***Suratul Fatehah*** 

ImageSalam ceria. Terima kasih yang tak terhingga kepada Bonda Ummu kerana sudi berkongsi ilmu-ilmu yang mendidik jiwa untuk membaiki kualiti sembahyang kita semua. Mudah-mudahan ia menjadi panduan kepada anjang dan sekalian pembaca. 

Al Fatehah adalah ibu Al Quran. Kita ingin pastikan sebelum kita mati, kita ‘jadi’ Al Quran, diri kita itulah Al Quran seperti berlaku kepada Abuya. Al Fatehah adalah himpunan iman, percaya, yakin, takut, cinta dan perjuangan. Umat Islam kena jadikannya prinsip hidup dan pegangan hidup iaitu berusaha untuk sentiasa bersama Tuhan, mereka terlalu yakin dengan hari akhirat dan terlalu yakin bahawa hanya Allah yang menguasai hari tersebut. Justeru itu mukmin akan sentiasa berjanji pada dirinya untuk menjadikan Allah itu segala-galanya. Cita-cita hidup matinya adalah Allah. Allah itulah yang di tuju. Tiada yang diminta melainkan kepada Allah. Mereka sangat mengharapkan mereka dipimpin ke jalan yang pernah Tuhan anugerahkan kepada pada para kekasihNya sebelum ini. Mereka sangat takut tidak diberi peluang berada di jalan lurus ini. Mereka bimbang kalau-kalau jalan nafsu, yahudi, nasrani dan lain-lain itu yang mereka tempuh. Membaca Al Quran adalah beriman dengan Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang. Tuhan adalah ‘owner’ sekelian alam. Tahap kepercayaan itu sangat mendalam sampai sanggup mati mempertahankannya. Mereka sangat pemurah, terlalu berpegang kepada satu kehidupan iaitu di akhirat; bagaimana Tuhan memerintah , memberi keadilan kepada hamba-hambaNya. Orang mukmin itu mengabdikan dirinya kepada Allah semata-mata dan tidak ada tempat bergantung melainkan kepada Allah. Sangat berharap untuk dapat melepasi ‘siratol mustaqim’ iaitu satu jalan yang sangat halus, panjang yang merentang di atas neraka. Di dunia pula mesti ikut jalan Nabi Muhammad saw yang mana untuk zaman ini, dipilih Abuya sebagai seorang yang diberi pimpinan supaya mmbentangkan jalan hidup Rasulullah saw untuk dikuti. Rupanya, hakikat hidup orang mukmin itu ialah perjuangan mendapatkan Tuhan dan membebaskan diri daripada belenggu nafsu, syaitan dan yahudi. Menjadikan Tuhan itu sangat mencatur serta tempat rujuk dalam kehidupan dan perjuangannya. Dalam melaksanakannya di zaman ini, Abuya didatangkan membawa peribadi Al Quran. Selama 44 tahun perjuangan Abuya, sunnahnya, tradisinya, dia dimusuhi. Mula-mula sekali yg menjadi musuh yang kuat ialah Akbar Anang. Pada tahun 80an pula, Abuya diberitahu target bahawa Abuya akan jadi PM Malaysia. Abuya cakap perkara itu kepada ramai orang supaya musuh tahu hal ini dan mereka di ‘tawarkan’ cubalah jika nak halang; kuasa Tuhan pasti menang. Masa tu cemas; Hal ini rentetannya SB cerita dan kisahkan kepada Ummu dalam ISA. (Kata mereka Abuya melayan Akbar Anang, kalau 10 orang ada macam Akbar Anang ni maka jatuh Malaysia) Maka dihantar pula seorang ulamak iaitu Ust Mokhtar Yaakub. Dengan dibantu oleh media, maka hebuh hal tuduhan sesat dan minta Abuya menjawabnya. Abuya mengumpul bahan selama 40 hari. Buku dah siap sedang tunggu keputusan Abuya untuk cetak tapi Abuya belum ada hujah hal menetapkan IM sebagai bukan akidah. Ketika itu, Abuya ajak BUJ masuk hutan. Ummu kata, “Takkan kita nak tinggalkan anak buah, takkan kita nak selamat diri seorang.” Tiba-tiba macam ambil atas angin saja, Abuya sambar sebuah buku keluaran BHEIS, tunjuk kat Ummu ‘Ha! Ni buku yang ada hujah menetapkn IM bukan akidah’ Ia sangat membantu. Terjawablah hujah Mokhtar Yaakob. Sanggup dia bersama kerajaan untuk hancurkan sebuah cita-cita Islam. Harun Din pula sokong Mokhtar Yaakob. Dia juga berkata kepada adiknya Khadijah Din; ‘Kalau bergaduh dengan Mahathir, kau nak makan apa?’ Itulah akidah dia yang dianggap benar’ (akidah Arqam dituduh sesat) Anggap rezeki di tangan kerajaan tapi tetap baca Fatehah macam org lain. Sedangkan sangat terang lagi bersuluh, REZKI KITA DITENTUKAN TUHAN BUKAN MAHATHIR. SB yang kuliahkan Ummu tu berkata; ‘Pertembungan Abuya dengan yang lain-lain (pemimpin dalam Al Arqam) boleh lepas tapi dengan Mahathir tak kan boleh lepas!’ Tetapi apa yang berlaku berbeza dari sangkaan mereka. Rupa-rupanya ISA dikalahkan oleh Abuya kerana Abuya terus menang dan perjuangannya berkembang sedangkan ISA sudah dihapuskan. Mahathir pula, setelah melihat bukan setakat kekuatan ekonomi, malah kekuatan tentera Saddam sekalipun kalah berhadapan AS, akhirnya menjadi orang yang simpati dengan Abuya. Semua yang berlaku membenarkan kata Abuya bahawa imanlah kekuatan umat Islam sedangkan Mahathir yakin ekonomilah kekuatan ummah. 

Demikianlah Tuhan suka nabi-nabi isytihar kewujudan mereka untuk melihat siapakah yang mahu menentang kebenaran yang pasti kemenangan akan berpihak pada kebenaran. Ini kuasa Tuhan. Setiap kali diranapkan dan diuji tapi dapat terus bangkit berkali-kali sehingga manusia yakin dengan kuasa Tuhan. Membenarkan hadis Rasulullah saw, “Akan sentiasa ada satu toifah dari kalangan umatku, yang sentiasa menzahirkan kebenaran. Ia tidak akan dapat dikalahkan sesiapa yang menentangnya hingga datang ketentuan Allah.”

Hebatnya cara Tuhan, 2 tahun RSA berjaya buktikan Abuya masih hidup bukan satu kerja senang. Abuya buktikan jemaahnya membesar sampai ke Haramain. Kuasa dari timur sudah datang. Kita boleh berkumpul di istana ini disembunyikan oleh warga Saudi yang tahu misi kita untuk tabalkan Imam Mahdi. GISB datang dalam keadaan dihargai oleh Rasulullah saw. 

Mudah-mudahan Allah selesaikan segera segala kemelut ujian yang berlaku sekarang dengan cara yang paling indah. Semuanya selamat, bersatu di bawah tali Allah. Selamat dunia, lebih-lebih lagi selamat serta berbahagia di Akhirat kelak.

Ampun maaf.

Musolla JPM, Segambut.

9.18pm, Sep 12, 2012

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s