***Kesan Proses Haramain***

Salam ceria. Rasa bersalah anjang bila kenangkan cakap kat Syh Pak Cik Tajul, ‘Anjang tak biasa bawa keta Mers. Canggih sangat’. Akhirnya Syh Pak Cik drive sendiri. Bukan apa, anjang teringat masa bawa Range Rover (kenderaan canggih) Us Adlan Terengganu untuk ke Tg Gemar, accident masuk parit. Kesian Syh Anuar Perancis satu keluarga, merangkak keluar dari kenderaan yang senget hampir terbalik di taliair kecil tepi jalan.
Terasa keberkatan RSA bila sampai di Kuantan petang 10hb Ogos 2012 untuk sama-sama memeriahkan Roadshow Saham Akhirat melihatkan lokasinya yang sangat strategik iaitu di perkarangan Stadium Darul Makmur menghala ke terminal bas dekat persimpangan jalan yang sangat sibuk di pusat bandar Kuantan. Dengan 23 buah khemah dan satu pentas bermulalah ekspo di Kuantan.
5 khemah untuk jamuan, terletak di hadapan pentas. Di kelilingi 1 booth YKPPM, 4 booth pameran produk terkini GISB, 1 booth rawatan Ikhwan, 1 booth penerangan tentang rumah-rumah amal, 2 khemah untuk surau dah 10 khemah jualan. Setakat ni, kelihatan 2 khemah yang sangat mendapat sambutan; yang pertama booth rawatan Ikhwan paling mendapat sambutan sepanjang hari kerana dilihat, sentiasa ada pengunjung datang samada mendapatkan rawatan untuk diri mereka atau pun membawa ahli keluarga berubat. Di hari pertama, mereka memberi khidmat rawatan kepada 26 orang tidak termasuk yang datang hanya membeli ubat. Pada hari kedua pula sudah ada peningkatan bila bilangan yang datang meningkat kepada 51 orang. Majoriti yang datang mendapat rawatan adalah kerana saka, disihir dan gangguan. Ada juga yang datang meminta disegerakan mendapat jodoh dan ada yang meminta air penawar untuk mendapatkan zuriat kerana belum lagi mendapat zuriat setelah 13 tahun berkahwin.
Khemah kedua ialah, Ayam Rangup Ikhwan, sangat mendapat sambutan apabila mula menggoreng ayam, selalunya selepas zohor.
YKPPM dan GISB meraikan anak-anak yatim pada hari pertama, golongan OKU (Orang Kelainan Upaya) pada hari kedua dan insyaAllah petang ini golongan ibu-ibu tunggal.
Khemah-khemah jualan berjalan seperti biasa sepanjang hari hingga hampir berbuka dengan pengunjung datang dan pergi silih berganti.
Malam itu Anjang pelawa seorang pak cik yang bersih mukanya, bercahaya… yang anjang kenali selepas itu sebagai Hj Eil (Ismail) dari Felda Sg Tekam, ajak dia makan keropok lekor dengan Syh Pak Cik Tajul. Semasa bertemu sekali lagi di depan pentas Hj Eil berjalan bersama kawannya Pak Lang, orang lama Arqam. Anjang amik peluang ceritakan perkembangan di Haramain membuatkan keduanya semangat nak pegi umrah dan menziarahi serta berkhidmat di sana. Kalau yang berumur seperti mereka pun berminat ke sana, betapa lagilah anak-anak remaja belia seperti Fidaiey, mantan pelajar Syria.
Tapak ekspo nampaknya serampang banyak mata, bila menjadi lokasi jejak kasih pengikut-pengikut setia Abuya dan para simpati dengan lebih 300 orang berkumpul.
Di malam hari, tetamu VIP kita adalah Dato’ Ustaz Ahmad bin Jaafar, Pembantu Khas YAB Menteri Besar Pahang. Dato’ yang sangat mesra dan low profile ini meluangkan masa menziarahi booth-booth pameran diiringi beberapa orang BOD dan mendapat penerangan dari staf yang bertugas. Di booth Pusat Rawatan, Dato’ ada suarakan ingin membawa kawannya yang ada gangguan saka.
Oleh kerana ada gangguan letrik di pentas, maka RH membawa peralatan muzik dan semua team penasyid dan pemuzik membuat persembahan di depan sofa Dato’. Dato’ kelihatan terhibur dan sangat berpuas hati.
Ketika ditemuramah oleh TvRSA Dato’ nyatakan usaha-usaha GISB mengadakan roadshow jualan barangan halal ini sangat baik kerana makanan halal sangat penting kerana ia akan membentuk seseorang jadi baik. Beliau berharap usaha-usaha ini diteruskan dan produk-produknya di tambah kuantiti dan jenisnya. Dato’ juga meluahkan rasa gembira dapat bertemu dengan Syh Salleh Saliyan dan Syh Cikgu Syaarani di Haramain. Pengalaman berada di kebun kurma milik orang Melayu di Madinah adalah sesuatu yang sangat dibanggakan. Begitu juga pengalaman menghayati kesusahan kehidupan Rasulullah saw semasa di Chalet Nur Muhammad, bersama kambing kibasy, kuda-kuda dan unta-unta membuatkan Dato’ sangat teringin untuk pergi sekali lagi dengan kawan-kawannya. Malah kalau boleh Dato’ hendak ke Haramain dengan para BOD yang melayannya di tapak ekspo ini. Ketika berbual Dato’ menggunakan gantinama ‘ana’, menjadikan perbualan lebih mesra dan friendly. Setelah jamuan, interview dengan TvRSA dan penyerahan cenderahati, kawan-kawan mengiringinya hingga ke kenderaannya sambil berbual mesra.
Terima kasih RSA dan kawan-kawan di Haramain khususnya BUJ Ar kerana apa yang terjadi kepada Dato’ Ahmad ini, dapat kami rasai sama seperti apa yang berlaku terhadap Dato’ Muhammad bin Abdullah, Timbalan Undang Luak Johol, iaitu setiap orang yang telah melalui pengalaman menziarahi projek-projek RSA di Haramain kelihatan sangat mudah didekati dan mesra seperti keluarga. Tampak tiada perjudis di air muka mereka dan sangat suka kalau berlama-lama dengan kita dan berharap agar bertemu semula. Benarlah kata-kata Bonda Ummu Jah Ar, Haramain adalah tempat RSA memproses bukan sahaja ikhwan dan asoib malah seluruh rakyat Malaysia.
Ok…Jom ke Haramain!!!

Homestay Kak Maa, Permatang Badak, Kuantan.
3.58pm, Ogo 12, 2012

Advertisements

4 thoughts on “***Kesan Proses Haramain***

  1. Bonda Ummu Jah Ar, telah membenarkan kata-kata RSA bahawa Haramain adalah tempat RSA memproses bukan sahaja ikhwan dan asoib malah seluruh rakyat Malaysia dengan beliau sendiri lebih awal berada di sana walau dengan apa cara sekalipun.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s