***Panduan Hadapi Ujian – i***

Salam ceria. Moga-moga hati kita dipegang untuk terus bersama Tuhan memperjuangkan kebenaran di akhir zaman sedangkan tak ada jemaah lain kita harap melakukannya seperti jemaah ini melakukannya. Syukur kepada Allah kerana dapat bertemu dalam suasana yang kita rasa sedih kerana berlaku ujian, berlakunya ada yang terpisah. Kita faham dalam jemaah Abuya ini, setiap ujian itu ada kebaikan, setiap ujian itu ada keberuntungan sebab jemaah kebenaran ini sesuai seperti yang apa yang Allah sebutkan: 

“Inna ma’al ‘usri yusra”, ertinya, “sesungguhnya setiap kesusahan itu, setiap ujian, kesukaran itu ada kemudahan, kesenangan-kesenangan, keberuntungan-keberuntungan”.

Namun sewaktu kita melalui ujian, itulah waktu-waktu kritikal yang kita sangat-sangat perlu bersandar dengan Allah, mengharapkan pimpinan roh daripada baginda Rasul, Saidi dan Abuya supaya kita tak kecundang pada setiap kali ujian yang mesti kita lalui.

Mari kita sama-sama merintih, munajat, berdoa, bertawassul, hantar power supaya sebesar manapun ujian yang kita kena lalui, kita dapat lalui dengan jayanya dan tidak ada kerugian melainkan semuanya keuntungan belaka untuk jemaah, diri, keluarga dan kawan-kawan semua. 

Jemaah bukan semakin lemah tapi semakin subur, kuat kerana memang ujian itu Allah sebut,

“Apakah kamu menyangka kamu telah beriman sedangkan kamu belum diuji.” 

Ya, dah uji, baru tahu. Bagaimana kita mampu menyerahkan diri pada Allah, mampu sabar, redha, memberi maaf dsb. 

Sebab itu dalam jemaah Abuya, kita jemaah tarikat yang sangat berbeza dengan tarikat yang lain. Tarikat lain bersuluk, berbeza dengan kita. Dr Mahmod bersuluk nuuuun di tengah padang pasir, nak berhubung tak boleh. Bila dia pegi padang pasir, Atiyyah tak boleh contact, sebab tak ada line, begitu suluk dia. 

Ada seorang pelakon tu, tempat suluk dia, dia korek kubur, tutup atas, nak dekatkan hati dan perasaan dengan kematian dsb. Dekat dengan Tuhan. Kalau jemaah mereka ada kedai runcit, sepanjang suluk tu kedai tutuplah, sebab siapa nak jaga?! Dia dok dalam kubur.

Abuya kata, jemaah Abuya jemaah tarikat yang suluknya berbeza. Suluk jemaah Abuya di projek-projek. Bila wirid umpamanya baca, ‘Laqad jaa kum Rasul…’ Cerita tentang kedatangan Rasul. Di zaman tiada Rasul, ada Rasul lir Rasul, juga cerita bagaimana kita nak bersikap terhadap orang mukmin, bertolak ansur, bantu membantu, maaf bermaafan, berkasih sayang sesama kita. Jadi Abuya kata suluk kita di premis. Abuya kata, memanglah mazmumah dah lawan-lawan tak lah macam dulu. Katalah dulu 100%, dah Abuya didik dengan wirid, keberkatan jemaah, semuanya berkat PBT dan I’m, maka kuranglah mazmumah. Kalau dulu pemarah 100%, tinggal 80%, 70%….mungkin turun sampai 50% dan lain-lain mazmumah seperti hasad dsb. Tetapi bila dah terkumpul, mazmumah yang sikit-sikit, sikit seorang, sikit seorang, kumpul jadi banyak.

Sebab itu Abuya cakap, kalau kita nak berdepan dengan musuh lagi mudah. Sebab kita tau dia musuh. Tapi yang tak tahan, bila sama-sama kawan, di premis itulah suluk kita. Katalah di premis tu mazmumah kita panas baran, seorang lagi mazmumah dia, culas (cuai dan pemalas). Kita buat-buat kerja, seorang lagi culas, kita naik panas baran. Akhirnya bergaduh. Itulah suluk kita, menahan diri dari gaduh. Wirid-wirid hasilnya, buahnya, dalam menjalankan kerja-kerja perjuangan. Sangat berbeza dengan jemaah-jemaah lain. Sebab tarikat kita tarikat pejuang akhir zaman.

Yang Abuya kata, kita nak buat semua kebangkitan Islam akhir zaman ini, kita bermula dari zero. Pernah Syh Ma’sum cerita, dia bersembang-sembang dengan Abuya di Bukit Beruntung, rumah tamu lama, cerita bagaimana nak bangunkan ekonomi Islam, apa pandangan Syh Maasum. Syh Maasum kata rasa macam nak terkopak kulit kepala, nak tukarkan sistem ekonomi yang ada ini kepada sistem ekonomi Abuya, Saidi, Rasulullah (RSA) dan Tuhanya. Abuya kata bukan terkopak kulit kepala, matiii. Mati hidup balik barulah boleh buat. Mati ‘start’ balik dari ‘zero’. Jadi tak cukup suluk-suluk di liang-liang lahad. Tapi suluk kita di gelanggang perjuangan dan di situlah kita di uji. Kita diberi berbagai-berbagai assigmnt. Bahkan dalam jemaah ini Abuya cipta lagi ujian contohnya poligami. Tak pasal-pasal ketika itu, bangunan 10′ playwood 8′ saja, yang patut tambah tu tak tambah dah. Tak cukup bajet. Jadi pakai 8′. Atas tu berlubang. Tengah-tengah malam bantal dari sebelah terbang masuk bilik. Mujur bantal. Kalau peti ais, kalau lesung batu!!!, tak ke haru. Tengok-tengok kat hospital. Itulah Abuya ciptakan ujian. Memang untuk proses kita. Jangan kita tak tau. Setiap ujian dalam jemaah semua untuk proses kita. Sejauh mana kita dapat melaluinya dengan sebaik-baiknya.

Dan dalam konteks apa yang berlaku sekarang, kita kena minta Abuya ajar kita macam mana nak melalui ujian ini. Bukan mudah, bukan senang. Sebab ujian yan datang… ingatkan ISA itu maksimum. Rupanya ISA tak maksimum lagi, ya lah, kemuncaknya kita akan berdepan dengan dajjal yang ketika itu Abuya kata, sapa imannya, iman ayyan setakat orang soleh…kantoi!!!Bak kata remaja. Dia akan kafir selama 40hari 40 malam. Hanya ikhwan dan Asoib sahaja yang berjaya, minimum Asoib baru melepasi ujian dajjal. Ya lah, apa tidaknya. Jika dia pegang nak amik air, dapat air, tapi pada orang mukmin, dia amik, tiba-tiba air itu jadi batu. Tak boleh nak minum. Itu contohlah. Sihirnya cukup kuat. Yang ada sekarang pun dah pelik-pelik dah. Kalau kita tengok ahli-ahli sihir, ahli-ahli sihir sekarang, magician bukan magician yang biasa-biasa. Ni yang international, memang dia buat tu di ‘luar’, bukan ilusi lagi, realiti. Memang itu sihirlah. Dia kerat tangan pakai mesin. Dia buat di tepi jalan bukan di pentas dengan peralatan silap mata. Semua itu dia buat di jalan, dia punya show. Sambil-sambil jalan dia rakam, jadi dia jual dia punya rancangan tu. Dia bawa group. Dia ambil seorang pegang tangan ambil mesin, dia kerat. Darah melilih-lilih, mengalir!!! Putus tangan!!!. Dia kata syaratnya berani dan jangan buka mata, orang lain tengok. Nanti dia arah, angat jari telunjuk, orang itupun angkat. Sampai macam itu lah. Lepas itu dia boleh sambung balik. Ada satu tu di buat di taman, putus badan!! Orang yang diputuskan tu, kaki terputus dari badan, dia tengok, terus dia tarik bawa lari. Terkejut dia. Itu magician yang ada sekarang, belum dajjal lagi. Jadi, minimum qualification untuk lepasi dajjal ini yang kita dah di ajar diulang2 dalam tahiyyat itu. 

“Wamin fitnati masihid dajjal.” Memang sejak dari dulu dah di jadikan budaya, amalan salafussoleh sampailah ke hari ini. Sedangkan usia dah lebih 1000 tahun mengamalkan doa itu, berlapis-lapis keturunan dah menunggu dajjal, dajjal tak mai lagi. Sejak itu diajar-ajarkan. Cuba nak tolak fitnah dajjal ni.

Jadi sebelum nak sampai ke dajjal, kita dah melalui berbagai-bagai ujian untuk tingkatkan roh kita. Tingkatkan taqwa kita, tingkatkan hubungan hati kita dengan Tuhan. Bila berlaku ujian demi ujian ada yang melepasinya, ada yang tak melepasinya, ada yang jatuh dapat bangun semula. Ada yg jatuh terus hilang. Kali ini kita diuji lagi sepertinya jemaah ini terpisah dari sebahagian keluarga Abuya. Yang utama-utamalah. Jadi kerja kita sekarang ni beratlah. Berat. Mintalah dari Abuya, RSA, Nur Muhammad, hakikatnya mintalah dari Allah supaya ujian ini di selesaikan, supaya tempoh kita di uji tak lama. Ujian kita tak boleh elak, kena lalui tempoh ini. Moga semuanya meningkat. Kalaulah Abuya pernah cakap Zabidi zaman daulah, dia pun ikut jemaah balik. Ikut Abuya balik. Sedangkan kita tengok dia pun dah geram dah, subur mazmumah, tapi Abuya kata ikut balik. Tapi Abuya kata nak bagi tanggungjawab dah tak boleh. Sebab orang dah tak percaya. Sebab dia dah pukul mursyid. Tapi Abuya terima dia ikut balik. Inikan pula keluarga Abuya. Keluarga-keluarga yang penting, yang utama, yang Abuya didik sejak dari kecil sampailah ke usia hari ini. Jadi kita kenalah sangat memanggil-menggil Abuya supaya semua tamat dengan selamat. Jangan-jangan memang Abuya buat ini semua untuk menguji dan menyaring. Memang setiap kali berlaku ujian berlakulah saringan. Berlakulah peningkatan. Ada yang meningkat-ningkat melalui ujian. Ujian ISA ramai yang tersaring, pemimpin yang besar-besar yang boleh bercakap dari pukul 8 pagi sampai 11, 12 tengahari tanpa henti. Lepas zohor sambung sampai 3 ptg. Kalau Hasyim Ahmad tu, dia bercakap dari pagi sampai menjelang zuhur tak mengantuk kita. Boleh tunggu,memang dia cakap orang suka dengar. Masanya dah berlalu. Dan dia dah meninggalkan jemaah. Jadi ada yang meningkat, ada yang berlalu begitu saja. Sejarah perjuangan beginilah. Ini dibuat untuk kita. Sepatutnya dengan ujian, makin dekat dengan Tuhan. Sebab itulah dalam pesanan RSA melalui Bonda Ummu kena kuat dengan Tuhan. Makin kuat dengan Tuhan supaya akhirnya kita diberi faham, diberi kekuatan, diberi peningkatan melalui ujian ini.

Terima kasih Syh Lokman, terasa mendapat kekuatan mendengar ucapannya ini. Mudah-mudahan anjang dapat kongsikan ucapan para pemimpin GISB yang lain dalam mengharungi ujian perjuangan ini di post akan datang.

Ampun maaf.

Rumah BCH.

5.17pm, Sep 8, 2012Image

Advertisements

One thought on “***Panduan Hadapi Ujian – i***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s