***Panduan ASZ dari Syh Nizam***

ImageSalam ceria. Baru-baru ni Ummu Miqdam bbm anjang, menyampaikan cerita dari anak muridnya yang balik kampung beraya. Ya, ramai yang balik kampung beraya, ramai yang bawa cerita. Penting sangat ke cerita dia tu? Korang nilai la nanti, best ke tak cerita dia ni. Katanya, ketika dia balik beraya di kampung, bapa saudaranya seorang bekas Al Arqam bercerita, pergi menunaikan umrah bulan 3 yang lalu. Katanya ketika dia di Mekah, dia bertemu dengan Syh Nizam. Dia yang tak tahu menahu tentang ‘kematian’ (pemergian) Syh Nizam dengan sungguh-sungguh mengatakan ketika itu Syh Nizam bersama Syh Salleh tapi katanya: “Us Nizam kelihatan sangat muda.” Bila ditunjukkan gambar Syh Nizam untuk kepastian, dia mengiakan itulah orang yang dia jumpa. Malah Syh Nizam mengajaknya melawat Chalet Nur Muhammad tetapi dia yang terikat dengan jadual pakej travel agent yang dia ikuti tak dapat penuhi ajakan Syh Nizam itu. Lihat, setiap orang punyai pengalaman tersendiri yang orang lain tiada hak menafikannya.  

Sejak hari tu anjang memang teringin sangat nak coret kisah bersama Syh Nizam terutama semasa di Mesir 1992 dan di Johor sekitar 2000-2002. Syh Nizam ni sangat kuat keyakinannya dengan perjuangan, betapa tidak kerana beliau adalah anak YM Abuya, yang Abuya didik sendiri dari kecil. Pemalu, tak akan memandang wanita atau ke arah muslimah ketika memberi kuliah tetapi banyak memandang ke atas atau jika ada isterinya, dia memandang ke arahnya. Sangat berakhlak dan tenang dalam semua keadaan tetapi tegas dalam mempertahankan syariat dan prinsip perjuangan. Ketokohan dari sudut keilmuan sangat ketara. Tidak di’rosak’kan dengan masuk mana-mana universiti di dunia ini yang akhirnya bangga dengan sijil, tetapi mempunyai kemampuan berhujah yang mengalahkan graduan-graduan aliran agama. Dari sudut kemampuan mengikat anak-anak buah, menyatu-padukan mereka, membina kekuatan lahir dan rohani hingga mampu membangunkan jemaah, tiada tandingannya. Pernah di Era selepas kuarantin 2006, Abuya cabar dengan kata-kata: ‘Seluruh pelajar Arqam yang pernah belajar di luar negara, mampu tak tandingi kepimpinan Syh Fakhrur dan Syh Nizam yang belajar dengan Abuya?’….’Tak mampu…’ Kata Abuya. Ya akuilah, mereka berdua berada di kelas tersendiri dibanding seluruh bekas-bekas pelajar Yayasan Al Arqam.
Banyak pengalaman manis dengan Syh Nizam tetapi yang anjang ingin kongsikan ialah satu peristiwa yang berlaku diantara kami yang di bawah pimpinan Syh Nizam di Johor dengan team Hawariyun di bawah pimpinan Jundullah di seluruh tempat Abuya luar negara khasnya Indonesia. Oleh kerana banyak dasar-dasar jemaah yang telah dilanggar oleh Jundullah dan teamnya, kami banyak merujuk pada Syh Nizam. Jawapan dan pandangan tak rasmi dari Syh Nizam kami e mail kepada team Hawariyun yang juga adalah kawan-kawan yang lama bersama kami. Tetapi jawapan-jawapan yang kami hantar untuk mereka baiki, diadukan team Hawariyun kepada Abuya. Maka demi menjaga perpaduan Syh Nizam dipanggil untuk diadili. Al hasil, Abuya arahkan Syh Nizam mengadakan roadshow menerangkan pendirian yang sebenar, membuat pengakuan dan permohonan maaf ke seluruh negara. Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Jun dan teamnya banyak yang melanggar dasar jemaah tetapi Abuya masih lagi beri peluang. Bila Abuya sendiri sebagai pemimpin masih belum bertindak, tak sepatutnya orang lain mendahului Abuya dalam bertindak maka bila ia berlaku akan nampak perpecahan di dalam jemaah. Syh Nizam sendiri sangat menerima semua keputusan Abuya, taat, berakhlak, tidak melenting dan menjawab-jawab. Saya sendiri Abuya tegur, : “Enta pemimpin, enta tak fikir ke? Kalau pemimpin salah, enta ikut dia?” Ketika itu anjang tersentak. Selama ni, banyak bersandar di belakang sesiapa sahaja yang Abuya lantik. Ikut je. Ya, pelajar Al Arqam dilatih, sami’na wa ato’na, ikut je. Rupa-rupanya, ikut itu memang betul. Malah pendapat Syh Nizam pula memang terbukti benar. Tetapi rupanya faktor masa belum tepat. Maka, bila dilakukan sebelum sampai masanya, ia melanggar salah satu dasar jemaah yang paling asas iaitu ukhuwah. Ia menidakkan perpaduan. Menimbulkan perpecahan. Setelah beberapa teguran Abuya buat, lalu diadili dan dihukum.
Yang peliknya, tampak kehebatan Abuya bila anaknya, juga merupakan muridnya sangat menerima hukuman yang ditentukan. Taat setaat-taatnya, malah Syh Nizam mengambil tanggung jawab mengajak kami menghayati teguran Abuya tersebut. Rupa-rupanya Abuya telah memberi panduan kepada Syh Nizam bagaimana sikap murid dalam menerima hukuman. Kerana jemaah ini dipimpin oleh pemimpin roh, jemaahnya jemaah roh, maka dalam menerima setiap keputusan adalah secara roh. Penuh rasa hamba dan bersalah. Bukan dengan tafsiran akal yang bermacam-macam, atau nafsu yang dipenuhi ego, sangka buruk dll. Korang nak baca ke panduan ini?  
Panduan jika dihukum di dalam jemaah menurut ASZ : 1.Bertaubat dan meminta maaf 
Bila kita dihukum sudah pasti kita bersalah. Malah kalau tak dihukum pun, kita tetap bersalah. ‘Bumi mana tak ditimpa hujan.’ Ketika angkat takbir memulakan solat pun dah berdosa kerana membesarkan Allah di mulut sahaja. Di depan Allah sahaja, hati masih teringat dan membesarkan dunia. Betapa lagi ketika berhadapan dengan dunia. Layaklah dihukum. Cuma kadang-kadang kita dihukum atas suatu perkara yang kita rasa tidak bersalah. Seeloknya, sangka baiklah dengan mengatakan mungkin himpunan dosa-dosaku Allah nak ampunkan dengan peristiwa ini. Pastu mintalah maaf, dengan Tuhan dan sesama insan. Merendah dirilah.
2.Tebus dosa
Buatlah apa-apa amalan untuk menebus dosa. Terutama amalan-amalan yang menambah rasa hamba. Moga-moga dosa kita diampun sebab Rasulullah saw bersabda: ‘dan ikutilah kejahatan dengan kebaikan, ia akan memadam kejahatan itu.’ 
3.Mengaku salah 
Mengaku salah sahaja. Lurus hatilah dengan mursyid. Terus mengaku salah dari lubuk hati yang dalam. Mursyid sudah tentu mengenali diri kita lebih dari kita sendiri.
4.Jangan bela diri 
Pantang Abuya kalau kita membela-bela diri selepas dijatuhkan hukuman sebab tujuan hukuman untuk pendidikan. Selalunya masa telah diberi secukupnya untuk kemukakan alasan atau menjawab tuduhan. Jika masih membela diri selepas itu, tanda dia tidak menerima hukuman. Lalu tak dapat didikan.  
5.Jangan cari simpati orang
 Ada segelintir pengikut yang tidak faham menggunakan period dijatuhkan hukuman untuk pergi ke sana ke sini, bertemu seramai-ramai kawan dalam jemaah menceritakan perihal dirinya yang dihukum demi mencari simpati. Ini adalah tindakan yang salah. Dia tidak akan dapat hikmah hukuman. Sepatutnya bila dihukum, digunakan untuk muhasabah, merenung dosa dan kelemahan diri. Masa untuk melanyak-lanyak nafsu. Katakan pada nafsu/diri: ‘Padan muka kamu, selama ini berbangga sangat. Hari ini kamu terhina’, jangan beri muka. Tapi bila kita ceritakan pada orang, untuk mendapat simpati, ia menyuburkan nafsu. Lebih-lebih lagi yang ditemui adalah musuh yang memang berdendam dengan jemaah. Maka bukan sahaja boleh gagal ujian, malah berkemungkinan berpatah balik jadi penentang jemaah kebenaran.  
6.Jangan salah-salah orang lain. 
Ada pula pengikut yang banyak mazmumah, bila dihukum dia tak puas hati. Nafsunya berkata: ‘Daripada aku seorang terhukum, baik ramai lagi terhukum sama.’ ‘Orang lain pun bukan baik sangat.’ Maka dia membongkar-bongkar kesalahan orang lain samada benar atau tidak demi menutup kesalahannya. 
Rupanya Syh Nizam sudah mendapat panduan awal dan dia praktikkan di dalam berhadapan dengan ujian hukuman. Mudah-mudahan kita semua dapat lakukan panduan-panduan yang Abuya beri melalui Syh Nizam, agar kita selamat di waktu ujian. Terima kasih pada BUJ, BUJ bagi pihak RSA sering mengulang-ulangkan ingatannya kpd kita, masalah kita sekarag bukan kurang panduan atau ilmu bahkan terlalu banyak tetapi kurang kesungguhan untuk melonjakkan roh. Maka kita dingatkan dengan ancaman kepada apa yang berlaku dalam jemaah sekarang untuk pengajaran kepada kita semua. Sebenarnya ia adalah amaran juga untuk kita semua bukan untuk golongan tertentu sahaja.
Ampun maaf dari semua.
Bilik Abuya, BCH
6.45pm, Sept 1, 2012
Advertisements

8 thoughts on “***Panduan ASZ dari Syh Nizam***

  1. Assalammualaikum&Selawat dari ana.BERNAS SUNGGUH panduan ASZ.ALLAHU AKBAR.Intipati???.TAAT terhadap/kepada Mursyid.BE OPTISMISTIC,insya’Allah.Tak rugi.Seperti apa yang Bunda Ummu Jah sampaikan,”kurang kesungguhan untuk ROH melonjak”.Fi Amanillah,Syukran,Selawat & Salam dari ana.

  2. Ya اَللّهُ mulianya, indahnya, cantiknya, hebatnya takutnya, cemasnya. Oh mursyid agung.. 😥 rindu شيخ nizam.

    #betul. Kurang kesungguhan nak lonjakan ruh. Trm ksh BUJ. Atas pengorbanan mu. Pasang badan utk Islam.

    Trm ksh artikelnya

  3. Terima kasih RSA kerana memberi peringatan kepda kami. Semoga dgn peringatan yg di berikan ini kami dapat melonjakkan roh kami…. Terima kasih juga kepada anjang, sudi mengkongsikan pengalaman semoga menjadi panduan kami dalam perjuangan.

  4. Untuk melonjakkan roh sudah tentu RSA lebih tahu di mana kesalahan utama yang perlu diperbetulkan. Didikan RSA lebih besar jika dibandingkan dengan hukuman adalah lebih kecil. Terima kasih panduan yang telah diberikan. Mzb.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s