***Mahalnya Perjuangan Kebenaran***

Salam ceria. Bukan mudah nak dapatkan rasa takut pada Tuhan dan orang-orangNya. Ia adalah anugerah. Walaupun dalam kuarantin, payahnya nak dapat. Sebab apa payah? Sebab apa susah? Kerana rasa takut itu mahal, sangat berharga. Tanpa rasa takut, kita akan berani buat apa sahaja. Tak terasa diperhati. Dinilai. Maka akan banyak peraturan yang selama ini kita junjung, kita sendiri akan melanggarnya. Bercakap tentang mahal ni, ketika berbincang dengan kawan-kawan yang sama-sama kuarantin di rumah tamu baru GISB, timbul bab mahalnya perjuangan kebenaran. Sebelum tu, mari kita ceritakan tentang rumah tetamu GISB.
Untuk pengetahuan pembaca yang bukan GISB, hampir di setiap Zon GISB ada rumah tetamu. Kalau di JB, di bawah Zon GISB Singapore, rumah tetamunya adalah sebuah rumah agam di Danga Bay. Rumah tetamu Zon Perak/Syria pula terletak di Padang Polo. Sangat ekslusif. Khas untuk ahli GISB Syria pula, sebuah rumah tetamu baru disewa di Tg Malim di Jalan Berop off Jalan Slim iaitu Jalan ke Ipoh, selepas traffic light UPSI, kira-kira 200 meter ambil simpang ke kiri. Simpangnya selepas kedai user car. Macam tulah alamat yang Abang Zubir beri pada anjang. Dah detail macam tu pun terlepas, masuk ke lorong kedai-kedai orang PAS. Lemahnya manusia. Datanglah ke sini!, rumah 5 bilik tapi design lama.
Sebelahnya ada tanah lapang 1 lot rumah, pastu ada Pusat Anak Yatim dan Asnaf Zakat Baitul Mahabbah. Kalau nak show kecil-kecilan dari anak-anak ni, boleh sound kat anjang.
Berbalik kepada mahalnya perjuangan kebenaran dapat kita lihat bila kita baca sejarah. Bani Israel sangat mengenali Nabi Akhir zaman melalui ciri-cirinya yang disebut detail di dalam kitab-kitab mereka. Allah sendiri gambarkan: “ya’rifunahu kama ya’rifuna abnaahum” ertinya: “…mereka mengenalinya (Nabi Muhammad saw) sepertimana mereka mengenali anak-anak lelaki mereka.” Maka orang-orang yahudi sangat mengharapkan Nabi Akhir zaman itu lahir di kalangan mereka.
Tetapi oleh Tuhan, tidak berlaku apa yang mereka harapkan. Nabi Akhir Zaman dilahirkan dari keturunan Arab. Agar bangsa yahudi merendah diri, sanggup tawadhu’ menjadi pengikut kepada seorang Nabi berbangsa Arab yang mereka pandang hina. Juga agar tampak jelas, mahalnya kebenaran kerana tak ramai yang mampu tawadhu’ merendah diri demi mengakui kebenaran, walaupun mereka tahu itulah kebenaran. Terus-terusanlah menentang kebenaran, walaupun terpaksa berlawan dengan naluri hati kecilnya yang mengatakan ianya kebenaran hanya kerana tak mau tundukkan ego di dada.
Begitu juga nanti berlaku, menurut Abuya, apabila munculnya Imamul Mahdi. Ulama’ besar yang pakar hadis tentu sangat maklum tentang ciri-ciri Imamul Mahdi. Bapanya Abdullah, ibunya Aminah, berketurunan Quraisy Bani Hashim dari silsilah Ahlil Bait. Ada tahi lalat di pipi kanannya, putih kemerahan kulitnya, luas dahinya, mancung hidungnya, renggang antara dua pehanya, badannya seperti Bani Israel. Maka jika para Ulama’ yang pakar-pakar ini bertemu seseorang yang berciri-ciri demikian sekalipun, bila ingin berbai’ah maka tak semudah itu berlaku. Imam Mahdi akan meminta mereka berbai’ah dengan Putera Bani Tamim dahulu. Aduh… Mahalnya kebenaran. Tak mudah memperolehinya. Lebih mahal dari emas perak dan intan berlian. Mampukan alim ulama, profesor, doktor phd, mufti-mufti, pemimpin-pemimpin parti Islam, syeikh-syeikh tarekat untuk tunduk kepada seorang yang tidak bersijil. Sangat mereka pandang lekeh dan dihina-hinakan. Malah di kalangan mereka menyesatkan PBT. Kalau mampu tawadhu’, layaklah berbai’ah. Jika tidak, jemaah kebenaran bukan rezki untuk mereka yang menyombong diri. Rupa-rupanya, Abuya mengikut sunnah yang sama. Abuya test kita, sanggupkah nak bersama Abuya? Cakap sahaja atau betul-betul sanggup? Syarah dah pandai, betul ke? Kalau sanggup, sila ikut syarat Abuya. Apa syaratnya? Di suatu era dalam perjalanan perjuangan yang panjang ini rupa-rupanya Abuya minta kita taatinya melalui wakilnya. Sepatutnya kita tak gabra. Orang itu sudah lama dipersiapkan. Kalau orang itu Abuya tetapkan Syh Hatim yang baru 28 tahun atau Syh Pak Berahim yang sangat lincah di pentas, takut teruji kita. Abuya letakkan seorang yang pernah Abuya beri keyakinan menyusun buku AMPDA dan lain-lain buku. Orang yang lebih banyak masanya bersama Abuya dibanding seluruh kita. Orang yang merterjemahkan patah-patah kata Abuya, dikala orang lain tak mampu berbuat sepertinya. Dia berketurunan Rasulullah saw mempunyai bermacam-macam kelebihan juga kelemahan (orang lain pun banyak kelemahan). Cuma, dia seorang wanita. Ya dia seorang perempuan. Di sinilah ujian. Di sinilah nilaiannya. Mampu atau tidak menerima pilihan Abuya? Mahalnya perjuangan. Kena korbankan perasaan kita. Terima kehendak Mursyid. Itulah sifat murid, seperti mayat yang diserah kepada jurumandi. Taat pada mursyid ‘fi ma ahabba aw kariha.’ Kalau kita tawadhu’, Allah akan angkat darjat kita. ‘Tidak hilang bisa ular yang menyusur akar.’ Tapi kalau kita enggan, mampukah kita dengan hukuman mursyid? Sanggupkah kita berdepan dengan kemarahan Tuhan. Dimarah dan dihina manusia pun kita tak mampu, apalagi dimurka Tuhan. Ampunkan kami Tuhan…
Berkat taatkan Abuya melalui wasilah maka kita telah berada di suatu era baru. Era Haramain. Sepertimana yang diceritakan oleh Syh Fakhrur razi. Abuya berjuang di Tg. Karang sebelum era Al Arqam dengan membangunkan sekolah dan projek ekonomi Islam seperti yang dibuat di dalam Arqam. Syh Fakhrur dah dibawa Abuya bersama Syh Nizam ke dalam aktiviti-aktiviti perjuangan di masa itu. Waktu itu, Abuya letak Syh Nizam di dalam raga motor depan, Syh Fakhrur bonceng di belakang. Pernah jatuh bendang bersama Abuya ketika keluar berjuang. Jenuh Abuya tercari-cari anak-anaknya di dalam sawah, suasana ketika itu gelap. Pernah diziarahi ayahnya, datuk Muhammad di Tg. Karang, yang membawa ayam Saigon untuk anaknya, Abuya.
Pada tahun 1975 lagi, Abuya selaku mudir Yayasan Al Arqam, telah bercerita kepada Syh Fakhrur, Syh Nizam dan beberapa orang pelajar awal di masa itu tentang satu masa nanti perjuangan ini akan berkembang ke Haramain. Abuya kata bahkan masa itu ahli jemaah akan berulang alik ke Haramain dan bertapak di sana. Kini ianya menjadi kenyataan. Secara lahirnya bukan oleh Abuya, tetapi oleh bonda wasilah. Kalau wasilah tidak dipandu, jemaah tidak akan menjadi sebesar ini sekarang.
Sekarang jemaah Abuya kian berkembang di Haramain. Malah rakyat Malaysia semakin mengenali jemaah yang satu masa dulu difatwakan sesat oleh mufti-mufti di Malaysia. Mereka terproses di Haramain, dan balik ke Malaysia menyebarkan tentang kehebatan jemaah Abuya bertapak di Haramain. Bahkan turut tumpang berbangga kerana membangunkan projek di Haramain. Apabila mereka terproses di Haramain dan bila pulang bersama keyakinan yang tinggi dan harapan supaya Abuya dapat bangunkan Islam di Malaysia. Di sini nampak munasabah nak berlakunya daulah, kerana hati-hati rakyat Malaysia telah terproses. Akhirnya hati-hati manusia mengharap berlakunya daulah Islamiah oleh Abuya.
Maka kita teringat kaedah yang telah ditanamkan oleh Abuya selama ini, iaitu jongkang jongket. Bonda wasilah diberikan kekuatan dan dipandu untuk melakukan kaedah ini. Iaitu dengan membela kampung Rasulullah saw, maka RSA lah yang akan lakukan daulah di Malaysia yang akal tak mampu menjangkaunya.

Sajak
Mengikut keterangan Hadis
Kegemilangan Islam kali kedua di akhir zaman, tapaknya adalah perjuangan dan jemaah yang diteraju oleh Ikhwan.
Begitulah jawapan yang diberi oleh Rasul akhir zaman kepada para Sahabat Ridwanullahu’alaihim.
Pemimpinnya adalah Pemuda Bani Tamim. Mujaddid akhir zaman.
Para Sahabat sangat iri hati mendengar keterangannya
Ada yang berdoa agar umur panjang.
Ia bermula dari Timur.
Kemuncaknya adalah berpusat di Makkatul Mukarramah, pusat pentadbiran
Jemaah Ikhwan ini adalah bayangan jemaah Sahabat di zaman silam
Bilangan mereka sedikit tapi solid
Ikhwan bermaksud pejuang-pejuang yang menjadikan Tuhan kawan
Juga Ikhwan di antara satu sama lain sebagai persaudaraan
Mereka Ruhbanu Billail wa Fursanun fin Nahar
Malam jadi abid, siang menjadi pejuang
Mereka di antara satu sama lain seperti satu ibu dan satu ayah yang penyayang
Rupanya setiap kemenangan yang akan diperolehi oleh umat Islam di setiap zaman
Pejuangnya sudah dibayang
Macamlah kemenangan Muhammad Al Fateh
Bersama pejuang-pejuangnya ke atas Konstantinopel
Ciri-cirinya telah dibayangkan
Iaitu pemimpin yang baik, tentera yang baik, rakyat yang baik di zamannya
Setelah ciri-ciri ini wujud dengan sempurna diberilah kemenangan
Begitulah kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman
Bila ciri-cirinya wujud di dalam jemaah pejuang-pejuangnya
Tuhan akan memberi kemenangan
Ia pasti berlaku kerana itu adalah janji Tuhan
Mana-mana jemaah Islam akhir zaman di Timur dapat mengisi ciri yang telah digambarkan
Itulah dia jemaah Ikhwan
Kepada tangan mereka itulah yang akan diberi kemenangan
Selain jemaah ini semuanya kecundang
Marilah kita membaiki diri bersungguh-sungguh
Agar ciri-ciri sempurna untuk kemenangan
 
Selepas Asar
13.9.99
Syukran

Ok, itu sahaja dapat anjang nukilkan petang ini. Kalau ada kebenarannya terimalah walaupun pahit. Kalau tak betul, mohon dibetulkan. Moga RSA membimbing kita semua, moga roh kita ditingkatkan. Amin…
Rumah Tetamu Zon Syria, Tg Malim.
5.32pm, Ogo 28, 2012

Posted from WordPress for BlackBerry.

Advertisements

4 thoughts on “***Mahalnya Perjuangan Kebenaran***

  1. Terimaksh sy,mg post2 yg akan dtg dpt d kongsikan lg..ampun maaf.

    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

  2. آمِيْنَ….آمِيْنَ….آمِيْنَ يَآاللّهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ… رسول اللّه, سيدي, أبوي تولوڠ كامي…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s