***Syh Pak Teh Abd Ghani: Nostalgia & ‘ibrah satu perkahwinan***

Image.Salam ceria. Orang-orang Melayu dulu tak galakkan kawin ketika bulan berapit tak elok katanya dari sudut kewangan. Bulan berapit tu korang tau tak bulan berapa? Kawin je tau, bulan berapit tak tau! Bulan berapit ni, bulan antara 2 raya. Raya puasa dengan raya Haji. Antara Syawal dengan Zulhijjah. Ertinya bulan Zulkaedah. Tapi tu orang Melayu lama. Sekarang ni ramai je orang kawin musim raya. Semalam ada 4 pasang bernikah di BCH. 2 hari lepas anjang ikut program pernikahan di bilik Abuya di SP. Anak Syh Yusuf bernikah dengan orang Kelantan. Pengantin macam steady je, Syh Yusuf pulak yang ketaq…duk ulang nikah banyak kali sebab walinya ketaq, bukan sebab pengantin lelaki…”̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 🙂 ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ Yang best pada anjang tengahari tu ialah kisah yang dikongsikan oleh orang lama jemaah, Syh Pak Teh Ghani. Ibu-ibu macam ibu Raja dan ibu Yati mungkin suka yang rasmi-rasmi, khutbah minda-minda, anjang pula suka kisah-kisah lama sebab banyak pengajaran. 

Kata Syh Pak Teh, masa tu nak terima supaya jadi suami, bukan main susah. Bukan main susah. Sebab kami masuk jemaah ni, tak fikir kawin. Fikir nak kiamat je. Fikir bila masa kita nak mati, nak jumpa Allah. Kerana bila kami masuk jemaah tahun 1970 (fuuuh lama tu, anjang lahir 1970, sebaya anjang) agenda tarbiah-tarbiah ialah buku ‘Alamat Kiamat’, sebab tu tentang Imam Mahdi ni dah disebut-sebut sangat. Kiamat dah hampir sangat. Tengah dok ingat kiamat dan IM zahir tiba-tiba Abuya kata nak dijodohkan. Memang tak masuk jadual langsung. Memang tak masuk jadual langsung. Tak masuk jadual langsung. Tak terfikir langsung. Jenuh Abuya pujuk-pujuk. Abuya pujuk, pujuk, pujuk. Baru terima. 

Saya tengok watak Abuya ni, bila nakkan kita berumah tangga bersungguh-sungguh sehingga Abuya kata, “Ust Zakaria (bakal bapa mentua Pak Teh ketika itu) tu, kalau ada nabi zaman ni, dialah nabinya.” Ana takut, Ust Zakaria tu garang. Ust Zakaria tu garang sikit, bila dia cakap, dah tak ada tolak ansur. Kalau ada Nabi zaman ini, dia Nabi lah. Abuya nak beri sokongan tu. Tapi akhirnya terima jugalah. Nak ceritakan di sini, bagaimana Abuya sangat-sangat inginkan kita hidup berumah tangga. Berumah tangga sekarang sudah disediakan cara-cara nak bangunkan rumahtangga. Lebih mudah dari dulu, lebih mudah dari dulu. Masa ana kawin dulu, kita kawin je lepas tu duduk rumah (suami isteri) aktiviti jemaah boleh dikatakan tak ada. Asasnya sembahyang jemaah dan amalan AM. Itu kira macam wajiblah amal AM, itu sahaja. Apa yang ada masa tu, apa kegembiraan masa tu, makan minum, pakaian dan yang suka sikit SSI lah yang hasilnya kegembiraan juga iaitu dapat anak pertama. Kenapa malu dengan SSI, hasil SSI bila dapat anak tak malupun cerita. Itu hasil SSI. Bila orang rumah hampir bersalin, ana hantar ke kampung.

Petang tu ana turun bawah terjumpa Abuya. Abuya tiap-tiap petang keluar. Tiap-tiap petang keluar. Ana tak keluar selalu. “Ana dah hantar orang rumah ke Tanjung Karang, Ustaz!”. Abuya; “Sebab apa?”.

“Dah cukup bulan, nak bersalin.

“Ana baru dapat anak, anak baru dapat anak, cukup semua, kaki tangan, tapi kecil, gugur, tak cukup bulan,” Abuya.

Lepas tu, ni nak cerita karamah Abuya.

Kata Abuya; “Enta amik nama ni, kalau enta nak, enta amik nama ni, enta amik nama anak Abuya ni, Muhammad Ikrimah. Ikrimah ni panglima. Panglima perang. Kalau enta setuju, enta amik la!”

Ana pun amik la, tak la catit, ingat terus, satu nama… Ikrimah.

Ringkas ceritanya, ana balik kedah dengan motor 125. Motor Ust Rashidi Yusof punya. Dia mudir di sini. Dia kata, Ghani enta bawa motor ini ke Kedah, ada orang nak beli. Ana ajak Kamaruzaman Ali Melaka. Kami naik berdua, gilir-gilir sampai Kedah. Sampai Kedah, orang yang nak beli tak ada. Masa tu, mana ada hand phone. Apa yang jadi, orang yang nak beli tak ada kat tempat yang diberitau. Memang tak ada, jadi balik semula. Masa tu hari Khamis pagi. 

“Kita masuk ikut Teluk Intan, ke Sabak Bernam, pastu ke Sungai Leman, ana nak tengok, kut-kut dah dapat anak,” ana kata kat Kamaruzaman. Dia ok je. Masuk sampai Sg Leman, betul dah dapat anak lelaki. Abuya beri satu nama aja. Cemas la. Nama lelaki je, kalau lahir perempuan, nak beri nama apa? Tak de la. Cemas la. Jadi mak mentua ana yang sambut, dia bidan juga. Dia orang dah bagi nama dah. Beri nama Isa.

“Ayah hang beri nama Isa, pasal dia lahir hari Selasa,” kata mak. (Orang dulu simple je, ex. abah anjang lahir hari Jumaat, sebab tu letak nama Taat). Bila lahir hari Selasa, beri nama Isa. Nabi Isa pun nak zahir juga, jadi ana fikir tak apalah beri nama Isa. Tapi ana daftarkan nama Muhammad Ikrimah. Tapi oleh kerana dia duduk dari kecil di rumah Ust Zakaria, baik tapi macam pondok sikit la. (Tak macam panglima) berbeza dengan anak-anak yang dalam jemaah, semuanya aktif. Sekarang ikut PAS, mudah-mudahan berkat nama Abuya beri, akan ikut Abuya suatu masa nanti.

Jadi nak pesan pada yang nak kawin, kalau ada masalah nanti, tak ada keserasian, jumpa orang-orang tua. Tanya pengalaman mereka. Orang yang kita tak kenal, kita berkahwin. Nak serasi macam mana? Makan masa. Kadang-kadang 6 bulan belum cukup. Bila dah serasi, susah pula nak berpisah. Kena dipisah-pisahkan (samada lain tempat bertugas atau dipoligamikan) demi perjuangan. Perkahwinan ini kebaikan yang sangat besar kerana kita buat atas nama jemaah. 1 jemaah dapat manfaatnya jika betul perjalannya.

Haaah… Nah kau!! Panjang ceritanya.

Pengajaran untuk anjang:

1.Orang dulu di awal jemaah, sangat dibawa untuk jadi pencinta Akhirat, menunggu Al Mahdi, bersedia untuk kematian sama seperti yang BUJ bawa di era sekarang cuma tak baca kitab kuning, ‘Alamat Kiamat’ sebab BUJ dapat ‘direct’ dari RSA. Korang tentu lebih banyak berBBM dari SMS. Lagilah dah banyak tahun tak beli stem, utus surat di Pejabat Pos.

2.Ketika fikiran, fizikal dan roh difokuskan kepada akhirat, kiamat, kematian seolah-olah macam ‘kuarantin’, hati kekal cemassss sebagai abid, dalam masa yang sama Abuya beri assigment berkahwin. Untuk aktifkan sifat khalifah dalam menyusun, mengatur rumah tangga. Macam tak ada dalam jadual, sedangkan mursyid lebih mengetahui kenapa dia bertindak begitu kerana dia dipandu. Kalau tak faham, taat je dulu. InsyaAllah berkat.

3.Bila perkahwinan itu kehendak mursyid, hendaklah diusahakan ‘bagi jadi’ sebab ada berkatnya. Tengok Abuya pujuk berkali-kali tanpa jemu agar Syh Pak Teh bernikah sampai dia setuju, dengan alasan-alasan dan dorongan yang benar.

4.Walaupun tanpa panduan yang banyak, tetapi dengan menjaga disiplin ibadah dan pakej amalan serta taat setaat-taatnya dengan pimpinan, insyaAllah dapat membina rumahtangga yang rukun damai. Lebih-lebih lagi sekarang yang lengkap dengan pelbagai panduan.

5.Antara adab dengan mursyid (atau pimpinan lantikannya) ialah meminta izin bila lakukan sesuatu tindakan terhadap diri dan keluarga. Jika tak sempat, laporkan agar dia memberi panduan. Paling tak, didoakan.

6.Adab dengan mursyid juga, serahkan urusan pemilihan pasangan hidup kita padanya dan ambil nama anak-anak darinya.

Ok… Dah panjang sangat. Tak larat nak taip di bb ni. Sakit mata… Kecik sangat, tapi comel. My beloved curve 4.

Jumpa lagi.

Rumah Desa Subang Permai.

11.19am, Sep 3, 2012

 

Advertisements

2 thoughts on “***Syh Pak Teh Abd Ghani: Nostalgia & ‘ibrah satu perkahwinan***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s