air paip jer! | Budak Arqam

———————–http://budakarqam.blogspot.com/2012/09/ujian-pertama-2-minggu-minum-air-paip.html?m=1

 Pada tahun 1986, ayah ana adalah seorang simpati jemaah Al Arqam, ayah sangat berkenan dengan sistem pendidikan Arqam. Setelah kembali dari Kursus Penghayatan Islam di Sg Penchala hujung 1985, bila berjumpa dengan Syh Fakhrur yang datang ziarah ke rumah ana di Kompleks Pertanian Lekir, Sitiawan, ayah ana terus dengan penuh semangat nak buat serahan anak ke sekolah jemaah. SFR tanya, “Darjah berapa?” Ayah ana jawab, “Anak darjah 2”. SFR tanya lagi, “Dah pandai basuh baju ke?” Ayah ana tanya ana, ana jawab, “Tak pandai lagi.” SFR kata, “Tunggu nanti bila dah pandai basuh baju, baru masuk sekolah ni.”

Maka ana tunggu sampai habis darjah 6. Ketika itu kami dah pindah ke Brunei. Dari Brunei tahun 1991, mak dan ayah ana hantar ke Bt Hampar, dalam pertengahan bulan Ramadhan, setelah ana ‘dah pandai basuh baju’. 

Maka ana pun di nasihatkan untuk bersabar. Belajar hadapi kesusahan, tak sama dengan kemewahan di Brunei. Ya, ujian yang pertama pun sampai. Bila sampai waktu buka puasa, kawan-kawan yang baru kenal dan abang-abang yang baik hati seperti Abg Hafiz (Syria), Abg Habib Yakin, Abg Hazlan BG ajak berbuka di surau, maka sebab ana tak tidur di asrama, Ana tidur di surau sepanjang Ramadhan. 

Bila dekat Subuh abang-abang kejut bangun Subuh. Ana tengok tak ada sapa pun makan. Jadi ana minum jelah air paip kat kolah tepi surau tu. Dari mula masuk Yayasan Arqam Bt Hampar, sampai dah nak habis Ramadhan, ana minum air paip kolah. Pada suatu malam selepas habis tarawih, kira dah nak habis Ramadhan, Abg Hafiz ajak ana makan malam di dewan makan. Barulah ana tau, Rupanya ada makan malam dan sahur. Sebab selama ni dah dekat 2 minggu ana hanya makan buka puasa dan sahur air paip kolah je. Tapi ana tak marah pun, Redha jer.. He he.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s