***Roadshow GISB: Komen Timbalan Undang Luak Johol***

Salam ceria. Esok cadang nak turun ke Singapore, nak tengok roadshow kat sana. Macamana kawan-kawan nak buat roadshow yang sangat gah dengan syiar Islam di negara yang terkenal anak angkat Israel. Dah lama tak masuk Singapore, sejak balik Mekah 2010. Lee Kwan Yew ada hati nak perintah Malaysia walaupun sehari sedangkan Abuya dah kata, Singapore akan joint Malaysia sebagai Negara Islam. Mudah-mudahan selamat sampai ke sana esok, negara tempat Saiyidi bergelanggang, insyaAllah masih ada keberkatannya. Ok, mari tinjau apa kata orang tentang roadshow GISB. Kali ni kita lihat pendapat Dato’ Muhammad bin Abdullah, Timbalan Undang Luak Johol mengenai GISB dan Abuya.
Dato’ Muhammad yang telah mendapat sentuhan ‘Haramain’ kelihatan tenang dan terharu atas sambutan kita sudi meluangkan masa menziarahi booth-booth pameran dan jualan. Di setiap booth, beliau akan bersalaman dengan staf yang bertugas, mengucapkan tahniah dan memberi kata-kata perangsang. Dato juga membeli barang-barang keluaran GISB seperti roti, frozen food dan lain-lain.
Dato kelihatan gembira bila disampaikan salam kawan-kawan dari Haramain dan berterima kasih atas layanan ketika di sana. Setelah berbuka, beliau sendiri meminta ingin berterawih dengan kita. Selesai bersembahyang terawih di bilik Abuya, krew TvRSA mengambil kesempatan mengadakan wawancara ringkas dengan beliau. Syh Nawawi mewakili TvRSA menemuramah Dato beberapa soalan.
1. Pandangan Dato mengenai Ekspo Makanan Halal:
Dato’ menyatakan sokongannya terhadap produk makanan halal GISB. Dato’ nyatakan, mak-mak kita dulu, bila beli sawi, kerana tak yakin kesuciannya, mereka samak dulu dengan tanah sebelum memasaknya sedangkan orang sekarang confident je memasak sayur-sayuran dari pasar. Mak kita jaga makanan. Budaya hari ni tak jaga makanan. Produk kita (GISB- Dato gunakan perkataan kita) tadi, orang Islam usahakan, kita kena kembangkan. Hati perlu di jaga, untuk menjaga takwa. Kalau makanan tak jaga, susah nak dapat takwa, macam mana nak jaga umat.
2.Pandangan Dato terhadap Abuya?
Semasa Abuya buka Sg Penchala, (Era Al Arqam) saya pergi, ketika itu sangat pendalaman dengan jalan berabuk, kedai pun kedai papan ja, tapi Abuya ada kesungguhan yang tinggi. Dia (Abuya) percaya pada pertolongan Tuhan. Kita percaya pertolongan manusia. Abuya yakin dengan pertolongan Tuhan. Nak bangunkan ekonomi begini, pemimpin politik sepatutnya kena terlibat, beri sokongan, pemimpin kena sedar, kalau tak sedar, susah.
3.Apa nasihat Dato kepada kami?
Nabi dah tinggalkan kita, siapa nak sambung kerja Nabi. Siapa lagi kalau bukan kita? Apa-apa cemuhan masyarakat, jangan peduli, kita terus buat. Nabi yang baik pun kena cemuh, kena tuduh ahli sihir dan lain-lain. Dunia dah tua, peliharalah agama. Usaha yang jemaah (GISB) buat ni kira pelihara agamalah. Usaha ini sangat baik. Jemaah Abuya jadikan Islam the way of life. Hari ini yahudi dah control semua. Mana ada orang lain yang ajak kepada perpaduan? Bila kita buat baik, perpaduan, ini baik.
Jaga jemaah, kuatkan amalan, suatu masa nanti Tuhan akan beri kita pertolongan yang luarbiasa. Apa yg saya boleh tolong, wang ringgit, doa dll saya akan usahakan…
Ketika bersalaman untuk pulang Dato’ Muhammad berpeluk erat pada setiap BOD yang sama-sama berjemaah terawih dengannya. Peluk yang agak lama sambil air matanya menitik menangis keharuan. Dato’ seolah-olah baru berjumpa dengan anggota keluarganya yang telah lama terpisah.
Selepas sembahyang Maghrib sebenarnya beliau berbual-bual dengan Syh Dr Mohd Noor Basir. Ketika Syh Dr Mohd Noor mengatakan, ‘Dato’, nama Dato’ ni sama dengan nama Imam Mahdi… Spontan Dato’ menangis keharuan.
Terima kasih RSA yang memproses semua golongan masyarakat untuk bersedia menunggu kehadiran semula Abuya dan Saiyidi di tengah masyarakat. Kembalinya seperti kehadiran sanak saudara yang sudah lama terpisah, penuh dendam rindu. Jejak kasih yang mengalirkan air mata gembira bercampur hiba seperti yang berlaku kepada Muhammad bin Abdullah yang baru kita kenal ini, malah tentu lebih hebat pertemuan itu nanti.

Bilik A, Seremban 2.
3.44pm, Ogo 4, 2012

Advertisements

2 thoughts on “***Roadshow GISB: Komen Timbalan Undang Luak Johol***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s