***Pentadbiran Negara dalam Sembahyang Berjemaah***

Image.Salam ceria. Ya Allah, dengan berkat kekasih-kekasihMu, terimalah sembahyang kami yang tidak sempurna ini. Ya Allah, anugerahkan kami khusyu’ di dalam sembahyang. Istiqamahkan kami solat berjemaah di awal waktu. Agar pandai kami yang tersangat hina ini beradab di majlisMu yang mulia. Sudah terlalu banyak panduan yang Abuya beri tentang sembahyang memandangkan ianya sangat penting kepada semua muslim, lebih-lebih lagi para pejuang. Mendirikan sembahyang berbeza dengan hanya bersembahyang. Allah sendiri banyak menggunakan perkataan: ‘Aqimus solah’ yang bererti ‘Dirikanlah oleh kamu semua akan sembahyang’ bukan hanya ‘Sollu’ yang bererti ‘Bersembahyanglah kamu semua!’. Kerana dalam perintah Tuhan ini mengandungi ribuan hikmah dalam pelbagai sudut kehidupan hamba-hambaNya.

Mendirikan sembahyang itu adalah umpama menjalankan sebuah pentadbiran kerajaan Tuhan. Ketuanya Imam dibantu oleh muazzin (bilal), sepatutnya berada lebih awal di saf, selepas panggilan dilaungkan untuk membuat barisan. Imam dan bilal berbaris bersama makmum yang lain. Setelah itu mereka keluar dari saf untuk memastikan barisan saf dari depan hingga ke belakag lurus dan tidak menganggu laluan orang ramai. Setelah selesai barulah imam dan bilal megambil tempat semula dan iqamah bermula. Suara imam dan bilal pula mestilah jelas dan kuat ketika mengimamkan sembahyang, bacaan doa, wirid dsbnya. Ini juga adalah latihan sebagai ketua atau pemimpin kerana seorang ketua mesti jelas suaranya supaya anak buah faham dan tahu apa arahan yang perlu diikuti. Atas nama latihan, imam dan bilal hendaklah digilir-gilirkan. Barulah dikenali kelemahan-kelemahan samada bacaan atau pegerakan. Bacaan yang jelas dan kuat membantu makmum menghayati sembahyang dan membolehkan imam ditegur kelemahan bacaannya. Pernah ketika di Istana RSA, BUJ berkata, “Kita di negara yang penduduknya berfahaman wahabi tetapi bacaan Al Quran mereka sedap. Tapi ada diantara kita, bacaan Quran macam muallaf!”. Maka bergegaslah imam yang ditegur mempelajari dan memperbaiki bacaannya hingga layak mengimamkan sembahyang.

Bacaan terutama dalam surah Al Fatehah kenalah satu-satu, tidak dirangkaikan ayat-ayatnya. Ini untuk memberi ruang respon/melahirkan rasa dalam sembahyang. Kerana kita telah diajar, setiap ayat di suratul Fatihah, hendaklah direspon dengan getaran di dada, “agungnya…”. 

Imam mesti pandai mengimbangi supaya semua makmum dapat mengikuti pergerakan sembahyang dengan baik iaitu tidak boleh terlalu cepat atau lambat. Pernah seorang imam yang bersembahyang dengan ASZ, melambatkan atau berlama-lama rukuk hingga melebihi 11 kali tasbih lalu ASZ tak jadi bersolat berimamkannya. Dia yang menangguhkan rukuk kerana menunggu ASZ bertakbir rupa-rupanya telah tersilap kerana terlalu lama. Pernah seorang yang bersembahyang sunat terlalu cepat, ditegur oleh Abuya dengan soalan, “Adakah Tuhan yang disembah pada sembahyang fardhu lain dari Tuhan yang disembah pada sembahyang sunat? Mengapa tergesa-gesa? Lebih-lebih lagi sembahyang berjemaah, hilang keindahannya jika terlalu cepat atau terlalu lambat. 

Maka perlu kerjasama antara imam, bilal dan makmum. Kalau tidak, dari penyusunan saf dah menyebabkan jadi lambat. Inilah yg dikatakan bermula dari sembahyang sudah berlaku satu pentadbiran kerajaan, ada ketua, ada anak buah, ada disiplin, ada peraturan, ada arahan yang perlu diikuti dan saling bekerjasama sama untuk memastikan program sembahyang berjalan lancar dari awal hingga akhir. 

Imam sebagai pemimpin hendaklah bertanggung jawab. Tegas tapi bersederhanalah. Ada di kalangan makmum yang mempunyai hajat atau tugas-tugas yang perlu diselesaikan. Makmum pula, jika imam bersalah ada tatacara menegurnya. Umpamanya Imam tersilap bilangan rakaat, jika makmum terus menegur dengan penuh semangat, seperti di padang kawad: ‘Subhanallah!!’ tanpa niat di hatinya, ia adalah zikir untuk memberi faham atau zikir semata-mata, maka batallah sembahyangnya. Itulah ilmu sembahyang, kalau dipraktikkan ke dalam kepimpinan dan pemerintahan akan melahirkan masyarakat yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah. Ampun maaf. 

Bilik rumah BCH,

10.47pm, Sep 7, 2012

Advertisements

7 thoughts on “***Pentadbiran Negara dalam Sembahyang Berjemaah***

  1. Salam ceria, blh bantu fahamkan saya atau huraikan ayat ini
    “Umpamanya Imam tersilap bilangan rakaat, jika makmum terus menegur dengan penuh semangat, seperti di padang kawad: ‘Subhanallah!!’ tanpa niat di hatinya, ia adalah zikir untuk memberi faham atau zikir semata-mata, maka batallah sembahyangnya.

    • wslm. Makmum jika ingin menegur imam, jika lelaki kena sebut subhanallah. jika makmum perempuan kena tepuk tangan. makmum lelaki pula, bila menegur kena niat di hatinya ucapan subhanallah itu adalah zikir kepada Allah. atau niat di hatinya ia adalah zikir untuk memberi faham imam akan kesalahannya/untuk menegur. Tetapi jika dia berkata subhanallah tanpa niat apa-apa atau niat semata-mata menegur imam maka batallah sembahyangnya

  2. Ya Allah, Istiqamahkan kami solat berjemaah di awal waktu. Agar pandai kami yang tersangat hina ini beradab di majlisMu yang mulia. Teringat BUJ wasilah pernah sebut dlm sebuah buku, bukanlah orang Abuya kalau sembahyang Zuhur pukul 3.

  3. Assalammualaikum&Selawat dari ana.Alhamdulillah.Kalau tak silap,bab Solat2 SUNNAH yang ABUYA TEGASKAN & MENDIDIK bertetapan dengan pendapat Imam Ahmad Hambali {RKT} which ana happen to follow lah.Subhanallah,Masha’Allah.Fi Amanillah,Syukran,Selawat & Salam dari ana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s