***”Tak nak tanya pendapat GISB ke Dato’ Seri PM?!”***

Salam ceria. Beberapa minggu yang lepas ramai yang komen gambar yang Syh Salleh hantar dalam grup BB. Mana tak komen, Syh Salleh hantar ‘bola gantung/lambung’, sedap la ‘smash’. Gambar tanpa keterangan, dah macam-macam telahan kawan-kawan buat. Dalam photo tu, Syh Salleh bergambar bersama Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Azizah.
Maka ahli grup yang mengandai-andaikan dengan pelbagai andaian walhal DS Anwar ketika itu seperti orang lain menunggu 3 jam terlupa anjang samada kerana kenderaan lambat amik atau flight delay.
Terkini, PM Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pula ke tanah suci menunaikan umrah serta mengadakan beberapa pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama di Mekah. Maka berperanglah penganut-penganut politik di alam maya ni dengan peperangan tanpa suara dan kata-kata. Hanya tulisan dan baris-baris perkataan bercampur benar dan palsu, fakta dan auta, di tambah perisa kata nista dan emosi yang kadang-kadang jelas mencemari kesucian Ramadhan yang mulia. Biasalah, orang-orang politik.
Penyokong kerajaan, biasalah akan membandingkan antara DS Anwar Ibrahim dengan PM. Maka timbullah isu, gambar Najib berihram nampak tapi gambar Anwar dan Azizah berihram tak nampak. Sebenarnya Anwar dan Azizah pergi Mekah untuk apa? Kena tanya Syh Salleh Saliyan ni, tentu dia tau gossip di Tanah Haram. Pastu timbul cerita yang lebih berat iaitu tuduhan ‘Anwar Ibrahim’ termasuk dalam organisasi Yahudi antarabangsa, Freemason.
Laman Freemason yang dimaksudkan itu boleh diakses di http://www.iosphere.net/~dixonr/officers.html
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali seperti dilaporkan Utusan Malaysia mendedahkan bahawa laman web Civil Service Lodge No. 148, telah mencatatkan jawatan-jawatan Anwar dalam Freemason bermula sebagai
‘Junior Deacon’ (2004/ 2005), ‘Director of Ceremonies’ (2009/2010)
dan ‘Tyler’ (2011).
Namun, pengirim email memaklumkan jawatan terkini Anwar adalah ‘worshipful master’ untuk tahun 2012/2013.
Yang ni, Syh Salleh tak boleh jawab, DS Anwar kena jawab sendiri.
Di pihak pembangkang pula akan terus membangkang. Kalau tak begitu, tak boleh dinamakan pembangkang. Dalam sebuah e mail yang dikirim pada anjang ada petikan dari sebuah media maya:
GARA2 PUJI NAJIB – ANWAR GELAR MUFTI MASJIDIL HARAM ‘ULAMAK BODOH..!!’
WEDNESDAY, AUGUST 15, 2012  GELOMBANG RAKYAT
“Ustaz mana? BODOH kalau ada ustaz sokong Kerajaan UMNO/BN. Ambil kain serban (kat kepala) lempar kat dinding.” Kata-kat Semangat ‘Perjuangan’ dari Anwar Ibrahim mungkin sebagai respon berita di bawah:
Beberapa tokoh ulama dari Arab Saudi hari ini menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya meletakkan Islam sebagai teras kepada kemajuan.
Tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish menyatakan pandangan mereka itu dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Ketiga-tiga tokoh agama bersama dua lagi pemimpin Islam terkenal iaitu Penasihat Wasir TV Channel Sheikh Dr Abdul Rahim Mulazadah dan Pengerusi Al Maijd TV Dr Hammad Mohamad Al Ghammas mengunjungi Perdana Menteri yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.
Najib memberitahu wartawan Malaysia di Makkah, ketiga-tiga ulama Arab Saudi itu memuji kerajaan Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.
Katanya, para ulama Arab Saudi juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.
“Kita juga memaklumkan mengenai konsep Wasatiyah yang kita pegang dari dulu dan di peringkat negeri pula kita mempunyai enakmen yang menyebut pegangan kita ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengelakkan berlaku sebarang konflik dan kerosakan akidah dan sebagainya,” katanya.
Ulama itu berpendapat pendekatan kerajaan terhadap kepimpinan yang berteraskan Islam itu telah mengelakkan Malaysia daripada menghadapi sebarang konflik seperti negara majmuk yang lain.
Mohd Sayuti Omar dan lain-lain penulis PAS pula mengulas tentang keberadaan Nasharudin Mat Isa dalam pertemuan PM dengan ulama Saudi. Maka makin panas cuaca politik tanahair. Bagaimana seorang bekas timbalan Presiden PAS kini sangat rapat dengan PM. Dewan Pemuda Pas Kelantan memberi peringatan kepada Nasharudin kalau beliau sudah tidak betah dengan Pas sila keluar sahaja dari Pas. Lebih tegas lagi Pemuda Pas Kelantan menerusi setiausahanya Mohd Nuri Mat Yaacob menggesa Nasharudin supaya melepaskan kerusi Bachok dalam keadaan baik. Alasan Nuri tidak ada guna beliau kekal di situ kerana sudah tidak sebulu dengan Pas.
Marah betul Sayuti lalu menyenaraikan reaksi pemimpin-pemimpin PAS terhadap tindak tanduk Nasharudin. Sayangnya Sayuti tak singgah menjenguk projek-projek GISB di Haramain dan bertemu BUJ ketika beliau ke Tanah Haram baru-baru ini. Kalau tidak mungkin tulisannya sangat berbeza dari sekarang.
Pada anjang, Ramadhan yang hampir berakhir ini banyak membuktikan gambaran peralihan kuasa dari orang politik kepada orang Tuhan sedang berlaku di depan mata kita. Korang dah tengok drama ‘Pemburu’ di TvRSA? Selalunya drama kisah benar dibuat dari kisah benar yang telah berlaku, ditulis semula jalan cerita dan skrip dialognya lalu dilakonkan. Tapi, keajaiban TvRSA, kisah benar yang belum berlaku dilakonkan, tiba-tiba ia berlaku satu persatu di alam realiti. Ya, drama ‘Pemburu’ seakan-akan sedang berlaku secara evolusi. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.
Dalam wawancara dengan Buletin Rakyat, bila ditanya tentang DS Anwar Ibrahim, Bonda Ummu Jah mecadangkan agar DS Anwar datang ke Mekah, bercakap sendiri dengan Tuhan di depan Kaabah (anjang pun lupa wording Ummu). Akhirnya Anwar sampai juga ke Mekah walaupun ada yang mempertikaikan apa agenda beliau di sana. Begitu juga PM DS Najib, yang sedang bergelut untuk menetapkan tarikh PRU, sampai juga ke Mekah. Ketika kemelut protes BERSIH terhadap kerajaan, DS Najib Allah temukan dengan wakil GISB, Syh Azri Ar di London. Keadaan sangat panas sekarang. Tema Hari Kemerdekaan yang tidak dipersetujui pembangkang, Perhimpunan “janji Bersih” Di Dataran Merdeka yang boleh menimbulkan huru hara. Lebih-lebih lagi keluar fatwa haram mengundi DAP, menambah panas suhu yang sedia ada.
Dalam suasana begini, Datuk Sri ke Mekah, tak terjumpa ke dengan mana-mana wakil GISB? Walhal projek-projek GISB di Haramain dah sangat diperkata orang. Rombongan umrah, ahli-ahli politik, artis-artis terdiri dari pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah filem, TV3, wartawan, tokoh-tokoh korperat, jeneral tentera, pegawai kedutaan dan berbagai-bagai golongan telah sampai ke tapak projek GISB di Mekah dan Madinah, tak kan PM tak tau. Sudah tentu dalam pengetahuan DS Najib. Rasanya dah sampai masanya pendapat orang-orang RSA diambil kira demi menyelamatkan Malaysia. Orang-orang Islam di Malaysia khususnya orang Melayu mesti didamaikan. Mesti disatukan. Tetapi oleh siapa?
Korang jawab la, anjang dah penat menaip. Asif Syh Hamzah drive di sebelah ni pun macam dah letih. Kawan-kawannya di Sarawak sebelum ini, Yahya, Osman, Abu Hurairah dah di Eropah. Bergerak dari Bandar ke bandar di Perancis. Tinggallah Asif dan Solleh Doldiri. Moga Allah beri kekuatan kepada anjang (perasan remaja le tu) dan semua remaja pelapis perjuangan untuk terus komited dalam menempuh badai ujian yang melanda. Moga kita berjaya mengekalkan rasa hamba agar mampu taat setaat taatnya kepada Allah, Rasul dan pemimpin-pemimpin yang dilantik. Ya Allah, terimalah puasa kami yang sangat tak berkualiti ini…Ampun maaf.
Sabak Bernam, Otw ke Bt Hampar
5.29pm, Ogo 17, 2012

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s