***Sakit Penghapusan Dosa***

ImageSalam ceria. Bila dapat bb dari abang Akub menceritakan keluhan mak tentang keadaan abah yang semakin teruk, anjang terus hubungi Dr Azral sambil merintih di hati, moga abah segera sembuh. Dah hampir setahun abah terlantar sakit setelah dilangar van. Ketika ziarah dengan Ummu Asif dan beberapa minggu selepas itu dengan Ummu Miqdam pula, anjang lihat, abah dah tinggal kulit dengan tulang saja.sangat kurus.. Anjang minta bantuan team jururawat. Buat rawatan jarak jauh (RJJ). Anjang bantu spray air doa dan beri abah minum, mereka rawat dari jauh. Confirm abah kena gangguan. Gangguan yang meniti atas fizikalnya yang sangat lemah itu.. 

Orang sakit ni Allah sayang. Allah nak hapuskan dosa-dosanya. Mungkin juga Allah nak tingkatkan darjatnya. Ada keterangan dari hadis bermaksud: “Tidak ada satupun musibah yang menimpa diri seorang muslim, baik berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan kedukaan maupun penyakit, bahkan sepotong duri yang menusuk, kecuali dihapuskan Allah dengannya sebagian dari kesalahan-kesalahannya” (Bukhari dan Muslim)

Itulah kasih sayang Allah, kerana Allah mahu kita sentiasa suci dari dosa atau Allah mahu kita kembali kepadanya dalam keadaan bersih dan sucin dari dosa. agar kita selamat dari siksa neraka. Kerana Tuhan memerintah dunia ini dengan kasih sayang, Dengan sifat pemurahNya, Sedangkan di alam akhirat nanti, Allah memerintah dengan sifat adilnya. Bila dengan keadilan Tuhan,yang bersalah pasti dihukum. Yang berdosa pasti dibersihkan di neraka dahulu. Diberi siksan sesuai dengan janji Tuhan di dunia. FirmanNya: “Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah akan melihat kebaikannya, Sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah akan melihat kejahatannya, Maka atas keadilanNya,,pasti yang berdosa akan ke neraka, tetapi atas kasih sayang Tuhanlah, sesiapa yang sakit diampunkan dosa-dosanya. Oleh itu beruntunglah sesiapa yang sakit. Bila sabar dan redha kepada Allah dengan ujian kesakitan, keampunanlah balasannya. Keampunan Tuhan ertinya keselamatan. Selamat dari api neraka. Adakah sesuatu yang lebih berharga dari keselamatan?  

Tapi, bukan mudah nak sabar dan redha. Anjang tak tau la, kalau sakit, adakah mampu terus beribadah dan berjuang? RSA tolonglah beri aku kekuatan.

Sakit juga petanda seseorang akan mendapat kebaikan selepas itu. Pernah Rasulullah bersabda:

“Barang siapa yang akan memperoleh limpahan kebaikan dari Allah maka terlebih dahulu ia akan diberi cubaan” (Bukhari  dan Muslim)

Diceritakan satu kejadian ketika seorang sahabat iaitu Ibnu Mas’ud menziarahi Rasulullah, ketika itu Rasulullah sedang demam.

Muaz: ”Aku berkata kepadanya, ‘Ya Rasulullah, badanmu amat panas’ Baginda bersabda, “Memang, suhuku naik, sampai dua kali ganda suhu badan kalian di kala demam, ” Aku berkata, ‘Sebabnya mungkin karena diberi pahala dua kali ganda pula’. “Benar begitu!” ujar Nabi, “Dan juga tidak seorang muslim pun yang ditimpa kesakitan mulai dari tusukan duri hingga yang lebih berat dari itu, kecuali Allah hapuskan dengan itu kesalahan-kesalahannya, seperti kayu yang menggugurkan daun-daunnya” (Bukhari)

Ketika melihat gambar Dr Fatoni terlantar di katil hospital, terasa simpati di lubuk hati. Terkenangkan sama-sama berjuang menternak itik di Pelubang. Khabarnya Dr Fatani menderita kanser. Moga kawan-kawan satu dunia mendoakannya, lebih-lebih lagi para isteri. 

Begitu juga Syh Nasrul Ar, ditimpa sakit. Moga-moga ianya kasih sayang Allah dan peningkatan darjat. Sempat bertemu semasa beliau berkunjung ke roadshow di Segambut. Macam biasalah, Syh Nasrul bergurau mengatakan anjang ni meningkat kecuali badan, tak tinggi-tinggi. Hehehe. Kepada semua kawan-kawan seperjuangan yang sedang Allah uji dengan kesakitan, banyakkanlah berdoa untuk perjuangan kerana doa kalian sangat mustajab. Latif di JB, apa khabar sekarang? Orang sakit yang sabar dan redha mendapat pahala yang berterusan. Pahala percuma tanpa beramal ibadah yang zahir. Malah pahalanya tak dirosakkan oleh pemusnah pahala dan virus amalan iaitu riyak, ujub, sumaah dan lain-lain. Mana ada kita temui seseorang bercerita dengan bangganya, saya ada kanser tahap ke 4?. Atau berkata: ‘Saya nak kena potong kaki minggu depan kerana kencing manis’ dengan penuh bangga….moga-moga Allah sehatkan semuanya untuk terus berjuang. Ya Allah layakkan kami mendapat subsidi roh di akhir Ramadhan agar menjadi Pemburu Akhirat, yang akhirnya selamat masuk ke syurgaMu. Di sana tiada sakit dan letih. Semuanya keindahan bersama para Nabi dan Rasul. Para syuhadak dan muqarrabin. Amin ya Allah…

 

Rumah sewa Ubaid Johan, Singapore.

3.21am, Ogo 7, 2012

Advertisements

3 thoughts on “***Sakit Penghapusan Dosa***

  1. Assalammualaikum&Selawat dari ana.Ana berharap kepada sesiapa yang berada dalam kesakitan,khususnya Abah Ustadz,Dr Fatani,Shy Nasrul & Shy Latiff berunsur pulih & semoga mereka dalam pemeliharaan Allah Azza Wajallah.Dan tidak lupa juga kepada ahli2 keluarga mereka yang terdekat mahu pun yang berjauhan.Dengan berkat Rasulullah {SAW},Sayidi & Abuya,harap BERSABAR dengan ujian ini,insya’Allah.Amin,Amin Ya Rabbal Alamin.Fi Amanillah,Syukran,Selawat & Salam dari ana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s